41

Spiritual Completed 17372

"S... sayang." Kata Muzaimi dengan gagap.

PANGGG!!!

Satu tamparan kuat hinggap ke muka Muzaimi. Tergamam Muzaimi dibuatnya. Pipinya dipegang terasa sakit.

"Kenapa awak buat macam tu dekat Amir! Awak kejam!" Kata Amira sambil dia mula menangis deras. Dada Muzaimi ditumbuk semahu-mahunya.

"Sa... sayang mengucap sayang." Muzaimi memegang tangan Amira supaya berhenti dari menumbuk dadanya. Dia terus memeluk tubuh isterinya.

Amira masih lagi menangis.

"Awak tu yang patut mengucap ingat Allah!" Kata Amira sambil menolak tubuh Muzaimi agar pelukkan itu terlerai.

Kata-kata yang keluar dari mulut isterinya itu membuatkan hatinya tersentak.

"Kenapa awak buat dia macam tu! Itu Amir awak tahu tak?! Amir! orang yang awak sayang!"

"Tapi dia cuba rosakkan majlis kita!" Kata Muzaimi dengan mata membutang.

"Saya yang bawa dia datang sini! Saya! Sepupu saya cakap Amir nak datang! Jadi saya tolong bawakan dia ke sini. Saya suka dia datang sebab saya dah anggap dia sebahagian dari keluarga saya! Kalau awak nak marah, awak marah saya! Bukan Amir! Berani awak lukakan hati Amir! Kalau awak lukakan hati Amir sama je awak lukakan hati saya!"

Muzaimi sudah hilang kata-kata. Dia melutut ke tanah. Air matanya mula jatuh berderai membasahi pipi. Rasa bersalahnya mula hadir ke dalam diri. Dia mula rasa bersalah teramat sekali.

"Mana janji awak tu? Mana? Janji awak nak jaga Amir? Awak tipu! Ini bukan Muzaimi yang saya kenal! Bukan Muzaimi yang saya cinta!" Kata Mira sambil menjerit kuat ke telinga suaminya kerana terlalu geram.

"Saya minta maaf, saya minta maaf sebab saya dah jadi isteri yang derhaka walaupun baru sehari. Maafkan saya! Tapi saya jadi derhaka sebab nak awak sedar apa yang awak buat tu salah! Salah!" Katanya dengan lantang.

Perlahan-lahan dia memeluk tubuh suaminya. Muzaimi turut membalas pelukkan isterinya. Mereka berdua menangis sambil berpelukkan.

"Awak, tolong jangan berubah. Saya pun sayangkan Amir dah macam adik saya, awak tolonglah jangan lukakan hati dia lagi. Saya merayu." Mohon Mira sambil menangis teresak-esak.

"Ya, saya minta maaf. Saya terpaksa. Maafkan saya Mira!" Kata Muzaimi tersedu-sedan.

"Awak tak patut minta maaf dekat saya. Awak kena minta maaf dekat Amir."

Kata Mira sambil menyeka air mata suaminya. Muzaimi mengangguk sebagai tanda faham.

"Okay, dah jom kita cari Amir sama-sama." Sambung Mira lagi sambil cuba senyuman.

Muzaimi mengangguk.

Mereka berdua bingkas bangun lantas berpegangan tangan sesama mereka. Mereka berpandangan sesama mereka.

"Jom cari Amir." Kata Muzaimi sambil memandang ke arah isterinya.

Mira mengangguk sambil memandang tepat ke arah suaminya.

Muzaimi mengembuskan nafasnya. Mereka terus berlari untuk mencari Amir sambil berpegangan tangan dengan berpakaian pengantin mereka. Majlis perkahwinan mereka itu dilupakan terus dari minda mereka kerana apa yang penting adalah Amir!

•••

GRUMMMM!!!!

"Alamak, janglah hujan. Janganlah hujan!" Kata Jimmy sudah bernada risau.

"Kenapa?" Amira mengerutkan dahinya.

"Amir tu takut kilat." Terang Muzaimi dengan ringkas.

"Kalau macam tu cepat sikit kita cari dia." Kata Amira dengan nada risau. tumit kasut tingginya itu dipatahkan kerana menganggu untuk dia bergerak dengan lebih pantas. Dia tidak kisah dengan majlis perkahwinannya yang penting Amir selamat.

Mereka berdua pun berlari mencari Amir serata tempat. Sudah 15 minit mereka mencari Amir tetapi masih lagi tidak jumpa.

"Awak, saya dah putus asa. Saya rasa saya dah tak ada peluang nak jumpa Amir. Amir sudah pergi untuk selamanya dari hidup saya." Kata Muzaimi dengan rasa sebak mula kembali.

"Awak jangan cakap macam tu boleh tak? Jangan putus asa lagi. Kita cari Amir sampai jumpa okay. Jangan risau saya ada bersama awak."

Muzaimi hanya terdiam. Mereka berdua berhenti dari melangkah seketika.

Mata Amira mula melilau mencari kelibat Amir. mana tahu kebetulan terjumpa. Setelah beberapa saat mencari tiba-tiba matanya membutang memandang satu susuk tubuh.

"Eh, awak tu Amir!" Kata Amira sambil menunjukkan ke arah seseorang.

Segera Muzaimi memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Amira. Matanya turut membutang memandang susuk tubuh itu dalam kabus hujan rintik-rintik mula membasahi bumi secara perlahan-lahan.

"Amir!!!!" Jerit Muzaimi sekuat hati.

Amir memandang ke arah suara yang memangil namanya itu. Riak wajahnya bertukar terkejut dan takut dengan segera Amir cuba untuk berlari sepantas yang boleh ke arah bertentangan cuba untuk lari daripada mereka berdua.

"Amir! Tunggu jangan lari! Abang minta maaf!" Kata Jimmy dengan kuat tapi sayang Amir takkan dengar sebab Amir sudah jauh sambil telingannya ditutup rapat.

Amir teruskan berlari melintas jalan tanpa memandang ke kiri dan ke kanan lagi yang dia tahu dia dapat jauhkan dirinya daripada mereka berdua.

PINNNNN!!!!!!!

"AMIR!!!!!!!!!!!"

•••

"AHHHHHHHH!!!!!!" JERIT AMIR SAMBIL MENUTUP MATANYA.

DUMMMM!!!!! SEBUAH VAN TELAH MELANGGAR TUBUH AMIR SEHINGGA AMIR TERLAMBUNG KE ATAS VAN KEMUDIAN DIA TERJATUH KE TANAH PULA. PEMANDU VAN ITU TERUS MELARIKAN SEBAIK SAHAJA DIA MELANGGAR TUBUH YANG TIDAK BERDOSA ITU.

Macam nak luruh jantung Muzaimi dengan Amira melihat tubuh Amir dilanggar oleh van sebentar tadi. Seakan-akan tidak percaya kejadian itu berlaku sekelip mata.

"Ya Allah, Amir! Awak! Amir awak!" Kata Amira sambil menutup mulutnya dengan tangan kerana rasa sangat terkejut.

Muzaimi tergamam.

"Amir!" Muzaimi bersuara lantang selepas beberapa saat. Dia terus berlari untuk mendapatkan tubuh Amir yang terbaring di tengah jalan itu diikuti Amira di belakang.

Muzaimi tergamam melihat tubuh Amir yang tengah terketar-ketar menahan rasa sakit itu. Air mata Muzaimi terus mengalir deras.

Tubuh Amir terus didakapnya. Mulut Amir sudah memancut-mancut darah. Habis percikan darah itu terkena baju Muzaimi tetapi bukan itu yang dikisahkan. Apa yang penting Amir yang di hadapannya itu.

"Ishk, ishk... Amir, maafkan abang Amir, maafkan abang. Abang banyak buat dosa dekat Amir. Amir tolong jangan tinggalkan abang! Abang tak kuat tengok Amir macam ni."

Amira juga turut terduduk berselimpuh di hadapan Amir. Matanya tidak henti mengalirkan air mata. Tidak kuat dia untuk melihat Amir terbaring menahan rasa sakit begitu.

Amir memandang tepat ke arah Muzaimi sambil tubuhnya terketar-ketar.

"Amir kuat Amir! Jangan mengalah. Tolong! Tolong! Sesiapa panggil ambulan! Tolong!" Jerit Muzaimi sekuat hati meminta pertolongan sambil menangis deras.

"Amir, jangan tinggalkan Kak Mira jugak. Kak Mira tak kuat tengok Amir macam ni. Mengucap Amir." Kata Mira di tepi juga turut tidak henti menangis.

Amir cuba untuk tersenyum. Dia tersenyum dengan ceria seceria seperti selalu. Tangan Amir cuba digerakkan lalu dia memegang pipi Muzaimi. Muzaimi turut memegang tangan Amir yang sudah memegang pipinya itu.

"Am... mir... min... ta.. Maaf. Amir su.. susah kan abang... Am... Amir tunai... kan permin..taan abang... Am...mir akan per...gi dari hidup... un...tuk selama...nya." Kata Amir sambil tersenyum.

Pantas Muzaimi menggelengkan kepalanya.

"T... tak jangan cakap macam tu. Abang minta maaf. Abang tak maksudkan pun. Tolonglah Amir." Muzaimi mula rasa bersalah atas kata-kata dan perbuatannya tadi.

Amir hanya tersenyum sambil matanya terkelip-kelip memandang ke arah Muzaimi. Amir cuba untuk mengapai tangan Amira pula lantas Amira menyuakan tangannya kepada Amir. Amir tersenyum pula ke arah Amira lantas, Amir mengambil tangan Amira dan tangan Muzaimi lalu disatukan. Amir tersenyum.

"Kak Mi..ra. tolong... ja...gakan Abang Jim...my un...tuk Amir." Amir cuba untuk bersuara walaupun dia dapat rasakan masanya sudah tiba. Rasa sakit nyawanya cuba ditarik memang dapat dirasakan oleh Amir.

"Amir, Amir sayang Kak Mira kan? Amir mengucap sayang. Ikut Kak Mira. Ashadu...Allah..."

Amir cuba untuk mengikut Amira untuk mengucap kalimah suci Allah itu perlahan-lahan bibirnya tidak henti dari tersenyum. Tiba-tiba matanya sudah tertutup rapat. Innalillah... Amir sudah meninggal, meninggal dalam senyuman.

"Mir, Amir. Bangun! Bangun Amir! Bangun! Jangan tinggalkan abang! Abang minta maaf. Kalau abang tak buat perangai tadi benda takkan jadi!" Muzaimi cuba menggoncangkan tubuh Amir supaya Amir bangun kembali tetapi sayang Amir sudah pergi dijemput Ilahi di usia 20 tahun. Amira juga sudah hilang kata-kata. Hujan mula turun dengan lebat membasuh darah di jalan itu.

"YA ALLAH!"

Lalu, Muzaimi melaungkan nama Amir sekuat hatinya.

"AMIR!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience