Bab 16

Horror & Thriller Completed 4950

Selepas kejadian malam itu, Elya demam panas selama seminggu. Ain sudah mula cuak. Ellyna pula masih tidak kisah.

Dua minggu sudah berlalu selepas kejadian malam itu. Elya semakin sihat. Namun peristiwa itu bukanlah pengakhiran baginya. Malam itu, tidur lena Elya dikejutkan dengan bunyi-bunyi cengkerik. Elya terjaga.Badannya diseret di atas rumput. Elya terkejut beruk apabila mendapati dia diseret oleh susuk tubuh yang ditemui di hadapan bilik basuhan tempoh hari.

"Lepaskan aku, aku tak bersalah." rayu Elya. Susuk tubuh tadi berhenti menyeret tubuh Elya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Elya. Susuk tubuh itu menyelak rambut yang menutupi mukanya." Ya Allah ,Damia!" Elya menjerit. "Damia, aku mintak maaf dekat kau, aku tak bersalah, lepaskanlah aku. Aku sanggup buat apa-apa saja yang kau suruh" rayu Elya.

Ternyata rayuannya tidak berguna. Tubuhnya terus diseret oleh Damia. Akhirnya mereka berhenti di tepi tangki air besar. "Damia tolonglah lepaskan aku, kau nak buat apa ni?" soal Elya sambil menangis. "Aku cuma nak kongsi apa yang korang buat dekat aku. Aku nak bagi korang rasa jugak. Hidup ni kena berkongsi kan?" balas Damia lantas ketawa mengilai-ngilai memecah kesunyian malam.

Damia memegang dagu Elya. Merenung sedalam-dalamnya wajah yang pernah menyakitinya sebelum ini. Elya terkejut. Masih ada kesan luka dan calar balar pada wajah Damia. Elya teringat yang dia juga menampar Damia pada malam itu.
"Kau nak yang halus ke kasar?" tanya Damia dengan suara yang lembut. "Ha....halus" jawab Elya tergagap-gagap.
Dengan tidak semena-mena, Damia memicit hidung Elya. Elya mula sesak nafas. Pandangannya mula kabur. "What you give, you get back" suara Damia sayup-sayup kedengaran di telinga Elya.

Kelam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience