37

Spiritual Completed 17372

"K.. Kotak apa tu?" Tanya Amir separuh gagap. Matanya tidak henti dari melihat kotak itu.

Haikal tersengih ke arah Amir.

"Meh sini. Aku tunjukkan dekat kau." Balas Haikal sambil sudah duduk bersila di atas karpet merah bulat di sebelahnya itu.

Perlahan-lahan Amir turut duduk bersila dalam bulatan karpet merah itu.

"Amir, ini harta kau." Kata Haikal sambil menggocangkan kotak itu seraya kotak itu berbunyi apabila ia digoncangkan.

"Hah?! Harta aku?" Amir jadi terkejut setelah dengar apa yang keluar dari mulut Haikal tadi. Dia langsung tidak ingat masa bila dia ada bagi kotak putih itu kepada Haikal malah Haikal pun dia tidak ingat siapa.

"Haih, meh sini aku cerita dari A sampai Z yang mana kau tak faham kau tanya je aku." Kata Haikal sambil memperbetulkan cermin mata rabun jauhnya itu.

"Okay, bukalah. Aku nak tengok apa isi dalam tu. Aku nak tahu sangat kisah silam aku." Kata Amir perlahan dengan wajah bertukar seperti ingin tahu.

"Okay aku buka ya. Bismillah..." Kata Haikal sambil membuka kotak itu.

"Tadaaa..." Kata Haikal lagi dengan nada gembira sambil menunjukkan isi kotak itu kepada Amir.

"Gambar?" Kata Amir dengan nada keliru. Wajahnya berkerut seribu lagi dan bibirnya dimuncungkan ke hadapan.

"Ya, inilah harta kau. Kau dulu suka ambil gambar. Lepastu, suka bawa pergi kedai untuk di cuci banyak-banyak." Kata Haikal sambil mengumpul gambar itu supaya kemas.

"Ha nah, ambil sekeping gambar ni dulu. Kau perhatikan gambar tu." Haikal menyerahkan sekeping gambar dahulu kepada Amir. Selebihnya masih ada ditangannya.

Amir menyambutnya perlahan.

"Hah? Ini aku ke?" Amir terkejut melihat wajahnya ada dalam gambar itu.

"Yalah, masa ni ada persembahan sekolah untuk majlis persaraan cikgu. Ini gambar kita buat persembahan. Kau jadi penyanyinya sebab suara kau sedap."

Amir tersenyum dia mula suka melihat gambar itu.

"Haa ini aku yang tengah pegang kayu drum tu. Ni Coco pegang marakas, ni pulak Yazid pegang gitar bass tu. Yang pegang piano macam gitar tu pulak nama dia Joe. Yang pegang gitar kapok tu Rahim. Kau dengan Coco penyanyi tapi Coco tu backup kau je. Kau penyanyi utama." Kata Haikal sambil menunjukkan satu persatu wajah kawan-kawannya.

Amir terasa agak pelik melihat gambarnya tengah buat lambang lucah. Dalam gambar itu dia tengah mengangkat jari tengah sambil menjelirkan lidah. Dia duduk di tengah-tengah diantara mereka semua. Amir mengalihkan gambar itu untuk melihat belakang gambar itu. Ada tertera tarikh bila ia diambil.

"23/4/2015? xoxo Coconek Band? Eww?" Kata Amir sambil membaca tulisan dibelakang.

Haikal ketawa setelah melihat Amir buat muka jijik ketika menyebut nama kumpulan mereka itu.

"Tu nama kumpulan kita. Macam lucahkan? Kita saja nak letak nama tu sebab dalam kumpulan kita Coco sorang je perempuan. Dia sorang je takde bebird so kita letaklah nama Coconek Band." Kata Haikal sambil sambung ketawanya.

Amir turut ketawa walaupun tiada lagi memori itu dalam ingatannya. Agak lucu apabila Haikal menceritakan hal itu kepadanya.

"Aku dulu memang nakal macam dalam gambar ni ke?" Tanya Amir lagi.

"Yalah, kau bukan nakal apa. Kau tu kuat carut dekat sekolah. Depan cikgu pun kau carut." Terang Haikal dengan jawapan jujur.

Amir hanya tersenyum tawar.

"Okay next." Haikal menyerahkan gambar seterusnya pula.

Amir mengambil gambar itu dengan laju, lantas dia mengerutkan mukanya melihat semua orang dalam gambar itu.

"Hari jadi siapa ni?" Tanya Amir kepada Haikal.

"Hari jadi kaulah." Balas Haikal selamba.

"Eh, ini.." Mata Amir membutang setelah melihat satu susuk tubuh yang duduk disebelahnya.

"Haah, tu Jimmy. Boyfriend kau." Kata Haikal dengan lancar.

"Apa? Boyfriend? Abang Jimmy ni boyfriend aku dulu?" Amir terkedu buatnya. Di menelan liur seakan-akan tidak percaya bahawa Abang Jimmy telah lama wujud dalam hidupnya. Malah mereka tu pasangan kekasih! Amir terkejut memang tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Haikal.

"Ya, kau jumpa dengan dia dekat satu majlis. Sebaik je kami tahu kau gay, kami okay je sebab kitakan kawan? Kami terima kau seadanya." Kata Haikal dengan senyuman.

"A.. Aku gay?" Kata Amir terketar-ketar seakan-akan tidak percaya.

"Yup!" Kata Haikal sambil terbaring di atas karpet itu.

"Kau sayang dia, dia pun sayang kau." Sambung Haikal lagi masih terbaring sambil bermain yoyo lama yang berada di sebelahnya tadi.

'Kenapa Abang Jimmy tak cakap perkara yang sebenar selama ni? Kenapa Abang Jimmy tak jujur dengan Amir? Kenapa abang tipu Amir?' Kata Amir dalam hati.

'Apa Abang Jimmy nak dari Amir sekarang ni? Sebab aku bukan Amir yang dulu lagi dah?' Sambung Amir lagi dalam hatinya.

"Nah, next picture." Kata Haikal sambil menyerahkan gambar seterusnya.

Pantas Amir mengambil gambar itu. Gambar ditempat yang sama dan juga hari yang sama. Gambar dia dan Jimmy duduk bersebelahan sambil memotong kek.

"Sekarang kau percayakan apa yang aku cakap?" Kata Haikal perlahan.

"Maaflah kalau kau rasa aku rosakkan mood kau atau nak kucar-kacirkan otak kau ke apa tapi aku cuma nak kau ingat balik then hidup macam dulu lagi. Aku just nak jujur je dengan kau sekarang ni." Kata Haikal dengan wajahnya sudah bertukar sayu. Dia rindu kawannya yang gila-gila itu dahulu.

Amir terdiam.

"Aku dengar cerita dia dah nak kahwin." Tambah Haikal lagi.

"Kau tahu mana?" Tanya Amir dengan mata mula berkaca. Dia seakan-akan tidak percaya.

"Bakal isteri dia tu sepupu aku. Sharifah Amira. Kau kenalkan?" Tanya Haikal sambil memandang tepat ke arah Amir.

"Kak Mira?" Tanya Amir dengan wajah ingin tahu.

"Ya orang panggil dia Mira je kan. Dulu pernah dah diaorang nak kahwin tapi Jimmy tu tak nak kahwin sebab dia sayang kau and kau cuba nak bunuh diri dulu lepas kau tahu yang dia keluar dengan Mira sebab tu kau hilang ingatan."

"Jadi Kak Mira tu supupu kau?" Tanya Amir lagi. Terlalu banyak perkara bermain dalam fikirannya sampai tak terucap pada bibirnya.

"Ya, diaorang nak dijodohkan lagi buat kali kedua, kalau jadi sabtu depan dia orang kahwin."

Amir terkedu, sebab itukah Jimmy perlakukan dirinya seperti tadi? Sebab dah ada penganti dan tak perlukan dirinya lagi? Amir bertanya sendiri.

"Hah kau nak tanya apa lagi?" Kata Haikal setelah lama menyepi.

"A.. aku pun tak tahu nak tanya apa sebab aku pun tak ingat apa-apa. Jadi aku nak tanya apa? Aku harapkan kau jelah Haikal." Kata Amir dengan serius. Kali ini dia tidak main-main macam selalu lagi.

"Aku nak tanya kau pulak. Kau dalam tempoh tiga tahun ni dah pernah jumpa Jimmy?" Tanya Haikal perlahan sambil membaling yoyo lama itu masuk ke dalam kotak disebelahnya.

"Pernah."

Wajah Haikal agak terkejut namun dia hanya membuat reaksi wajah biasa sahaja agar tidak terlalu kelihatan.

"So ceritalah. Yang mana kau tak faham aku tolong topup-kan." Kata Haikal seray memandang tepat ke arah Amir. Dia sudah duduk bersila cuba untuk fokus pada cerita Amir sebentar lagi.

"Haah, pernah. selepas tiga tahun ni dia baru hadir dalam hidup aku balik tapi dia tak cakap dia tu ex aku. Dia cuma buat macam baru kenal dan aku panggil dia abang. Dia jaga aku. Dia jaga aku macam aku ni adik dia. Kak Mira pun. Tak sangka Kak Mira tu pun dah pernah wujud dalam kehidupan silam aku." Tiba-tiba kepala Amir jadi sakit. Seakan-akan memori itu cuba kembali ke dalam ingatannya. Seolah-olah ada satu bilik memori silam dalam otaknya cuba untuk terbuka kembali.

"Ouh, Ya ke? Dulu kau tak suka sepupu aku tu, Kau benci dia." Terang Haikal.

"Tapi dia baik dengan aku." Kata Amir perlahan.

"Haa, dia memang baik. Tak pandai berdendam dengan orang tapi aku tak marah kalau dulu kau benci Mira sebab kau sayangkan Jimmy tu. Kalau aku tahu kau nak bunuh diri masa tu, aku halang kau tapi sayang benda dah jadi." Nada suara Haikal seakan-akan kecewa.

Amir hanya tertunduk ke bawah.

"Kau ambiklah gambar ni tengok-tengok dulu. Mana tahu kau ingat balik. Aku nak mandi dulu. Nah, nanti aku cerita lagi kat kau apa benda yang aku ingat. Aku nak mandi dulu ya." Kata Haikal sambil menyerahkan 100 keping gambar itu kepada Amir. Selepas beberaps saat, Haikal beredar keluar dari bilik menyimpan barang itu.

Mata Amir berkaca melihat gambar itu. Dia langsung tiada memori tentang kenangan dalam gambar ini. Seolah-olah gambar itu di edit padahal tidak. Cuma dia sahaja yang tidak mampu mengingati kenangan silam.

Kelihatan bahagia sungguh wajahnya ketika ini apabila berada di sisi Jimmy. Senyumannya itu kelihatan bahagia sekali. Semua gambar itu kelihatan sangat romantis walaupun mereka berdua itu sesama jantina.

Sekeping gambar telah mencuri perhatian Amir. Sekeping gambar dia tengah duduk di atas riba Jimmy sambil mencium pipi Jimmy dengan gaya yang sangat manja. Dia seakan-akan tidak percaya itu adalah dirinya dengan rambut karat, telinga bertindik subang sebelah bagai. Dia kelihatan sangat negatif dalam gambar itu.

Amir mengeluh seorang diri seraya sambung melihat gambar yang ada pada tangannya. Sesekali isi di dalam kotak itu diperhatikannya juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience