Bab 7

Horror & Thriller Completed 4950

Sudah seminggu peristiwa tersebut berlaku. Aku bersyukur aku sudah tidak diganggu. Oh, aku mendapat anugerah perak acara lompat tinggi tempoh hari. Aku tak sangka pulak rezeki aku datang waktu tu. Hahahahahhah.

Hari ni hari sabtu. Biasalah, kalau weekend semua nak tidur awal. Aku pun mengibas-ngibas cadar. Dek kerana mata yang terlampau kuyu ni, aku pun terus terlelap dibuai mimpi.

"Hei bangun bangun!" terdengar satu suara sambil menggoyangkan tubuh ku dengan kasar. Aku terkebil-kebil bangun sambil meraba-raba mencari spec.Selepas mata ku sudah jelas, aku sempat mengerling jam di tangan sebelum tangan ku direntap kasar dan dibawa keluar dari dorm."Pukul 2 pagi !!!" jerit ku dalam hati. Tapi aku pelik kenapa aku seorang saja yang kena panggil.

Baru aku sedar yang aku dibawa masuk ke tandas ground floor. Tandas ini jarang digunakan. Aku pun tak tahu dan tak nak ambil tahu pasal tandas ni. Aku ditolak sehingga terduduk ke lantai. Sakitnya pinggang ku hanya Tuhan saja yang tahu. Dah lah baru saja bangun tidur.

Tiba-tiba, "Brruuussshhh"air sebaldi menyiram tubuhku. Aku menggigil bagai orang gila. "Dah sedar?" ujar Elya. Seorang akak form 5 yang aku kenal. Yelah, geng 'Princesses of all' siapa saja yang tak kenal. Aku pun mengangguk. Sambil membuat muka innocent.

"Eh sial tolong lah jangan buat muka macam tu, menyampah tau tak" sampuk Ain. Salah seorang ahli yang berpengaruh dalam geng tu. Aku sudah buntu. Apa yang aku perlu lakukan?

"Kau tau tak kau dah buat apa?" jerit Ellyna di tepi telingaku. Bingit. Satu tamparan singgah di pipi ku. Kebas. Aku menggeleng. Aku buntu, apa yang aku dah buat? Tidak semena - mena rambut ku ditarik. Untuk kurangkan rasa sakit tu, aku pun menyeretkan badan ku mengikut arah rambut ku ditarik. Aku dibawa ke tandas paling hujung." Nasib baik bersih" gumam ku dalam hati.

"Ok lah, biar aku bagi tau kau buat apa" ujar Elya sambil memegang kolar baju tidurku. "Kau ingatkan kau buat apa waktu sukan hari tu?" Aku menggeleng. Serius aku buntu sekarang. Aku tak ingat apa-apa langsung pasal hari sukan.

"Tipu!!!!!" jerit Elya lantas menghantukkan kepala ku ke dinding. Mata ku berpinar-pinar. Aku memegang bahagian belakang kepala ku. Darah. Aku mengaduh kesakitan. Meraih simpati dari mereka. Namun mereka hanya tergelak melihat aku.

"Ok biar aku ceritakan. Kau ingat Pijo?" tanya Ellyna pulak. Aku berfikir sejenak. Mengimbas kembali apa yang berlaku waktu hari sukan berlangsung. " Oh Pijo!" gumam ku dalam hati. Aku mengangguk setelah beberapa ketika aku menyepi. "Hah ingat pun" jerit Ain pulak.

"Aku nak ingatkan kau, Pijo tu aku punya. Kau jangan nak menggatal dengan dia. Satu sekolah ni tahu aku dengan dia, so kau jangan nak tergedik-gedik dengan dia. Kau fikir aku tak nampak kau dengan dia buat apa waktu sukan hari tu? jerit Ellyna betul-betul di sebelah telingaku.

"Sebenarnya dia yang....." belum sempat aku menghabiskan ayat, satu sepakan tepat mengena perutku.Perutku menjadi senak. "Simpan saja lah alasan kau tu, aku tak nak dengar pun" jerit Elya pula. Satu siraman dan balingan baldi tersebut. mengakhiri siksaan aku pada malam itu.

Aku terbaring. Kepala ku benjol terkena baldi tadi. Perutku senak.Muka ku kebas. Rambut ku banyak yang tercabut. Spec aku patah. Aku mengambil keputusan untuk tidak naik ke dorm kerana badan ku sudah tak mampu untuk berdiri dan mata ku yang tidak jelas. Aku menangis. "Aku tak tahan" gumam ku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience