Bab 17

Horror & Thriller Completed 4950

"Eh, mana Elya?" tanya Ain kepada Siti, deskmate Elya. "Entahlah, dari pagi tadi dia takde.Kat dorm pun takde"balas Siti. Risau
. "Kau tak cuak ke Ell? Ni dah kena dekat Elya dah ? Tak pasal-pasal lepas ni kita pulak." Soal Ain. "Alaa Elya tu fly je, nanti balik lah. Macam kau tak tahu pulak" balas Ellyna acuh tak acuh.

"Dah dua hari Elya tak balik. Aku tak kira aku nak report kat warden jugak" tegas Ain
. "Suka hati kau lah Ain" balas Ellyna. Ain berjalan seorang diri menuju bilik Cikgu Ana. Pintu diketuk. Salam diberi. Ain pun melangkah masuk.

"Si Elya pulak hilang. Saya pelik lah kamu semua ni. Suka sangat
menghilangkan diri." bebel Cikgu Ana. Perkara sama seperti kehilangan Damia diulang. Ya, operasi pencarian Elya pula.

Ain sudah penat mencari. Masih belum jumpa. Dia berjalan masuk ke tandas. Dia membuka pili air dan membasahkan muka.
Ain merenung cermin. Tiba-tiba dia terhidu bau yang amat busuk. Selepas menoleh sekeliling, dia mendapati tiada apa-apa dalam tandas itu. Ain membuka semula pili air. Tangannya menadah sedikit air yang keluar. Dihidunya air itu, lantas berlari keluar. "Sah" dengus hatinya.

Ain berjalan seorang diri ke arah tangki air di belakang blok asrama. Naluri hatinya amat kuat menyuruhnya pergi ke situ. Ain mendekati tangki itu. Dia menggunakan seluruh kudratnya untuk menolak penutup tangki air itu. "Pak" penutup tangki air itu susah jatuh ke tanah. "Aaaaaaaaaaaa!"

Mayat Elya sudah kembung berendam dalam tangki air itu. Langsung tiada kesan luka. "Patutlah air paip tadi busuk" bisik hati Ain. Ain terpandang belakang tangki. Ada kesan cakar tertulis "what you give you get back". Ain terus berlari mendapatkan Cikgu Ana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience