Bab 2

Horror & Thriller Completed 4950

Deruman enjin kereta semakin perlahan menandakan kami hampir sampai ke destinasi. Ya. Destinasi kami ialah Sekolah berasrama penuh yang terletak agak jauh dari rumahku. Dengan berat langkah aku pun keluar dari kereta.

"Wah, cantik sekolah ni. Tak rugi kamu sekolah sini Mia, oi" ujar Puan Aina penuh kagum. Aku juga tak mampu untuk menafikannya. Sekolah ini tersergam indah. Pelajar-pelajar yang lalu di sekeliling kami berpakaian kemas dengan senyuman manis tak lekang dari bibir mereka. Aku memuji mereka dalam hati.

Kami bergerak menuju ke pejabat. Selesai mendaftar, aku ditempatkan di sebuah balai. Aku terkejut. Rupanya ada juga pelajar lain yang mendaftar hari ini. Aku berkenalan dengan beberapa orang kawan baru. Antaranya Alya, Iman, Fara dan Fatin. Kami diberi taklimat ringkas berkenaan sekolah, asrama dan kelas. Melalui taklimat tersebut, aku yakin sekolah ini akan membuat aku selesa untuk berdikari tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience