Bab 9

Horror & Thriller Completed 4950

"Gedebum!" bunyi pintu ditolak kasar. "Woi, kau buat apa kat dia hah?" jerit suara itu lagi. Pijo yang terkejut terus berdiri. Aku pun bangun dan berlari ke arah suara tadi. Izzah rupanya, classmate aku. Aku bersyukur dia datang. Nasib baik tak ada apa-apa jadi.

Muka Pijo berubah kemerah-merahan. Dia berlari keluar dari makmal. Aku terus rebah ke lantai dengan esak tangis yang masih rak berhenti. "Kau okay tak? Dia ada buat apa-apa ke dekat kau?" tanya Izzah. "Aku okay. Nasib baik kau datang kalau tak...." aku tak mampu sambung ayat tadi kerana masih tersedu-sedu menahan tangisan.

Izzah memapah aku keluar dari makmal. Aku membawa bekas pensil aku bersama. Malam itu aku hanya duduk di bilik sakit sahaja. Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan saja peristiwa tadi.

Aku trauma!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience