Bab 22

Horror & Thriller Completed 4950

Kehilangan Pijo menjadi topik hangat pada minggu itu. Maklumlah, jejaka idaman mestilah famous. Kumpulan yang telah fly bersama-sama Pijo juga buntu. Sedangkan malam itu dia elok pulang bersama-sama mereka.

Ellyna sudah tidak senang duduk. Dia berjalan seorang diri di tepi padang untuk menenangkan fikirannya. Sedang asyik berjalan, Ellyna terbau sesuatu yang menyengat hidungnya. Dia menutup hidungnya menggunakan baju. Terlampau busuk. Dia pun berjalan perlahan-lahan ke arah bau tersebut.

Ellyna hampir pengsan melihat sekujur mayat di dalam longkang. Mukanya hancur tidak dapat dikecam. Setelah meneliti mayat itu, Ellyna tersentak. Air matanya keluar mencurah-curah apabila mendapati mayat itu ialah orang yang sangat dikenalinya. Pijo. Pijo memakai baju pemberiannya tempoh hari sebagai tanda cintanya kepada Pijo.

Ellyna berlari menuju ke pejabat asrama. Dia melaporkan penemuan mayat tersebut kepada Cikgu Anna. Cikgu Anna bertambah runsing kerana ini sudah masuk orang ketiga terbunuh di sekolah itu.

Ellyna menangis tidak berhenti-henti. Umpama segalanya telah berakhir bagi dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience