33

Spiritual Completed 17372

"Along, aku dah buat keputusan, aku taknak kahwin!" Kata Jimmy dengan tegas. Sekarang dia hanya ber-kau dan ber-aku sahaja dengan Wahab kerana rasa hormatnya sudah hilang!

Wahab memandang wajah Jimmy dengan reaksi kosong. Curut di tangannya disedut lalu asap dihembus keluar. Jimmy setia berdiri di hadapan Wahab yang sedang duduk di atas kerusi di dalam ruangan biliknya itu.

"Apa kau cakap, tak nak kahwin?" Kata Wahab dengan nada suara yang mendatar.

"Muktamad! Kau buatlah apa kau nak buat kat aku along! Aku tak kisah. Maaf, aku tak boleh nak teruskan plan kau ni."

"Haha!" Wahab ketawa sinis.

"Okay kalau kau dah cakap macam itu. Kau tunggu jelah nanti aku nak buat apa. Kau tunggu. Kau tak kenal lagi abang kau ni siapa. Kau nak main-main dengan aku sangatkan? Okay, sekarang kau sila keluar dari ofis aku!" Arah Wahab sambil tangannya menepuk meja dengan kuat sehingga terjatuh sebekas pen.

"Aku tak takut dengan kau! Aku langsung tak percaya dengan cakap kau! Iblis!" Kata Jimmy dengan muka geram. Jimmy mengembus nafasnya beberapa kali. Dia mengangguk senang lalu dia keluar dengan langkah senang hati. Segala bebannya seolah-olah sudah pergi dari dirinya.

Wahab pula mengetap giginya menahan rasa geram. Gelas kaca yang berada di atas meja diambilnya lalu dibaling kena tepat pada pintu.

•••

"Ya Allah bosannya duduk dekat sini humm. Nak buat apa lagi? Duit pulak tak banyak." Kata Amir sambil menghentak-hentakkan kakinya. Bosan tidak tahu nak ke mana lagi. Sekarang dia berada di kawasan pekan seorang diri.

Dengan hanya berbekalkan duit tiga puluh ringgit di dalam dompetnya. Duitnya tidak banyak, jadi dia harus berjimat-cermat supaya tidak dibazirkan sewenang-wenangnya.

Amir melabuhkan punggungnya di atas kerusi kosong sambil menggaru-garu kaki. Amir mengenakan t-shirt putih kosong dan seluar pendek berwarna coklat cerah.
Rambutnya pula tidak disikat rapi. Sangatlah tidak terurus penampilannya sekarang.

Maria, mamanya pula sibuk bekerja, tidak lagi seperti dahulu. Yalah, Maria sudah tidak sebumbung dengan suaminya lagi, walaupun masih lagi berstatus sebagai seorang isteri kepada Rosyam. Sudah nama pun tidak lagi tinggal sebumbung, jadi dia harus mencari pendapatan sendiri.

"Bosan!" Kata Amir seorang diri lagi sambil mendecitkan bibirnya.

"Hai, ini Amirkan?" Tanya satu suara sambil memegang bahunya dari belakang.

Amir mengalihkan pandangannya untuk memandang orang yang memegang bahunya sebentar tadi.

"Abang ni, siapa?" Tanya Amir dengan dahi berkerut.

"Abang ni, kawan Jimmy."

Terus terukir senyuman sebaik sahaja Amir mendengar nama itu disebut.

"Ya ke?"

"Ya, dia suruh abang jemput Amir. Jom ikut abang?" Pelawa lelaki itu.

"Kita nak pergi mana?" Tanya Amir.

"Kita pergi jalan-jalan."

"Nak! Nak!" Amir terus menerima pelawaan lelaki itu dengan mudah sekali tanpa menolak. Dia langsung tidak berfikir panjang. Apa yang dia fikirkan hanyalah nak berseronok. Lalu, Amir mengikuti lelaki itu dari belakang melangkah pergi dari tempat itu. Amir tersenyum riang tanpa memikirkan apa-apa. Apa yang dia tahu, dia tidak bosan seorang diri di sini.

•••

Jimmy mengempaskan tubuhnya di atas sofa sebaik sahaja dia selesai mandi. Matanya mengerling ke arah jam yang terlekat di dinding. Sudah jam empat petang.

Kring...

Tiba-tiba sahaja telefonnya berdering kuat dengan segera Jimmy mengapai telefonnya. Nombor tidak dikenalinya. Jimmy mengerutkan dahi lalu dia menolak panggilan itu. Telefonnya di campakkan ke atas sofa malas nak angkat nombor yang dia tidak kenali itu.

Kring...

Telefonnya berdering buat kali kedua. Jimmy mendecit lantas dia memandang skrin telefonnya. Masih nombor yang sama. Mahu tak mahu, dia angkatkan juga.

"Hello? Nak apa?" Tanya Jimmy dengan dingin.

"Hello Abang Jimmy ini Amirlah!"

Mata Jimmy membutang setelah mendengar suara itu di corong telefonnya.

"Amir? Nombor siapa Amir pakai ni? Nombor baru ke?" Tanya Jimmy dengan rasa ingin tahu yang mendalam.

"Taklah. Ni nombor kawan abanglah!" Balas Amir

"Hah? Kawan abang?" Tersentak Jimmy dibuatnya. Dia tidak dapat mencerna apa yang disampaikan oleh Amir sebentar tadi dia langsung tidak faham dengan apa yang berlaku sekarang ini.

"Ha, Yalah. Ini kawan abangkan? Abangkan yang suruh kawan abang ni datang bawa Amir jalan-jalan dekat sini. Dia kata, dia kawan abang? Mana Abang Jimmy? Tak datang ke? Lama Amir tunggu ni haa."

Bagai nk gugur jantung Jimmy dibuatnya. Masa bila pula dia hantar kawannya untuk membawa Amir pergi jalan-jalan di sana? Dia mula rasa gelisah.

'Tak? Tak mungkin...' Kata Jimmy dalam hati setelah mencerna apa yang sedang berlaku.

"Hello Abang Jimmy? Kenapa senyap?"

"A.. Amir! Dengar cakap abang!"

Tit.. - Panggilan ditamatkan.

"Hello?! Hello?! Amir?!"

Jimmy mula jadi gugup lalu dia mendail satu nombor. Dia mula gelisah rasa tidak sedap hati. Entah apa yang dia rasakan sekarang ini. Rasa takut yang teramat sangat!

"Hello? Along! Apa kau dah buat?!" Serang Jimmy sepantas mungkin. Tapak tangannya juga sudah dibasahi peluh gelisah.

"Haha, sekarang kau baru kenal siapa aku kan? Hahaha!" Kata Wahab dengan hati yang puas.

"Tolong lepaskan Amir. Aku merayu tolonglah!" Jimmy mula menangis di hujung talian dengan nada meronta-ronta.

"Kau bukan kata tak kisah ke apa nak jadi sekali pun?" Balas Wahab dengan nada menyindir.

"Tak kisah kalau jadi dekat aku! Bukan dekat Amir! Bodoh!"

"Haha!" Wahab hanya ketawa di hujung talian.

"Weh! Tolonglah. Tolong! Aku sanggup buat apa saja. Tolong lepaskan Amir! Tolong!"

"Boleh! Mestilah boleh! Senang je. Kau kahwin dengan anak orang kaya Syeikh Yaakub tu. Simple! Benda boleh bawa bincangkan? Hahaha!"

Jimmy terdiam di hujung talian. Air matanya mula jatuh berderai. Matanya ditutup rapat lantas dia mengetuk kepalanya beberapa kali.

"Okay, baiklah. Aku akan kahwin. Aku akan dengar cakap kau! Tapi tolong lepaskan Amir! Jangan buat apa-apa dekat dia! Aku merayu!"

"Okay done! Aku suruh orang aku lepaskan dia."

"Kau buktikan dulu."

"Okay."

Panggilan telefon ditamatkan.

"Hello? Hello? Wahab!"

Selepas beberapa saat nombor yang tidak dikenalinya sebentar tadi menelefon Jimmy kembali.

"Hello?!" Jimmy terus menyerang.

"Kau jangan risau. Budak ni selamat dengan aku. Comel jugakkan budak ni? Sedap jugak kalau aku dapat ratah badan budak ni sampai lembik. Pandai kau cari. Patutlah kau sayang sangat dekat budak ni. Aku nak rasmikan budak ni jugak boleh tak? Hahaha." Kata lelaki itu dengan nada tidak bermain-main. Kedengaran seperti sungguh dia ingin meliwat Amir.

"Binatang! Kau jangan apa-apakan Amir aku! Kau faham tak?!" Kata Jimmy sambil mengetap giginya.

"Kalau bos aku cakap jangan apa-apakan budak ni, aku takkan apa-apakan dia kalau bos aku suruh bunuh budak ni, barulah aku akan bunuh dia. Faham!"

"Buktikan!"

Lelaki misteri itu menyerahkan telefon kepada Amir.

"Hello Abang Jimmy?"

"Amir?! Amir okay ke?!"

"Okay je. Amir tengah makan ais krim ni. Kenapa?"

Jimmy mula menarik nafas lega. Jiwanya tenang buat seketika tetapi rasa takut masih ada dalam dirinya.

"Kenapa suara abang macam baru lepas nangis je ni?" Soal Amir di hujung talian.

"Amir lepas ni balik tau! Balik! Dengar cakap abang!" Kata Jimmy dengan nada tegas. Nafasnya naik turun.

"Kenapa?" Tanya Amir dengan nada takut. Takut dengan Jimmy sekarang ini.

"Balik!"

"Okay." Kata Amir perlahan. Mula takut setelah Jimmy menjerkah dia di hujung talian.

"Please dengar cakap abang. Balik okay?" Kata Jimmy cuba mengawal nada suaranya kembali. Dia cuba tenangkan nada suaranya seboleh mungkin.

"Ya, Amir balik. Abang kenapa ni? Jangan buat Amir takut."

"Tak ada apa. Nanti lagi satu jam abang call balik okay."

"Okay. Take care." Balas Amir perlahan di hujung talian.

Panggilan ditamatkan.

"Arghhhh!!" Jimmy meraung sekuat hati sambil mencekup mukanya ke bantal kecil. Dia menangis semahu-mahunya.

Kenapa nasibnya jadi begini? Kenapa? Dia bertanya sendiri tanpa jawapan. Mulai sekarang dia harus jadi sebuah boneka untuk kesenangan orang lain. Bukan kesenangan yang dia pinta, cumalah ketenangan dalam hidup. Itu sahaja.

Nampaknya, mulai sekarang dia harus menjauhkan dirinya dari Amir demi kebaikan Amir. Dia tiada pilihan lain lagi. Itu sahaja yang terbaik untuk Amir. Bahaya jika dia bersama Amir.

Demi keselamatan Amir dia harus korbankan perasaan dan jiwanya sendiri. Dia merasakan seolah-olah telah menjual jiwanya kepada seekor syaitan yang bernama Wahab!

"Maafkan saya Amir. Maafkan saya." Kata Jimmy perlahan sambil menangis teresak-esak. Tak henti-henti selama berhari-hari dia meminta maaf kepada Amir kerana tak dapat menjaga Amir dengan lebih baik.

Kini, semua di luar kuasanya. Dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa hanya berdoa sahajalah yang mampu dia lakukan sekarang ini agar semuanya akan baik-baik sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience