Bab 19

Horror & Thriller Completed 4950

Ain tidak terus pulang ke dorm. Dia singgah sebentar di dorm Izzah. "Assalamualaikum, Izzah sini kejap" Izzah dengan penuh rasa cuak pun terus menghampiri Ain.

"Eh kak Ain, kenapa ni?" tanya Izzah. Kak Ain yang dari tadi tersedu-sedu tidak mampu menuturkan apa yang tersimpan dalam hatinya.
"Kak Ain, cuba Kak Ain cakap. Dari tadi duk lap air mata tu. Tadi akak jugak yang nak jumpa Izzah".
"Sebenarnya..." ujar kak Ain dengan sedu yang belum berhenti. " Sebenarnya akak nak mintak maaf" ungkapnya sekali lafaz.
Izzah terkedu. Ayat yang dari dulu ingin didengarinya kini sudah diungkap.
"Mintak maaf. Mintak maaf sebab apa?" Izzah buat-buat tak faham.
"Damia..."

Ain pun menceritakan apa yang terjadi di vending machine tadi. Izzah terkejut. Tapi ada patutnya juga dia kena kacau macam tu. Mungkin roh sahabatnya itu ingin membalas dendam atas apa yang dia pernah lalui. Izzah tahu serba sedikit tentang Damia kerana dahulu Damia pernah menceritakan peristiwa yang dilalui sepanjang dia berada di sekolah itu.

"Saya tak boleh buat apa-apa kak. Sebab saya langsung tak terlibat dalam kes ni. Ini akak kena settle sendiri lah.Macam mana akak nak settle, ikut suka akak lah. Saya tak nak masuk campur." Izzah mengundur diri.

Ain berjalan lemah menuju ke arah dorm nya. Dia sudah tidak tahu apa harus dibuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience