Bab 10

Horror & Thriller Completed 4950

Seminggu sudah peristiwa itu berlalu. Aku semakin pulih. Aku mendapat semangat daripada Izzah sendiri, dan apabila aku teringatkan ibu bapa ku di rumah, aku harus teruskan perjuangan aku di sini.

Sudah pukul 8 malam. Aku masih berada di dorm. Maklumlah hujung bulan. Hahaha. Ketika aku sedang baring di katil, lampu tiba-tiba terpadam. "Aduh, aku dah lah sorang- sorang kat sini" omel ku sendirian. Nak bangun, aku takut gelap. Jadi aku kaku kan saja badan ku di atas katil sambil menekup muka ke bantal.

Tiba-tiba lampu terbuka. Lega rasanya. Aku pun terus mengalihkan muka ku dari bantal. "Opocot mak" aku terkejut apabila melihat Kak Ain sudah berada di tepi katil ku. Dia tersenyum sinis. "Kenapa kak?" Aku cuba berlagak tenang.

"Kau tanya kenapa? Sini kau!" jerit Ain sambil menarik rambutku keluar dari dorm. Aku akhirnya ditolak hingga terduduk di kawasan rumput dan bersemak-samun.
Rupanya aku dibawa ke ampaian belakang
. Ampaian ini jarang digunakan kerana fizikalnya yang bersemak samun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience