26

Spiritual Completed 17380

"Tak nak.. Amir kata tak nak balik.." Amir sudah meronta-ronta seperti anak kecil di atas sofa panjang. Wajah mamanya direnung meminta simpati.

Jimmy hanya mampu mendiamkan diri sambil duduk di sebelah Amir. Dia tidak mahu masuk campur dalam hal mereka sekeluarga. Dia bukan siapa-siapa.

Maria yang berada di hadapan Amir juga buntu dibuatnya. Tidak tahu bagaimana nak pujuk Amir yang tak faham bahasa ini.

"Sayang mama.. Jomlah kita balik. Ini bukan rumaj kita, janganlah susahkan orang lain Amir." Pujuk Maria lagi.

"Amir tak nakk.. Papa dah tak sayangkan Amir. Amir tak nak balik. Biarlah Amir tinggal dekat sini." Rayu Amir lagi.

"Kita bukan nak balik rumah kita tu sayang. Kita balik rumah opah. Kita tak payah duduk situ lagi. Abang Jimmy dah cerita semuanya dekat mama. Maafkan mama sayang kalau Amir marahkan kat mama juga, mama tak tahu."

Tajam sahaja mata Amir menikam Jimmy. Giginya diketap serapat yang boleh menahan rasa geram yang membuak-buak.

"Kenapa abang bagitahu mama! Kenapa Abang Jimmy kejam!" Perlahan-lahan air matanya mula mengalir membasahi pipi. Amir mengesat air matanya.

"Maafkan abang, Amir." Perlahan suara Jimmy sambil menuju ke arah Amir lantas dia mengusap belakang Amir perlahan.

"Abang tak suka Amir tinggal kat sinikan?" Balas Amir sambil menolak tubuh sasa Jimmy.

"Bukan macam tu Amir, janganlah kata macam tu. Bukan abang tak suka, abang suka je Amir duduk dengan abang, abang tak sunyi kalau ada Amir tapi ini kan mama Amir.. Mama Amir sayangkan Amir. Amir kenalah dengar cakap mama okay?" Jimmy cuba memujuk.

"Tapi.." Amir hilang kata-katanya.

"Maafkan mama sayang kalau Amir marahkan mama. Mama sayangkan Amir sebab tu mama tak nak kita duduk kat situ lagi. Kita balik rumah opah ya?"

"Ermm.. auntie, tumpang tanya, tapi dekat mana tu?" Jimmy mencelah.

"Dekat Taiping." Balas Maria dengan lembut lantas dia menuju ke arah Amir sambil mengusap lembut paha anaknya.

Jimmy tergamam dalam hati. Nampaknya, dia tidak akan berjumpa Amir lagi selepas ni? dari Shah Alam ke Taiping bukannya dekat.

"Kita balik rumah opah ya, sayang?" Pujuk Maria lagi.

"Boleh, tapi Abang Jimmy kena ikut!" Sebaik sahaja dia habiskan kata-katanya terus dia berlari menaiki anak tangga, lalu meluru masuk ke bilik Jimmy.

Jimmy dan Maria hanya mampu melihat sahaja tubuh itu pergi. Mereka berdua saling berpandang antara satu sama lain dengan wajah yang tidak ceria.

"Hmm, entahlah Jimmy, auntie pun tak tahu nak kata apa lagi." Maria memicit-micit kepalanya terasa sangat serabut sekarang ini. Dia melabuhkan tubuhnya di atas sofa.

"Maaflah auntie, kalau ini salah saya." Jimmy kembali duduk di atas sofa juga.

"No, bukan salah you pun Jimmy please jangan pernah salahkan diri you." Balas Maria sambil tersenyum.

"Takpelah auntie, saya cuba pujuk Amir, auntie rehatlah dulu, minum dulu air teh ni, maaflah bujangkan. Saya pergi pujuk Amir dulu." Kata Jimmy dengan senyuman.

Maria hanya mengangguk dan di bibirnya ada sedikit senyuman yang terukir. Lalu, Jimmy pun menaiki anak tangga satu per satu dengan langkah yang lemah. Dia harus kuatkan juga walaupun hatinya tidak rela. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik. Terlihat Amir sedang menangis tersedu-sedan sambil berdiri di atas balkoni di biliknya itu. Jelas angin sejuk malam dapat dirasakannya.

Jimmy tersenyum tawar lantas, dia menuju ke arah Amir perlahan-lahan.

Amir termenung jauh sambil meletakkan kedua belah lengannya di atas palang besi itu, dagunya pula diletakkan di atas lengannya.

"Kenapa Amir tak mati je senang?" Amir bersuara perlahan sebaik sahaja dia dapat rasakan Jimmy datang berdiri di sebelahnya.

"Amir janganlah cakap macam tu."

"Habis tu? Daripada Amir terseksa?" Marah Amir sambil merenung tajam muka Jimmy.

"Siapa yang seksa Amir tu? Mari bagi dekat abang, abang tumbuk dia." Balas Jimmy dengan nada bergurau.

"Ish!" Amir menumbuk dada Jimmy kerana geram dengan perangai Jimmy yang suka bergurau tidak kena tempat itu.

"Amir tengah seriuslah ni!" Sambungnya lagi.

"Abang pun tengah seriuslah ni." Kata Jimmy dengan sedikit senyuman. Tumbukan Amir itu langsung tidak memberikan apa-apa kesan kepada tubuhnya, hanyalah tumbukan lemah.

"Abang.. Amir nak duduk sini. Please.." Amir merayu lagi dengan mata kembali berkaca-kaca dan hidungnya dari tadi sentiasa merah.

"Tak boleh Amir.. Amir kena dengar cakap mama. Syurga Amir di bawah telapak kaki mama Amir, bukan abang. Amirkan kata nak jadi budak baik? Mana janji Amir tu?" Jawab Jimmy.

"Tapi, kalau Amir balik rumah opah, Amir dah tak boleh nak jumpa Abang Jimmy lagi."

"Nanti free, abang telefonlah Amir kat sana boleh je kan?" Balas Jimmy dengan senyuman.

Amir terdiam, dia kembali memandang ke arah langit cerah yang disinari bulan penuh dan bintang-bintang yang bertaburan di angkasa.

"Okaylah macam ni, kalau abang free, abang pergi jumpa Amir dekat Taiping tu. Kita pergi zoo, nak?" Pujuk Jimmy lagi.

"Abang tipu.." Amir langsung tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Jimmy.

"Alah, nanti abang tanyalah mama Amir tu. Kita buat perjanjian dengan mama Amir okay?"

"Fine." Balas Amir acuh tak acuh. Dia langsung tidak menaruh harapan dengan kata-kata Jimmy sebentar tadi, dia tahu itu hanyalah janji-janji kosong.

Jimmy tersenyum manis, lantas dia mengusap rambut Amir sambil memeluknya.

"Okay, good boy. Amir pergi minta maaf dengan mama dulu okay dekat bawah. Abang Jimmy nak kemaskan barang Amir dulu."

Dengan pantas Amir memeluk Jimmy dengan erat sekali. Matanya juga dipejamkan serapat yang mungkin.

"I will miss you my guardian." Ucap Amir seraya pelukkannya menjadi lebih erat.

"Me too.." Balas Jimmy perlahan sambil membalas kembali pelukkan Amir. Rambut Amir diusap-usap olehnya.

Selepas beberapa saat pelukkan di lepaskan. Amir mula menuruni anak tangga perlahan dengan hati yang tidak rela.

Setelah bayang Amir hilang dari pandangan, Jimmy mengembuskan nafas wajahnya kelihatan sedih tapi dia cuba untuk tidak mengikutkan perasaannya sendiri, lantas dia mula mengemas baju-baju Amir dimasukkan ke dalam beg galas Amir. Anak patung beruang putih itu diperhatikan olehnya dari jauh. Jimmy mengambil anak patung beruang itu lalu diangkatnya sehingga sama paras kepalanya.

"Tolong jagakan Amir untuk aku weh." Bisik Jimmy memberi pesanan kepada anak patung beruang yang tidak bernyawa itu. Dia mula rasa sebak tetapi dia harus menahannya demi kebaikan Amir.

•••

Enjin kereta sudah di hidupkan. Mereka bertiga berdiri di luar untuk memberikan ucapan terakhir. Suasana menjadi agak sebak bagi semua orang di situ. Masing-masing tidak ikhlas ingin melepas pergi.

"Jimmy terima kasih sebab jagakan Amir." Kata Maria dengan senyuman nipis.

"It's okay auntie, takde masalah." Balas Jimmy sambil mengangguk, seraut senyuman manis mengiasi wajahnya.

Kini giliran Amir pula. Mereka berdua saling berpandangan. Amir merenung mata Jimmy sambil memeluk anak patung beruang putih itu dengan erat sekali, lantas Jimmy mengulurkan tangannya.

"Hah, tak nak salam ke?" Kata Jimmy sambil mengulurkan tangannya kepada Amir. Senyumannya tidak pernah mati mengiasi bibir. Senyuman itu umpama pembalut luka umpama membalut kesedihannya.

Sepantas sesaat, Amir terus memeluk tubuh Jimmy sekali lagi mungkin ini kali terakhir baginya. Tiada kata-kata yang dapat diberikan oleh Amir.

Jimmy tersenyum nipis lalu membalas pelukkan Amir kembali. belakang Amir ditepuk-tepuk perlahan oleh Jimmy.

Selepas beberapa saat, Amir melepaskan pelukkannya itu. Tiada kata-kata yang dapat diberikan olehnya lagi pada saat itu. Amir hanya mampu berlari masuk ke dalam kereta dan terus mendiamkan diri. Dia benar-benar merajuk ketika ini.

Jimmy dan Maria mampu melihat sahaja tindakan Amir itu. Kini, mereka berdua pula saling bertentang mata. Maria mengeluh perlahan.

"I don't know why dengan Amir maybe dia sedih. maafkan auntie ya, bukan niat auntie nak jauhkan Amir dari kamu. Auntie cuma tak tahu nak pergi mana lagi sekarang ni. I'm so sorry Jimmy."

Jimmy tersenyum nipis lagi.

"It's okay auntie, saya faham tapi saya harap auntie lepas ni dapat bagi perhatian yang lebih kat Amir. Dia bukan apa, cuma kurang perhatian, tu je."

Maria mengangguk.

"Baiklah, auntie cuba, dekat sana ada opahnya. bolehlah opahnya tolong tengok-tengokkan cucu kesayangan dia ni."

"Err, satu lagi. Family auntie belah sana okaykan dengan Amir? Takde masalah apa-apa kan?" Tanya Jimmy mahukan kepastian.

"Takde apa-apa, family auntie belah sana semua sayangkan Amir ni. Makcik pakcik dia semua okay dengan Amir. Kenapa ya?" Tanya Maria kembali.

"Ouh, kalau macam tu takpelah. Saya bukan apa saya takut Amir lari lagi nanti. Itu je." Kata Jimmy sambil menyelitkan ketawa.

"Haha, yalah.. Terima kasih. Takpe auntie akan cuba. Semua okay dekat sana. In Sha Allah, kalau takde apa-apa auntie gerak dululah ya."

"Haah, baiklah. Silakan." Balas Jimmy.

"Ouh, sebelum lupa.. wait.." Maria mencari sesuatu di dalam beg tangannya itu.

Jimmy mengerutkan dahinya sambil menunggu barang apa yang ingin Maria serahkan kepadanya.

"Nah." Maria mengulurkan sesuatu.

"Apa ni auntie?" Tanya Jimmy sambil mengambil kotak merah yang sebesar tapak tangan itu daripada Maria.

"I don't know, auntie tak pernah buka tapi i know it's for you." Balas Maria dengan senyuman manis.

"M.. maksud auntie?" Jimmy tak faham.

"Ini hadiah Amir untuk kamu masa sebelum dia jadi macam ini lagi. Ada tertulis nama kamu kat kotak tu, so memang untuk kamulah. Mungkin Amir tak sempat nak hadiahkan untuk Jimmy so auntie tolong serahkanlah walaupun dah lama." Kata Maria dengan senyuman nipis.

"Thanks, but why?"

"Why? Maksud kamu?" Maria mengerutkan dahinya tanda tak faham.

"Kenapa auntie nak kasi saya benda ni? Kenapa tak buangkan aje? Auntie tak marahkan saya ke?" Soal Jimmy dengan lancar.

"Ouh, auntie tak pernah tak suka kamu Jimmy, auntie tahu kamu ni orang baik-baik. Kamu pun janganlah takut dengan auntie, auntie tak pernah marahkan kamu pun." Terang Maria dengan nada tenang.

Jimmy tersenyum sambil matanya memandang ke arah kotak itu tanpa henti.

"Hmm, thanks auntie sebab tak pernah pandang hina dekat saya macam orang lain."

"Jangan sesekali kita memandang hina diri kita sendiri Jimmy. Kalau kita pun pandang hina dekat diri kita sendiri, habis? siapa yang nak hargai diri kita kalau bukan diri sendiri? Betul tak?"

"Thanks auntie." Jimmy tersenyum dengan matanya redup memandang ke tanah.

"Okay, kalau dah takde apa auntie pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Maria terus memasuki ke dalam keretanya lalu dia terus memegang stereng kereta. Amir yang berada di tempat penumpang di hadapan hanya mampu melihat kelibat Jimmy dari cermin sisi setelah beberapa saat kereta itu berlalu pergi, susuk tubuh Jimmy kian menghilang. Berat hati Amir untuk pergi kerana hanya Jimmylah pelindung dirinya.

Jimmy berhenti melambaikan tangan sebaik sahaja kereta Toyota hitam kelabu itu hilang dari pandangannya. Dia kembali melihat ke arah kotak merah di tangannya itu.

Jimmy membaca tulisan di atas kotak tersebut.

"FOR MY ONE AND ONLY..."

Jimmy membuka kotak itu perlahan-lahan dengan hati yang berdebar ingin tahu apa isi kotak itu. Jimmy tersenyum sepi setelah melihat apa isi di dalam kotak tersebut.

Sebuah kotak muzik yang sangat cantik diperbuat dari logam dan seorang bellerina diperbuat dari kaca bersinar-sinar menari di dalam kotak itu. Merdu sahaja kotak muzik itu mengalungkan melodi Beethoven yang indah. Di dalam kotak itu terdapat sekeping gambar kecil mereka berdua. Kelihatan sangat bahagia.

"Thank you Amir." Bisik Jimmy seorang diri dengan nada suara perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience