22

Spiritual Completed 17372

"Abang.. cepatlah.." Kata Amir sambil menarik-narik tangan Jimmy supaya jalan cepat sedikit.

"Yalah Amir.. Sabarlah kejap.." Balas Jimmy sambil tangannya ditarik-tarik oleh Amir sebaik sahaja kaki mereka jejak masuk ke dalam mall itu.

"Lambatlah abang ni jalan.. Amir dah tak sabar ni."

Banyak mata melihat ke arah mereka berdua dengan senyuman sinis tetapi Jimmy mengabaikan sahaja dia tidak kisah dengan pandangan orang lain. Janji insan yang bernama Amir ini bahagia, ceria dan tidak hidup dalam kesedihan.

Sama ada mereka melihat perangai Amir yang tiga suku itu atau benda lain entahlah. Biasalah bila kita jadi orang yang 'istimewa' ini pastinya akan ada rasa terganggu dan tidak selesa apabila mereka berada di kawasan awam.

"Tadi dia yang letih sangat, ini dia pulak yang semangat lebih. Suka eh?" Kata Jimmy sambil tersenyum.

"Mestilah suka, tak sabar nak tengok goosebump 2 dah ni." Balas Amir dengan teruja.

"Yalah." Kata Jimmy perlahan dengan sedikit raut senyuman.

Terkenang kenangan tiga tahun lepas apabila dia dan Amir menonton goosebump 1 semasa Amir berada di tingkatan lima.

2 kali mereka pergi menonton cerita itu kerana Amir suka sangat. Kali kedua mereka menonton Amir tertidur dalam pelukkan Jimmy.

Yalah tonton jam 11 malam memang tertidurlah Amir masa tu, dahla letih di sekolah, lepas balik sekolah terus pergi berjalan-jalan bersama Jimmy sampai tak ingat jalan rumah. Tidak sangka mereka dapat menonton goosebump bersama-sama lagi.

Tiba-tiba kaki Amir terhenti melangkah seraya mengoyang-goyangkan tangan Jimmy.

"Abang Jimmy, Amir nak naik benda tu please." Amir merayu sambil menunjukkan sesuatu kepada Jimmy. Lantas, Jimmy pun melihatlah apa yang ditunjukkan oleh Amir itu.

"Ish, Amirkan dah besar, mana boleh naik benda ni lagi dah. Budak-budak bolehlah."

"Alah Abang Jimmy bolehlah. Amir nak naik yang besar tu, comfirm tak rosak punyalah. Bolehlah sekali ni je. please." Amir memujuk dengan nada suara yang manja.

Jimmy yang tidak tahan dengan rayuan manja Amir itu, langsung mengiyakan sahaja kehendak insan disbelahnya itu.

"Hmm, yalah. Sekali je tau."

"Okay, Amir janji!" Kata Amir sambil berlari ke tempat permainan kanak-kanak itu.

Jimmy menggelengkan kepalanya sambil memandang ke arah Amir yang sudah duduk di atas tempat duduk permainan itu, lantas Jimmy memasukkan duit syiling 50 sen ke dalam perut mesin itu lalu berkumandanglah lagu kanak-kanak.

"Yihhhaaaa... horayy... bestnya Abang Jimmy." Amir kelihatan gembira menaiki kereta mainan yang jika kita masukkan duit ia akan mengeluarkan lagu sambil bergoyang-goyang.

"Haha, aduh. Amir... Amir..." Kata Jimmy sambil ketawa melihat Amir yang seperti anak kecil menaiki mainan bermuzik itu.

Ada sekumpulan gadis dalam lingkungan umur 20-21 tahun ketawa melihat ke arah Amir sambil merakam Amir dari jauh dengan bertujuan ingin mengviralkan serta memalukan Amir di IG STORY.

Jimmy sedar akan kehadiran sekumpulan gadis itu sedang menganggu Amir dari jauh sambil merakamnya. Jaraknya tidaklah jauh mana, hanyalah beberapa langkah sahaja. Tiba-tiba Jimmy mendengar salah seorang dari mereka berkata buruk tentang Amir.

"Muka je comel tapi kesian, bodoh tiga suku! Haha!"

"A'ahkan, muka comel tapi kesian gila. Cancel buat calon suamilah macam ni. Hahaha." Sambung salah seorang kawannya lagi.

Pedih sahaja telinga Jimmy mendengar kata-kata hinaan itu. Dia mula mengorak langkah ingin menengur sekumpulan gadis itu tapi dihalang oleh Amir.

"Eh, abang biarlah dia orang nak cakap apa pun pasal Amir. Abang janganlah marah diaorang tu." Kata Amir cuba menenangkan Jimmy.

"Tapi Amir, diaorang tu kurang ajar sangat." Balas Jimmy dengan nada cuba menahan marah. Giginya diketap rapat.

"Alah biarlah, kita jangan marah kalau kita sabar nanti kita dapat pahala, dapat masuk syurga. Betul tak abang? hee.." Kata Amir dengan wajahnya yang seakan -akan bercahaya.

Jimmy terkedu dengan jawapan yang diberikan oleh Amir itu, suci sungguh hatinya sekarang ini. Tidak seperti dahulu lagi.

Adakah Jimmy patut membiarkan sahaja keadaan Amir terus begini? Adakah dia harus melepaskan rasa cintanya kepada Amir kerana sekarang hati Amir sungguh suci sekali.

Tiada jawapan yang dapat diberikan. Jika dibiarkan keadaan Amir begini tentunya Amir ini anak syurga, bukan?

Jimmy mengampiri ke arah Amir dengan mata yang sudah bergenang air mata. Perlahan-lahan Jimmy mengusap rambut Amir dengan lembut dan perlahan.

"Amir anak syurga kan? Kalau abang takde kat syurga nanti abang nak Amir selamatkan abang okay?" Setitis air mata Jimmy gugur ke pipi.

Amir tersenyum, lantas mengangguk ceria.

"Kalau Amir tak dapat masuk syurga Amir harap ada seseorang yang sayangkan Abang Jimmy dapat tarik abang masuk syurga nanti. Amin."

"Kenapa Amir cakap macam tu?" Jimmy bertambah sebak.

"Amir ni banyak dosa. Banyak dosa dengan mama, papa, auntie Nana dengan orang lain, sebab tu diaorang tak sukakan Amir ni jadi macam mana Amir nak masuk syurga?" Kata Amir dengan seraut senyuman polos, suci seperti bayi yang baru dilahirkan.

"Jangan cakap macam tu, In Sha Allah. Allah tu maha adil, dia sayangkan Amir. Allah takkan biarkan budak baik macam Amir ni duduk kat tempat lain selain syurga."

Amir mengangguk lagi dengan senyuman. Wajah Jimmy ditenungnya lama. Rasa seperti dihargai serta disayangi dengan seikhlas hati.

"Kalau abang masuk syurga dengan Amir, abang janji abang akan jaga Amir dekat sana okay? Abang janji akan jaga Amir sampai ke syurga?"

Tiada jawapan yang dapat diberikan oleh Jimmy hanya air mata deras mencurah-curah jatuh ke pipinya. Itu sahaja yang mampu diberikan. Hatinya berasa sangat sebak.

•••

"Cik, bagi tiket goosebump untuk dua orang."

"Goosebump untuk dua orang. Duduk dekat mana ya encik?" Tanya kembali perempuan india itu kepada Jimmy.

"Abang, abang Jimmy. Amir nak duduk dekat sini. Boleh?" Tanya Amir sambil mengoyangkan lengan sado Jimmy itu.

"Mana? Sini?" Mata Jimmy pandang ke arah tempat duduk itu. Couple seat lantas, dia memandang perempuan india itu kembali.

"Hmm bolehlah. Bagi seat ni." Balas Jimmy senada.

"Okay. Tunggu sebentar ya."

"Hihi..." Amir tersenyum suka sambil memandang muka Jimmy tanpa henti.

"Amboi dia, suka sangat. Amir pernah tengok goosebump 1 ke sebelum ni?" Pancing Jimmy untuk menguji memori Amir.

"Entahlah. Amir rasa macam pernah tengok dengan seseorang tapi Amir tak ingat siapa dia, Amir pergi tengok dengan mama kot?"

Jimmy tersenyum sepi. Sayu sahaja matanya sekarang ini. Jimmy tidak membalas, hanya senyuman sentiasa melekat di bibirnya lantas, dia mengulurkan duit untuk membayar tiket tersebut.

Selesai semuanya, mereka berdua beredar dari situ. Tayangan lagi lima minit, jadi sempatlah mereka membeli popcorn dan minuman. Orang pula tidak ramai pagi ini, yalah bukan hari cuti minggu jadi semua orang sibuk bekerja.

"Nah, air milo dengan popcorn." Kata Jimmy seraya menyerahkan air dan popcorn itu kepada Amir tapi Amir tidak menyambutnya malah dia kelihatan tidak gembira langsung.

"Alah, Amir nak air coca cola. Taknak milo."

"Kan Amir tak sarapan tadi. Mana boleh minum air coca cola nanti sakit perut. Nah ambil air milo ni. Jangan nak melawan." Kata Jimmy dengan tegas.

"Hmm, baiklah.." Patuh Amir, lantas dia mengambil sahaja dengan muka tidak gembira.

"Janganlah buat muka macam tu.. Abang tak sukalah." Jimmy mengerutkan keningnya.

"Senyum sikitlah okay?" Sambung Jimmy lagi sambil mengubah riak wajahnya dengan senyuman ceria. Amir turut tersenyum selepas melihat senyuman Jimmy itu.

"Okay, good boy. Dah jom kita tengok goosebump!" Kata Jimmy sambil dia mengorak langkah disusuli oleh Amir disebelahnya.

"Goosebump!!! Finally!!! Yeah!!!" Ucap Amir yang kelihatan senang.

Jimmy ketawa kecil melihat telatah comel Amir itu. Comel sahaja pasangan ini walaupun mereka bukanlah pasangan yang normal seperti orang lain. Namun, cukuplah rasa bahagia itu mereka sahaja yang rasa walaupun secara rahsia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience