"Bukan ini yang aku mahu~
Terpisah jauh darimu~
Kini tinggal hanya diriku~
Bertemankan rinduku
Padamu~" - Tuah (Air mata rindu)
Amir bernyanyi seorang diri sambil duduk di tepi tingkap. Matanya tidak henti melihat cahaya bulan penuh yang menerangi langit gelap pada malam itu. seratus keping gambar itu tidak henti dipegang olehnya sejak kali pertama dia melihatnya lagi.
Gambar itu ditenung sayu selama berhari-hari. Dia langsung tidak mengingati apa-apa tentang kenangan gambar itu yang dia tahu hanyalah kebenaran.
Lalu dia sambung menyanyikan lagu itu di bahagian korus pula.
"Terlihat, senyum yang terukir diwajahmu~
Menandakan kau bahagia tanpaku~
Di saatku menangis
Untukmu~"
Amir menyeka seketika air matanya kerana terbayang saat-saat indah ketika Jimmy terjumpanya pada hari hujan lebat sehinggalah kali terakhir ketika Jimmy mencampakkan duit kepadanya itu. Semua itu masih segar di mindanya hanya memori itu yang dia ada. Memori tiga tahun lepas masih dia tidak dapat mengingatinya lagi, dengan rasa sebak dia menyambung kembali nyanyiannya itu.
"Apakah salah dan dosaku
Terhadapmu~
Sehingga mudahnya kau
melupakan aku~
Sedang air mata menangis
Rindu! Padamuuu~"
Amir menyeka air matanya. Tidak mampu lagi dia menyambung nyanyiannya itu. Dia menyampaikan lagu itu dengan sepenuh hatinya.
"Wah, suara kau tetap tak berubahkan? Dari dulu sampai sekarang masih sedap." Kata Haikal sambil tersenyum di tepi pintu.
Amir tersentak dengan cepat dia menyeka air matanya.
"Eh, Haikal. Sorry kalau bising." Balas Amir dengan suara serak.
"Bising? Mana ada bising. Aku rindu lagi adalah. Rindu nak berkumpul macam dulu lagi tapi sekarang ni masing-masing sibuk dengan hidup sendiri." Kata Haikal sambil tersenyum tawar.
Amir hanya terdiam.
Haikal terus mengambil satu kerusi lantas dia duduk di sebelah Amir. Dia turut memandang ke arah bulan terang itu bersama Amir.
"Cantik bulan tu kan?" Kata Haikal cuba untuk mencari topik perbualan.
"Ya, cantik." Balas Amir seadanya.
"Kau mesti teringat dekat dia lagi kan?" Kata Haikal perlahan. Amir sudah menceritakan segalanya kepada Haikal tentang apa yang sudah terjadi selama ini. Haikal terasa agak sebak setelah mendengar cerita sahabatnya ini yang selama tiga tahun ini mengilangkan diri tanpa kabar berita. Tiada siapa tahu tentang Amir lagi. Haikal rasa Jimmy agak kejam memperlakukan Amir sebegitu rupa.
"Aku teringat? Hmm, mestilah teringat tapi bukan sebagai boyfriend aku lagi dah tapi sebagai seorang abang. Aku dah tak ada rasa sayang macam dulu lagi dah, cuma rasa sayang aku kali ini lain. Aku anggap sayang dia tu sebagai seorang abang yang sentiasa jaga aku dengan seikhlas hati. Tapi aku selalu buat dia marah, selalu buat dia risau. Aku ni bodoh. Aku ni tak reti nak fikir. Aku.. Aku sekarang dah cacat." Kata Amir perlahan di hujung ayat. Dia tidak suka perkataan 'cacat' kerana dia bukan seorang yang cacat, dia cuma hilang ingatan dan perlakuannya agak tiga suku.
"Ish, janganlah cakap diri kau tu macam tu. Hmm, aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi pasal hal ini. Mungkin ini yang terbaik? Mungkin ada hikmah? Aku pun tak tahu tapi apa yang aku nak tahu, aku tak nak tengok kau sedih lagi Amir. Cukuplah, cuba untuk cari kebahagian untuk diri sendiri pula lepas ni."
Amir terdiam setelah mendengar apa yang keluar dari mulut Haikal sebentar tadi. Mereka berdua terdiam beberapa saat sambil memandang ke arah bulan lagi.
"Oh, aku lupa nak bagitahu dekat kau satu perkara ni." Kata Haikal sambil menggigit hujung bibirnya. Dia berasa agak takut untuk memberitahu perkara ini.
"Apa? Cakaplah?" Kata Amir seperti orang tiada semangat. Wajahnya juga semakin hari semakin pucat.
"Err, esok.." Haikal seakan-akan tidak mampu memberitahu perkara ini kepada Amir.
Amir setia menunggu jawapan Haikal itu.
"Fuh..." Haikal mengembuskan nafasnya lantas dia mula berkata kembali walaupun agak takut.
"Esok hari perkahwinan Jimmy dengan Mira." Kata Haikal dengan nada suara yang perlahan.
"Serius?" Amir terkedu. Seakan tidak percaya. Muka Haikal dihadapan di pandang lama.
"Ya, betul. Ayah Mira yang call mak aku tadi then mak aku bagitahu dekat aku tadi. Semua terjadi secara mengejut." Balas Haikal.
Amir hanya terdiam.
"Maaf Amir." Kata Haikal perlahan.
Amir tersenyum tawar lantas dia menggelengkan kepalanya. Wajah Haikal di pandang dengan lama.
"Takpe Haikal."
Sejujurnya Amir agak terkejut tapi dalam sedihnya ada terselit rasa gembira. Dia pernah berkata kepada Jimmy untuk berkahwin dengan Mira supaya dapat menjaga Jimmy nanti bila dia dah tak ada. Nampaknya, hasrat suci Amir itu dimakbulkan oleh Allah. Dia tersenyum senang hati.
"Betul?" Haikal seakan-akan tidak percaya. Jika dahulu mahunya Amir ni serang Mira dengan Jimmy kerana cemburu tapi sekarang? Nampaknya Amir benar-benar berubah.
"Ya betul. Aku tak benci tapi aku suka. Akhirnya ada orang yang selayaknya menjaga Jimmy. Aku tumpang gembira. Hasrat aku telah dimakbulkan Allah kalau lepas ni aku mati pun aku mati dengan tenang Haikal." Kata Amir dengan sayu.
"Heish, apa kau cakap ni Amir? Nak bunuh diri macam dulu lagi ke?" Haikal sudah mengerutkan dahinya. Dia tidak mahu kehilangan sahabatnya ini lagi.
Amir ketawa.
"Haha, kau ni Haikal. Mana ada. Aku cakap je." Kata Amir dengan sisa tawanya.
Mereka berdua terdiam kembali.
"Haikal? Esok aku nak pergi. Boleh?" Pinta Amir dengan sepenuh harapan.
Mata Haikal membutang.
"Gila ke? Dia dah tak sayang kau kot? Perlu ke? Haish, nanti tak pasal kecoh pula kenduri orang Amir oii. Kau jangan buat gila." Balas Haikal seraya sudah mengusutkan rambutnya.
"Alah, please. Aku tengok dari jauh je. Janji ini kali terakhir aku nak tengok dia. Lepas ni aku pergi tak kacau hidup dia orang lagi dah sampai bila-bila. Tolonglah." Amir sudah merayu seperti anak kecil.
Haikal mendecit.
"Motif kau nak pergi?" Tanya Haikal lagi sambil menyilangkan tangannya.
"Aku nak tengok muka Abang Jimmy dengan Kak Mira pakai baju kahwin, duduk tersenyum dekat atas pelamin yang cantik. Mesti sama padankan? Tak sabar nak tengok dia orang. Hasrat aku nak tengok dia orang itu disatukan tercapai. Tolonglah bawa aku pergi sekejap je, dapat tengok dari jauh pun jadi dah." Merayu Amir lagi dengan wajah meminta simpati.
Haikal berfikir sejenak.
"Haish, yalah." Haikal turutkan sahaja kerana rasa kesian pula dengan Amir. Tak ada salahnya tengok orang yang Amir sayang itu bahagia di hari perkahwinannya.
"Thanks Haikal." Amir tersenyum suka. Rasa tak sabar tunggu hari esok. Mungkin esok adalah hari terakhir dia melihat wajah Jimmy dan Mira. Siapa tahu? Kerana selepas ini dia akan pergi jauh dari hidup insan yang dia sayangi untuk kebaikan semua orang.
"Tapi satu syarat!" Kata Haikal secara tiba-tiba sambil tersenyum sumbing.
"Apa syaratnya tu?" Kata Amir dengan mata berkerut.
Haikal terus bangkit dari tempat duduknya, lalu suis lampu kelip-kelipnya dinyalakan. Serta-merta lampu kelip-kelip itu menyala di atas kepala katil. Lampu kelip-kelip itu dilekatkan pada dinding. Sangat cantik! Lampu berwarna oren kuning-kekuningan itu sudah menerangi kamar gelap.
Amir mengerutkan dahinya.
"Sini, kau duduk dekat tengah-tengah katil aku ni." Arah Haikal dengan laju.
Amir ikutkan sahaja arahan Haikal walaupun tidak tahu apa yang Haikal hendak lakukan.
Haikal yang dari tadi sudah tersenyum dan mula berdiri di hadapan katilnya lalu kamera Iphone Xs di hidupkan.
"Okay kamere dah stand by. Aku nak kau nyanyi lepas kiraan satu dua tiga nanti."
"Hah? Nyanyi?" Kata Amir sambil menggaru-garukan kepalanya. Terkejut tiba-tiba sahaja Haikal suruh dia menyanyi tanpa sebab.
"Okay! 1...2...3..."
Share this novel