Epilog

Horror & Thriller Completed 4950

Izzah berjalan ke arah dorm Siantan 2. Dia memberi salam dan memasuki dorm tersebut. Tiba-tiba dia tersepak palang katil dan terjatuh sehingga tertolak tilam di atas katil Damia yang dulu. Izzah berada pelik kerana dia rasa dia berjalan dengan elok tadi.

Izzah pun terpandangkan sehelai kertas berlipat terkeluar dari bawah tilam tadi. Dia membacanya dan terkejut.


* * *

Puan Aina terduduk selepas membaca surat itu. Air matanya tak berhenti mengalir selepas membacanya. Izzah sudah menceritakan segalanya kepada Puan Aina.

"Sabarlah Puan. Dah itu pilihan dia, kita dah tak boleh buat apa-apa. Saya mintak maaf kalau surat tu menyakitkan hati puan." Izzah mula mengundur diri.

Puan Aina mengangguk. Izzah melangkah keluar dari perkarangan rumah Puan Aina.Matanya terpandang satu susuk tubuh di tepi pokok buluh di tepi rumah Puan Aina. Damia. Mukanya putih bersih tersenyum ke arahnya. Izzah mengukir senyuman dan berlalu pergi.

"Moga kau tenang kat sana, Mia. Tapi cara kau ni salah. Sayangnya benda dah terjadi. Kau tanggunglah nanti" desis hati Izzah. Dia tersenyum sendiri dan terus melangkah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience