24

Spiritual Completed 17372

Jimmy dan gadis bertudung biru muda itu duduk sebelah-menyebelah seraya mata mereka melihat Amir seronok bermain seorang diri di taman permainan.

Suka benar Amir apabila boleh bergerak bebas seperti burung. Selama ini, dia hanya merasakan dirinya seperti burung di dalam sangkar, terkurung selamanya.

Jimmy dari tadi hanya mendiamkan diri sambil tunduk memandang ke bawah. Tidak mampu kudratnya mengangkat walaupun sedikit kepala untuk memandang wajah gadis nertudung labuh itu. Dia hanya bermain-main dengan sepuluh jarinya sahaja.

Gadis itu mengerling ke arah Jimmy dengan senyuman nipis. Dia menarik nafas panjang lantas, mengembuskannya keluar. Matanya kembali tertumpu ke arah Amir yang tidak jauh dari mereka berdua, lalu gadis itu bersuara memecahkan rasa canggung di antara mereka berdua.

"Amir langsung tak ingat apa-apa pasal saya kan?" Lembut sahaja suara Mira menyentuh telinga Jimmy dengan tenang. Perlahan-lahan dia memandang gadis bertudung biru muda itu dengan wajah sayu. Tidak kuat hatinya ingin memandang wajah gadis disebelahnya ini namun digagahkan juga.

Suasana sepi sejenak di antara mereka berdua. Mata mereka saling bertentangan antara satu sama lain. Mira hanya mampu tersenyum dengan ikhlas.

"Mira awak marahkan saya lagi ke pasal kita tak jadi bertunang dulu tu?" Soalan maut itu tiba-tiba sahaja terpacul keluar dari mulut Jimmy. Soalan yang disimpan olehnya seorang diri selama bertahun-tahun, akhirnya dilepaskan juga.

Mira hanya tersenyum. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Amir kembali. Senyuman manisnya itu langsung tidak lekang dari bibir.

"Awak marahkan saya lagi ke masa hari tu saya larikan diri? Mira tolong jawab. Saya rasa tak tenang walaupun dah bertahun berlalu." Ucap Jimmy dengan jantung mula berdetak-detik dengan kencang.

"Marah? Taklah, saya tak pernah marahkan awak pun sebab semua tu saya rasa takdir dan pengalaman hidup untuk kita berdua. Benda dah jadi kan? Jadi apa yang saya nak marahkan lagi? Kalau saya marah, apa yang saya dapat? Dapat sakit hati je tau. Saya bukan jenis suka marah atau salahkan orang, saya lebih suka memaafkan. Lagipun saya faham, awak masih sayangkan Amir tu kan? Saya harap jawapan saya ni dah dapat buat awak rasa tenang sekarang. Yang mana lepas tu, biarlah. Biarkan lepas. Jangan diingatkan lagi." Balas Mira dengan jawapan yang panjang lebar namun bibirnya masih melekat senyuman.

"Mira, saya minta maaf. Saya ni bodoh sangat, semua ini salah saya tapi orang lain yang kena. Sebab saya jugalah Amir jadi macam ni." Ucap Jimmy dengan wajah kembali sayu.

"Saya tahu awak masih sayangkan Amir. Saya pun dah anggap Amir tu macam adik saya walaupun pernah jumpa sekali dan dia tak suka saya sebab dia anggap saya rampas awak dari dia, bukan niat saya nak rampas awak. Saya pun tak tahu yang awak ada sesuatu dengan dia." Balas Mira dengan panjang lagi.

"Mesti awak jijik dengan saya kan?" Perlahan suara Jimmy menyentuh gegendang telinga Mira.

"Maksud awak? Saya tak faham." Mira mengerutkan dahinya sungguh dia tak faham. Matanya fokus tepat memanah muka Muzaimi atau dikenali sebagai Jimmy.

"Iyalah, mana ada perempuan nak buat suami lelaki macam saya ni. Lelaki yang suka sama sejenis macam saya ni. Yalah, perempuankan nakkan suami yang sempurna. Kalau ada berita atau cerita pasal LGBT comfirm-comfirm kena hinalah orang macam kami ni. Orang Malaysia ni macam belum terbuka minda lagi pasal benda ini. Seoalah-olah kaum kami yang buat dosa dekat muka bumi ni. Asal datang bala je salahkan pelacur, maknyah, gay, orang yang warnakan rambut hahaha and so on... Ish, macamlah yang menghina tu baik sangat. Sorry, saya tak marahkan awak. Ini cuma luahan hati saya je. Lagi-lagi orang yang kononnya pandai agama. Lagilah hina kami seolah-olah kami ni bukan setaraf mereka padahal semua manusia sama je di mata Allah yang membezakan itu Iman." Jimmy tersenyum sinis setelah meluahkan rasa hatinya terhadap masyarakat yang tidak diuji apabila datangnya perasaan seperti ini.

Cuba mereka dinerikan perasaan seperti ini, barulah mereka tahu apa rasanya. Siapa sahaja yang meminta perasaan seperti ini dari dalam diri? Tiada! Jimmy berharap sangat supaya orang jangan pandang hina terhadap golongan seperti mereka kerana mereka juga manusia, tak ada manusia yang tak pernah buat dosa. Kita semua bukannya maksum.

"Haha, apa awak cakapkan ni?" Mira ketawa kecil mendengar luahan hati Jimmy sebentar tadi itu.

Jimmy menjeling tajam ke arah Mira. Seolah-olah Mira telah mempersendakan dirinya. Menyesal pula dia luahkan isi hatinya tadi.

"Muzaimi... saya bukanlah nak kata saya ni liberal tapi saya tak macam tu. Saya tak rasa hina pun dengan awak apakan lagi jijik? Kita semua manusia. Level kita semua sama je, tak kisahlah kita ada darjat apa pangkat dunia ni hanya iman dan pahala sahaja yang tinggi di sisi Allah S.W.T macam awak cakap tadi. Jadi, kenapa saya nak rasa jijik sebab belum tentu saya ni dapat duduk di syurga Allah. Jangankan kata duduk, dapat bau syurga pun belum tentu. Awak sabarlah. Setiap manusia ada dugaan mereka masing-masing yang hina tu biarkan ajelah... doakan baik-baik je, jangan kita doakan anak diaorang jadi macam tu juga nanti sudahlah."

Jimmy tersenyum tawar.

"Baikkan awak ni tapi sayang, saya dulu tak dapat kenal awak dengan lebih dalam lagi."

"Takpe Muzaimi... Saya faham. Lagi pun, kita tak pernah kenal pun antara satu sama lain. Family kita yang jodohkan kita. Masa tu, saya muda sangat, baru masuk dua puluh tahun. Tak berapa matang lagi."

"Kalau kita jadi bertunang, tahun ni mesti kita dah kahwin kan?" Jimmy cuba untuk bertindak tenang.

"Haha, mungkinlah sebab tempoh tunang family kita letak tiga tahun kan?" Balas Mira sambil ketawa.

Jimmy hanya mampu tersenyum.

"Jadi apa sekarang?" Tanya Mira.

"Maksud awak?" Jimmy mengerutkan dahinya.

"Maksud saya, awak nak tebus salah awak dekat Amirlah kiranya sekarang ni?" Amira atau dikenali sebagai Mira cuba untuk meneka.

"Haah, ikutkan macam tulah.. saya rasa bersalah sangat masa saya dapat tahu family saya jodohkan kita. Saya jadi marah sangat mood pun entah ke mana sebab tak bincang dengan saya. Lepastu terus saya abaikan Amir masa tu, saya marah dia, saya pukul dia, saya tak boleh nak kawal rasa marah saya masa tu. Jahatkan saya? Hari-hari Amir menangis sebab saya."

"Maaflah, saya rasa serba salah lepas awak cakap macam tu." Mira menggigit bibirnya rasa serba salah menyelubungi dirinya.

"Eh, tak.. tak.. tolong jangan salahkan diri awak, bukan awak yang jadi punyanya pun. It's okay."

"Kalau macam tu saya pun nak tolong awak jagakan Amir sebab saya pun dah anggap dia macam adik saya. saya kesian tengok keadaan dia sekarang ni."

Jimmy tersenyum kelat.

"Takpe, saya tak nak susahkan orang lain. Saya sorang pun dah cukup." Ucap Jimmy sambil diselitkan senyuman sinis pula.

"Awak tak percayakan saya ke?" Ujar Mira dengan wajah berkerut.

"Tak kata macam tu pun tapi apa salahnya sekali sekala awak datang jumpa Amir, saya tak larang lagipun dia sunyi." Balas Jimmy.

"Hm, baiklah." Ucap Mira sambil kembali tersenyum.

"Tapi sebelum tu, macam mana awak boleh terjumpa Amir tadi?" Soal Jimmy setelah mula rasa selesa untuk berbual dengan Mira.

"Saya tengok tengah bising-bising dekat kedai ais krim tadi saya pun tengoklah kenapa. Lepas saya tengok tu, ehh macam Amir? Terus saya pergi tengok rupanya dia takde duit nak bayarkan ais krim tu. Saya pun bayarkanlah.. tapi tak tahu pulak dia datang dengan awak sebab dia cuma cakap Abang Jimmy, Abang Jimmy.. saya tak tahu Jimmy itu awak." Terang Mira dengan panjang lebar.

Jimmy menepuk dahinya sambil memejamkan mata. Rasa malu mula menjenggah ke dalam diri.

"Aduh Amir.. awak buat masalah lagi ke? Aduh malunya saya dekat awak. Saya bayar balik okay duit awak tu?"

"Eh tak payah saya dah halalkan pun." Kata Mira menolak pelawaan Jimmy itu, niatnya ikhlas.

"Tapi itulah dia langsung tak kenal saya tadi. Itu yang saya tengok pelik ingatkan salah orang sebab tengok perangai dia pun lain macam tapi bila tanya nama dia cakap Amir, jadi memang Amir yang pernah saya kenal dululah." Sambung Mira lagi menerangkan lebih lanjut.

"Ya, dia memang Amir yang sama cuma perwatakkan dia yang lain..." Wajah Jimmy bertukar suram.

Jimmy menarik nafas dalam-dalam, lalu mengembuskannya keluar sebelum mula bercakap.

"Ingat lagi tak masa dia nampak kita keluar berdua dulu tu? dia dapat tahu saya ada girlfriend perempuan?"

"A'ah, ingat lepas tu?" Soal Mira sambil mendengar cerita dari mulut Jimmy dengan teliti.

"Lepas tu, dia cuba untuk bunuh diri. Nasib dia masih hidup tapi itulah, risiko yang dia alami sekarang jadi macam ni. Saya memang takkan maafkan diri saya awak." Sambung Jimmy lagi dengan mata mula berkaca.

"Sudahlah jangan ingatkan lagi... benda dah lepaskan? Awak pun janganlah terus menerus salahkan diri awak. Mulakan hidup baru dengan Amir sekarang.. saya bukan nak galakkan tapi..." Tak sempat Mira mengambiskan ayatnya, terus dipotong oleh Jimmy.

"Awak janganlah salah faham. Saya ikhlas jagakan Amir sekarang ni bukan sebab apa pun.." Potong Jimmy.

Mira hanya mampu mengangguk faham dengan sedikit senyuman manis. Gadis kacukan arab itu sangat baik orangnya.

"Abang!! Kakak!! Amir dah penat ni jomlah balik.. Dah nak senja ni.." Suara Amir yang kedengaran semput dari jauh memanggil mereka untuk memandang ke arahnya.

"Alamak, dah pukul enam! Maaflah saya tak perasan. Sekejap je dah nak malam." Jimmy berkata kepada Mira dengan mata membutang.

"Ya Allah, sempat lagi ke nak solat Asar ni? Macam tu saya pergi masjid dulu ya. Senang-senang bawalah Amir jumpa saya lagi. Assalamualaikum." Balas Mira sambil mula kelang-kabut bangun dari kerusi panjang itu. Beg tangannya digalas olehnya dengan pantas.

"Waalaikumsalam.." Balas Jimmy sambil melihat Mira laju menuju pergi ke arah Amir.

"Amir, kakak balik dulu ya? Nak apa-apa telefonlah kakak." Kata Mira sambil mengulurkan duit dua puluh ringgit sebagai sedekah dan sekeping kad kecil yang tertulis nombor telefonnya.

"Wahh, dapat duitlah.. Terima kasih kakak." Kata Amir dengan rasa hati yang senang apabila dapat duit.

"Sama-sama. Kakak pergi dulu ya. Assalamualaikum." Ucap Mira dengan langkah tergesa-gesa.

"Waalaikumsalam." Balas Amir sambil berlari-lari anak menuju ke arah Jimmy.

"Abang Jimmy tengoklah ni. Amir dapat duit kakak tu kasi.." Ucap Amir sambil menunjukkan duit dua puluh ringgit itu kepada Jimmy.

"Hmm, yalah Amir.. Dah jom kita pun kena balik rumah mandi. Sampai busuk peluh Amir harini." Balas Jimmy sambil mengusap kepala Amir yang basah dengan peluh itu.

"Baiklah bos! Amir pun dah penat sangat ni." Ucap Amir sambil mula menyimpan duit itu ke dalam poket seluar.

Mereka berdua pun berlalu pergi dari tempat itu dengan ditemani oleh cahaya senja nan merah memenuhi langit milik ciptaan Allah S.W.T.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience