"Apa." Wahab bersuara seraya memandang ke arah Jimmy setelah dia perasan yang adiknya ini tengah menahan geram kepadanya. Wajahnya kosong seperti biasa, seperti orang tiada perasaan. Nada suaranya juga kedengaran dingin.
"Along, kita bincang sekejap." Balas Jimmy dengan nada suara yang dingin juga.
Semua mata yang berada di situ memandang ke arah Jimmy termasuklah ahli keluar Tuan Haji Syeikh Yaakub.
Mira sahaja yang tidak memandang ke arah Jimmy. Dia mengalihkan matanya yang menawan itu ke arah lain. Tidak mampu untuk memandang ke arah Jimmy. Dia tahu, pasti Jimmy tengah susah hati ketika ini.
"Nak cakap, cakap sajalah kat sini. Apa yang susahnya?" Balas Wahab dengan wajah berkerut.
"Private. Now!" Kata Jimmy dengan nada tegas. Dia sudah tidak tahan mahu mendengar perintah Wahab lagi seperti seorang hamba.
"Okay, kalau kau nak." Wahab berkata sambil menganggukkan kepalanya. Bibirnya diketap rapat menahan rasa geram juga.
Mereka berdua pergi ke satu sudut yang jauh dari mereka semua. Sebaik sahaja kaki mereka berhenti daripada melangkah, terus Jimmy menyerang abangnya dengan kata-kata.
"Long! Apa along cuba nak buat ni?!" Jimmy bersuara dengan mata yang sudah berkaca.
"Hah?!" Wahab tersenyum sinis sambil memandang ke arah lain.
"Long! Jawab!" Tengking Jimmy sekuat hati.
"Apa?! Aku buat untuk kebaikkan kau kot. Apa masalah kau ni hah? Kahwin? Kahwin pun tak nak ke?"
"Tapi patut ke along buat kat saya macam ni? Ada long bincang dengan saya dulu? Ada? Takde long, takde! Long sedap ikut kepala lutut along je!"
"Muzaimi! Mulut kau jaga sikit. Ni abang kau tahu tak?! Aku buat benda ni pun sebab kepentingan kau!"
"Kepentingan saya? Hah! Jangan nak menipulah. Ini semua kebaikan alongkan? Sebab nak besarkan bisnes arwah abah dengan ibu. Kepentingan saya konon puih! Dia yang nak bolot harta keluarga sorang-sorang dia." Kata Jimmy sambil tersenyum sinis di hujung percakapannya. Tangan disilangkan olehnya sambil melemparkan pandangan ke arah lain.
"Habis yang tiap-tiap bulan duit beribu-ribu masuk dalam akaun bank kau orang adik-beradik tu datang dari mana? Hah?! Tu hasil aku yang bertungkus lumus sambung legasi ayah kau tahu tak? Nak harap kau dengan adik-beradik yang lain? Jangan haraplah, tu semua aku buat sebab aku ingat adik-beradik kita tahu tak? Kau ada nak tolong aku? Takde! Kali ni aku harap sangatlah, tolong! Tolonglah buat benda ni untuk family kau!"
"Along ingat saya ni patung along ke nak main sedap ikut cakap je? Hah?! Saya ni ada perasaan tahu tak?!"
"Kau ni, nasib arwah abah dengan ibu suruh aku bagi hasil bisnes family kita kat adik-beradik je tau! Kalau tak jangan haraplah kau orang semua nak merasa! Kang penumbuk aku yang kau rasa dulu!"
"Oh! Along nak ungkit ke sekarang ni?" Kata Jimmy dengan wajah yang serius.
"Aku bukan nak ungkit! Aku cuma dah geram dengan kau orang semua! Semua tak boleh pakai! Sorang-sorang menyusahkan aku!"
Jimmy terdiam sambil pandangannya dilemparkan ke arah lain. Tidak sanggup dia melihat wajah lahanat di hadapannya ini lagi. Setitis air matanya gugur ke pipi, dengan pantas dia menyeka air mata itu.
"Muzaimi! Tolonglah, sampai bila kau nak hidup macam ni? Hidup dalam dunia songsang kau ni? Sampai bila? Tak penat ke jadi gay? Tak cukup dulu sebab kau, anak orang tu sampai nak bunuh diri?!" Jerkah Wahab dengan suara yang lantang. Terjegil sahaja biji matanya terarah ke arah Jimmy.
Jimmy merenung tajam menikam Wahab kembali. Giginya diketap kuat. Ingin sahaja penumbuknya melayang hinggap ke muka Wahab yang tak guna ini.
"Tolonglah Muzaimi dengar cakap aku, sampai bila nak jadi bodoh? Kau dengan budak tak guna tu bukan boleh..."
"Dia nak bunuh diri pun sebab kau along! Tahu tak sebab kau! Kalau kau tak kenalkan aku dengan Mira! Dia takkan cuba nak bunuh dirilah tak guna!" Kata-kata Wahab dipotong oleh Jimmy sambil Jimmy memegang kuat kolar baju Wahab.
Wahab terkejut dengan tindakan Jimmy tersebut tapi dia cuba untuk kawal reaksi wajahnya itu. Lehernya terasa sakit ya amat tapi cuba ditahan olehnya.
"Aku tak kira! Kau kena kahwin juga! Jangan harap manusia songsang macam kau ni aku nak kesian bagi muka. Jangan harap sampai bila-bila! Aku jijik!" Kata Wahab mengetap giginya kuat.
"Along buatlah apa along nak! Along cakaplah apa yang along nak! Saya tetap dengan pendirian saya! Saya takkan kahwin!" Kata Jimmy sambil melepaskan kolar baju Wahab. Panas hatinya malam ini tidak terhitung. Kalau dia tahu jadi begini jangan haraplah dia nak jejakkan kakinya ke sini lagi!
Wahab tersenyum sinis lagi.
"Kau tak kenal lagi abang sulung kau ni siapa!" Kata Wahab sambil tersenyum sinis lagi.
Jimmy hanya menjeling memandang ke arah Wahab dengan rasa hati yang panas membara. Jantungnya berdegup kencang.
"Kau jangan ingat aku tak tahu. Budak gay yang kau bela, kau sayang dulu tu hidup lagi kan?" Kata Wahab dengan tersenyum tajam menikam Jimmy kembali.
Jimmy tersentak.
"Mana along tahu?" Kata Jimmy terkejut. Tapak tangannya mula kebasahan. Lututnya terasa lemah.
"Kau jangan ingat aku lama tak jumpa kau, aku tak tahu apa kau buat? Aku hantar orang-orang aku untuk perhatikan kau dari jauh." Wahab tersenyum puas.
"Untuk apa abang buat macam tu? Untuk apa?!"
Pertanyaan Jimmy tidak dijawab oleh Wahab.
"Kalau kau nak budak nama Amir tu hidup, baik kau dengar cakap aku Muzaimi."
Bagaikan terhenti nyawa Jimmy apabila mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut Wahab itu. Matanya yang basah diseka lagi.
"Haha, Along kau jangan tipu aku. Aku tak percaya dengan cakap kau!" Riak wajahnya cuba dikawal tetapi hatinya terasa tidak sedap hati.
"Sekarang budak Amir tu ada dekat Taiping bukan?" Kata Wahab dengan selamba.
Terduduk terus Jimmy dibuatnya. Jantungnya berdegup laju! Tubuhnya bergetar-getar terasa cuak! Macam mana Wahab boleh tahu?!
"Rumah dia pun aku tahu dekat mana, kalau kau nak dia selamat dan hidup baik kau dengar cakap aku!"
Jimmy yang melutut di lantai, cuba untuk mengangkat wajahnya memandang ke arah Wahab yang selalu tersenyum sinis itu. Hatinya mula rasa benci teramat sangat kepada Wahab. Apa salahnya terhadap abangnya itu pun dia tidak pernah tahu.
"Dasar iblis!"
"Haha!" Wahab ketawa sinis.
"Kau baru nak tahu ke siapa abang kau ni?" Sambung Wahab lagi.
"Rasa hormat aku dekat kau dah betul-betul hilang sekarang ni! Kau memang iblis! Kau binatang!"
"Dah jangan nak basi-basi lagi dengan aku. Kau bangun sekarang, kau lap air mata kau tu sekarang! Gay macam kau tu tak layak layan baik-baik, nanti ke neraka juga tempat kau. Weh, orang macam kau tu tak layak hidup pun! Sampah!" Kata Wahab sambil menunjal-nunjal kepala Jimmy.
Jimmy mengelap air matanya. Betapa hinanya dia diperlakukan oleh abang kandungnya sendiri. Perlahan-lahan dia cuba untuk bangkit walaupun kakinya masih terasa lemah lantas, dia mengangguk perlahan sambil tersenyum sinis ke arah Wahab.
"Okay, aku ikut cakap kau tapi mulai sekarang kau bukan abang aku lagi! Faham!"
"Hah?! Kau ingat aku hairan sangat ke? Aku tak ingin pun adik macam kau ni. Sampah!" Kata Wahab dengan sepenuh hatinya.
Jari telunjuk Jimmy tepat terarah ke arah Wahab.
"Baik, tapi kau ingat! Aku buat benda ni bukan untuk diri kau atau untuk diri aku. Tapi aku buat ni untuk Sasha, Syed dengan budak yang kau nak ugut bunuh tadi tu!"
"Okay, good. Semua selesai, kau pun dah setuju. Jomlah jumpa keluarga mertua kau tu." Kata Wahab sambil melangkah pergi. Langsung tiada perasaan!
Jimmy menjeling tajam ke arah Wahab yang berjalan terus tanpa ada rasa bersalah itu.
"Harghhh!"
Jimmy mencampakkan meja yang berada di sebelahnya itu sampai berkecai tapi hatinya masih lagi tidak berasa puas dengan apa yang berlaku. Tidak adil baginya diperlakukan sebegini. Dia juga manusia. Hina sangatkah orang seperti dirinya ini di mata masyarakat?
Setelah sepuluh minit berlalu, akhirnya mereka kembali ke tempat tadi. Wahab sudah tersenyum ke arah keluarga Tuan Haji Syeikh Yaakub yang sudah menunggu mereka lama tadi. Tidak lama selepas itu kelibat Jimmy pula datang dari belakang dengan hidungnya yang sudah bertukar warna merah seperti orang selepas menangis. Dia hanya mampu melemparkan wajahnya yang tampan itu ke arah lain sambil cuba menahan sebak.
Mira perasan akan wajah Jimmy yang merah-kemerahan itu. Dia tidak mampu lakukan apa-apa. Dia hanya mampu bersimpati kepada Jimmy.
"Tuan Haji. Saya dah bincang tadi. Maaflah lama tunggu hehe.." Kata Wahab sambil ketawa busuk.
"Jadi macam mana? Jadikah?" Tanya Sharifah Abibah, ummi kepada Sharifah Amira.
"Ya, kira kami setuju puan Sharifah Abibah. Hehe."
"Alhamdulillah." Ucap Tuan Haji Syeikh Yaakub sebagai tanda bersyukur.
"Ya Alhamdulillah hehe, akhirnya dapat jugak kita jadi keluarga ya Tuan Haji. Hehehe.. kalau boleh tolong cepatkan majlis ya?"
"In shaa Allah. Boleh-boleh. Hahaha.." Ucap Tuan Haji Syeikh Yaakub sambil ketawa senang.
Sasha tahu adiknya itu tidak rela tetapi dia dipaksa oleh abangnya. Dia hanya mampu menggosok-gosok bahu Jimmy agar dia dapat bersabar.
"Haish.. Maafkan kakak Muzaimi, kakak tak boleh buat apa-apa. Kakak pun tak tahu benda ni nak jadi." Bisik Sasha perlahan ke telinga Jimmy.
Jimmy tersenyum nipis.
"Takpe kak. Muzaimi okay. Jangan risaulah." Kata Jimmy dengan suaranya sudah serak.
"Kalau macam tu lagi tiga harilah kita buat majlis tu? Setujukah?" Kata Tuan Haji Syeikh Yaakub.
"Haa.. lagi bagus." Kata Wahab sambil ketawa berdekah-dekah. Tuan Haji Syeikh Yaakub turut ketawa berdekah-dekah sesama mereka berdua.
"Maafkan saya, tapi tolong bagi saya tempoh seminggu lagi? Tolonglah. Tolong sangat-sangat seminggu je lagi untuk saya berfikir." Kata Jimmy dengan nada merayu meminta simpati. Tergamam jugalah dia dengar kalau dikahwinkan lagi tiga hari. Terlalu mengejut.
"Muzaimi apa kau cakap ni?" Wahab mula naik angin lagi. Giginya mula diketap rapat lagi sekali. Sakit benar hati dia dengan adik dia seorang ini tak habis-habis bagi dia sakit kepala.
"Wahab, jangan marah dia. Tak apa. Ana bagi tempoh seminggu lagi." Ucap Tuan Haji Syeikh Yaakub dengan senyuman.
Wahab mendengus kasar.
Jimmy mengangguk sambil tersenyum nipis.
"Terima kasih tuan haji, terima kasih." Ucap Jimmy perlahan. Air matanya ingin gugur lagi tapi dia cuba menahan semungkin boleh.
Berat sungguh dugaan yang diberikan oleh Tuhan kepadanya ketika ini. Dia hanya mampu berserah kepada takdir pada saat ini. Itu sahaja yang mampu diharapkan olehnya. Itu sahaja..
Share this novel