1

Spiritual Completed 17372

Hujan lebat mula turun dengan derasnya membasahi bumi. Amir yang mula sedar tubuhnya sedikit demi sedikit mula basah ditimpa air hujan, cuba mencari tempat untuk berteduh.

Bola matanya memusing ke kiri dan ke kanan seperti tiada arah tuju. Dia juga tiada tempat untuk berteduh. Hujan pula turun semakin lebat.

Setelah beberapa minit, dia terlihat ada pondok menunggu bas tidak jauh darinya. Sepantas mungkin dia berlari untuk berteduh daripada tubuhnya terus kebasahan.

"Fuhh.." dia mengembus nafas lega sebaik sahaja dia sampai di tempat itu.

Akhirnya dapat berteduh dari hujan yang makin deras. Dia tersenyum lega dan rasa sangat bersyukur. Tubunnya jugak tidaklah basah kuyup, cuma bajunya basah sedikit dengan muka dan kepalanya.

Dia mengeluarkan telefon pintar jenama Oppo dari kocek seluar jeans nya lalu membuka aplikasi grab.

Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menggunakan aplikasi itu, ini baru kali pertama dia cuba untuk mengunakan perkhidmatan grab.

"Eh, kenapa handphone terpadam? Alamak bateri habis... Aduh, macam mana ni?" Dia mula rasa gelisah setelah telefon pintarnya mati secara tiba-tiba.

"Aduhh.."

"Nak balikk.." Meraungnya seorang diri dalam hujan tanpa di dengari oleh sesiapa pun. Dia sudah mula buat perangai terencat akalnya di situ setelah gelabah disitu seorang diri.

Cuaca semakin gelap. Dia kedinginan duduk di situ seorang diri. Dia cuma mampu memeluk tubuhnya dan berdoa agar ada seseorang sudi datang membantu. Sesekali dia akan mengetuk-ngetuk kepalanya supaya dia dapat bertenang.

Hujan pulak makin lebat, tempias hujan terkena pada kulitnya membuatkan dirinya tambah kedinginan. Jam di tangannya menunjukkan tepat pukul 6.50 petang. Kereta yang lalu lalang di situ hanya berlalu sahaja tanpa ada seorang pun yang sudi datang membantu. Sesekali percikan air dari tayar kereta terkena pada Amir.

Tiba-tiba, ada sebuah kereta berhenti tidak jauh darinya. Seseorang keluar dari kereta jenama Honda berwarna putih tersebut dan dengan pantas sekali lelaki itu menuju datang ke arah Amir.

Amir yang kesejukkan itu terus memeluk tubuh, tanpa mengiraukan seseorang yang keluar dari perut kereta tersebut. Matanya dipejamkan serapat boleh. Dia cuba bayangkan yang dia sekarang berada di tempat yang selesa dan nyaman.

"Awak! Awak yang duduk kat situ! Hello?! Boleh dengar suara saya tak?!" Sahut satu suara yang ditelan oleh bunyi hujan deras.

Perlahan-lahan Amir membuka kelopak matanya lantas, dia memandang ke arah lelaki itu. Sudah tentunya lelaki itu sedang bercakap dengannya kerana hanya dia yang berada di situ. Amir memandang lelaki itu kembali dengan dahi yang berkerut menahan kesejukkan.

'Eh, abang ni?' Kata Amir dalam hati sambil matanya tertancap pada jejaka bertubuh sasa di hadapannya itu.

Kini, mereka saling bertentangan mata..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience