16

Spiritual Completed 17372

Jimmy menuangkan air teh panas berperisa lemon untuk dihidangkan kepada Amir. Amir pula hanya memeluk anak patung beruangnya itu tanpa berkata apa. Sweater berwarna kuning cerahnya pun masih dipakai kerana masih rasa kesejukkan kerana sekarang musim hujan.

Mata Jimmy tidak sudah memandang anak patung beruang yang berada ditangan Amir itu. Dia masih ingat, anak patung itu dia yang hadiahkan kepada Amir suatu masa dahulu. Tidak sangka sampai sekarang Amir masih simpan.

"Amir, dari tadi tak lepas pegang anak patung tu kan? Suka sangat ke?" Tanya Jimmy perlahan sambil mengulurkan secawan teh kepada Amir.

Amir tersenyum bila ditanyakan soalan itu oleh Jimmy. Anak patung beruang itu ditenung lama olehnya.

"Amir.. Amir langsung tak ingat pasal anak patung beruang ni tapi.. Amir rasa macam anak patung beruang ni ada sesuatu kenangan manis bagi Amir. Macam ada kenangan yang tersimpan tapi Amir tak dapat ingat tentang apa." Amir tersenyum. Pelukkannya lebih erat sambil mendodoikan anak patung beruang itu.

"Hmm~ Hmm~ Hmm~"

-

Tiba-tiba Jimmy terimbas kembali kenangan suatu ketika dahulu. Kini, semuanya bermain di mata kembali.

"Awak pejamkan mata!" Kata Jimmy sambil memberhentikan keretanya di suatu kawasan. Jam tepat sembilan malam. Suasana sunyi hanya ada mereka berdua sahaja ketika malam itu.

"Eh, kenapa pulak awak? Kenapa awak suruh saya pejamkan mata eh? Nak buat apa ni?" Tanya Amir sambil mengerutkan dahinya.

"Alah pejam jelah." Kata Jimmy sambil mendecitkan mulutnya.

"Tak nak." Kata Amir sambil menggelengkan kepalanya. Air mineral diteguknya laju.

"Pejamlah kejap. kejap je please." Rayu Jimmy dengan nada mengada.

Amir mendecitkan mulutnya sambil memusingkan bebola matanya.

"Haish, alah dia ni. Suka mengada kan sekarang? Okaylah saya pejamkan mata saya. Awak pun tahukan saya tak suka buat benda-benda macam ni." Amir pun memejamkan matanya dengan sedikit senyuman walaupun mulutnya tidak henti bercakap laju.

Jimmy mengambil sesuatu dari tempat duduk belakang. Kotak berwarna merah yang besar dan di ikat dengan tali berwarna putih. Mukanya sudah gembira, tidak sabar menunggu Amir untuk membuka kotak itu.

"Okay sekarang awak buka mata." Arah Jimmy dengan suara yang paling romantis sekali.

Perlahan-lahan Amir membuka mata. Jantungnya terasa berdebar.

Pup...

Satu ciuman singgah di pipi Amir. Serta-merta pipi Amir berona merah menahan rasa malu. Terbeliak matanya diperlakukan seperti itu walaupun perkara itu selalu dilakukan oleh mereka berdua di dalam kereta.

"Saya sayang awak Amir." Ucap Jimmy dengan suara macho. Jimmy menunjukkan kotak yang dipegangnya itu kepada Amir.

Terselit sedikit senyuman di wajah walaupun hatinya tertanya-tanya apa isi kotak berwarna merah itu. Wajah Jimmy dipandangnya sekilas.

"What is this?" Tanya Amir dengan nada yang agak teruja.

"Open it." Balas Jimmy ringkas sambil tersenyum.

"Okay." Amir pun mengambil kotak itu. Perlahan-lahan dia membukanya.

"What the.." Amir terkedu.

Jimmy tersenyum melihat reaksi wajah Amir yang mulut separuh terlopong itu.

"Ini kan.." Amir seperti hilang kata-kata.

"Ini anak patung yang awak tengok kat kedai tadi tu. Macam mana suka tak?" Tanya Jimmy sambil membelai pipi Amir dengan manja.

"Biar betul. Masa bila awak beli? Kenapa saya tak perasan?" Balas Amir dengan wajah penuh senyuman.

"Masa awak masuk toilet tadi tu. Saya beli cepat-cepat terus masukkan ke dalam kereta."

"Ouh, patutlah awak hilang tiba-tiba tadi but, thank you." Ucap Amir sambil menghadiahkan satu ciuman ke pipi Jimmy.

"Welcome.. saya tahu awak nak sangatkan? Itu yang saya belikan." Terang Jimmy.

"Tapi, saya tak mintak pun. sayanglah duit awak tu, awakkan sekarang tengah sesak. Tak perlu kot buat kejutan macam ni saya tetap akan sayangkan awak walau macam mana sekali pun, tahu tak?"

"Takpe, demi awak. Saya rela makan biskut kering sampai hujung bulan asalkan awak gembira." Balas Jimmy sambil memegang leher Amir.

"Thanks, sayang awak jugak Jimmy." Tubuh Jimmy dipeluknya. Dia memberikan satu ciuman lagi ke pipi Jimmy.

"Eh? apa cium-cium ni? tak malu ke?" Kata Jimmy sambil memandang ke arah Amir. Mereka saling bertentangan mata dengan jarak yang sangat dekat.

"Anggap tu hadiah saya untuk awak." Balas Amir dengan wajah yang nakal.

-

Jimmy kembali tersedar dari lamunan panjang. Wajah Amir ketika ini dipandangnya kembali.

"Abang? Abang termenung apa tu? Jauhnya termenung sampai bulan kenapa?" Kata Amir di selit ketawa.

"Haha, taklah. Mana ada tapi, kenapa Amir datang rumah abang malam-malam ni?"

"Errm.. Amir lari rumah." Balas Amir selamba.

"Apa? Lari rumah? Kenapa?" Bagai nak luruh jantung Jimmy mendengar kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut Amir itu. Terbeliak matanya memandang ke arah Amir.

Amir mencebikkan bibirnya seperti orang merajuk.
Tiada jawapan yang diberikan. Dia teruskan sahaja memandang anak patung beruang itu tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.

"Lagi satu hal, macam mana Amir tahu rumah abang?"

"Amir ikut gerak hati sebab entah kenapa Amir rasa macam tahu jalan ke rumah abang." Balasnya secara spontan.

Jimmy terkejut mendengar jawapan yang diberikan oleh Amir. Biar betul? Seperti separuh memorinya sudah kembali tapi masih samar-samar.

"Tipu? Amir tipu abangkan?!" Mata Jimmy berkaca. Entah kenapa dia seperti cuba menahan air matanya jatuh berderai seperti kaca.

Pantas Amir menggelengkan kepala dengan wajah cuak. Terus Amir berlari langsung memeluk jimmy setelah melihat mata Jimmy mula berkaca-kaca.

"T... takk. Amir tak tipu abang. Amir tak tipu, sumpah! Maafkan Amir abang, abang jangalah nangis. Amir tak tipu abanglah." Ucap Amir cuba untuk memujuk Jimmy.

Jimmy membalas pelukkan Amir kembali.

'Amir, saya rindu awak tahu tak? Cepatlah pulih macam dulu balik.' bisik hatinya. Air matanya mula jatuh satu per satu.

Amir melepaskan pelukannya. Wajah Jimmy dipengang dengan kedua belah tapak tangannya. Matanya juga berkaca setelah melihat Jimmy mengalirkan air mata.

"Abang, Amir lari dari rumah sebab papa dah tak sayangkan Amir. Amir dah takde tempat nak pergi. Mama pun tak tahu Amir lari. Abang, tolong Amir." Amir merayu sepenuh hati.

Jimmy mengesat air matanya. Dia menggelengkan kepala. Muka Amir dipandangnya dengan sepenuh perasaan.

"Tak.. abang tak marahkan Amir." Jimmy cuba untuk tersenyum.

"Tapi lain kali fikir dulu tahu sebelum nak buat benda macam ni. Tak pun telefon abang dulu. Bahaya. Abang tak nak terjadi apa-apa lagi kat Amir lagi."

Amir mengangguk faham.

"Ya, ya.. Maafkan Amir abang. Amir janji tak buat lagi."

"Takpe, malam ni tidur kat rumah abang okay?" Kata Jimmy terselit senyuman.

Amir mengangguk mahu.

•••

"Goodnight Amir, tidur okay?" Pesan Jimmy sambil menutup suis lampu.

Amir hanya mendiamkan diri sambil menutupi tubuhnya dengan selimut tebal. Lalu, Jimmy berlalu pergi masuk ke biliknya.

Dia melemparkan tubuhnya di atas tilam yang empuk, terasa sangat nyaman dan selesa. Akhirnya, dapat juga dia tidur dengan aman. Sebaik sahaja dia ingin menutup matanya tiba-tiba..

TOK! TOK! TOK!

Pintu biliknya diketuk oleh seseorang.

"Aduh." Jimmy mengeluh dia tahu itu mesti Amir. Siapa lagi yang tinggal dalam rumah ini selain dia dan Amir.

Jimmy pun bergegas membuka pintu. Terpampang wajah Amir sambil memeluk anak patung beruang putihnya itu.

"Kenapa Amir?" Tanya Jimmy dengan dahi yang berkerut.

"Amir takut, Amir nak tidur dengan abang boleh?" Pinta Amir dengan nada manja.

Jimmy ketawa kecil.

"Dah besar pun takut tidur sorang lagi ke?"

"Amir tak biasa tidur kat rumah orang lain." Mata bulatnya tepat memanah mata Jimmy kembali.

"Please." Rayu Amir.

"Haishh.." Jimmy memusingkan bebola matanya. Malas mahu bertekak dia pun sudah letih sangat ni.

"Yalah.. dah masuk." Arah Jimmy sambil memegang leher Amir dari belakang.

Mereka pun melabuhkan tubuh mereka di atas tilam empuk. Mereka berdua saling bertentangan mata.

"Dah. Tidur okay?" Arah Jimmy.

"Peluk Amir please?" Pinta Amir dengan mata bulatnya itu.

Tidak tahan dengan godaan rayuan Amir itu, Jimmy pun mengiyakan sahaja. Malas mahu bertekak lagi, dia pun sudah mengantuk sangat. Dia tunaikan sahaja permintaan Amir itu.

"Humm, iyalah. Dasar budak manja." Balas Jimmy seraya dia memeluk Amir dengan selesanya sekali.

Mereka berdua memejamkan mata. Jimmy rasa sayu tetapi masih terselit rasa rindu. Bagaikan mimpi dia dapat berjumpa dengan Amir lagi, dapat tidur bersama Amir lagi seperti dulu. Jiwanya terasa tenang. Perlahan-lahan mereka berdua masuk ke alam mimpi bersama-sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience