Jimmy duduk seorang diri di kefe sambil ditemani secawan kopi. Muzik klassik inggeris jelas berkumandang di dalam kefe itu.
Telefon jenama Iphone X di keluarkan dari poket seluarnya. Kata kunci dibuka lalu dia membuka album gambar untuk melihat foto-foto dia bersama Amir tempoh hari semasa di taman.
Terbantut niatnya nak berjogging kerana terjumpa Amir. Kenangan lucu itu masih tergiang-giang di fikirannya. Dia tersenyum sendiri cuba menahan ketawa.
Dia memandang ke arah jam yang berada di notifikasi handphonenya. Jam sudah tepat pukul 11 malam. segera dia habiskan kopi di dalam cawan itu lantas, dia keluar dari kafe itu dengan segera.
Dia berjalan menuju ke keretanya. Telefon pintar yang dari tadi di pegang itu di masukkan ke dalam poket seluar pendek berwarna biru mudanya itu bertukar ganti pula dengan kunci kereta kini ada pada tangan kanannya.
Tiba-tiba, dia terdengar suara seseorang meraung dari jauh. Jimmy tersentak daripada melangkah untuk pergi.
'Siapa menangis tengah malam ni?' Getus hatinya.
Jimmy mencari bunyi tangisan itu di sebelah lorong gelap ditepinya. Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak. Matanya meliar tercari-cari jika ada orang dalam kesusahan. Telingannya pula makin kuat terdengar suara teriakkan itu.
-
"Jangan.. jangan kacau aku. Kau nak apa hah?" Merayu seseorang sambil terduduk di atas lantai jalan bersama air mata yang lebat jatuh mencurah ke pipi.
"Tolong.. Aku tak buat salah apa pun. Tolonglah." Rayu mangsa itu lagi.
"Ehh, kau ingat aku tak kenal kau ke? Kau pakai macam budak baik, baju masuk dalam seluar, rambut sikat tepi macam ni, kau ingat aku nak maafkan kau ke? Kau lupa ke dulu! kau punca adik aku masuk penjara. Tak guna!" Lelaki itu terajang perut mangsa yang duduk di lantai jalan itu sekuat hatinya.
BUKKK!!
"Arghhh!!! sakit. tolong... ahhh... ahh..." Mangsa mengelupur di atas lantai sejuk kerana tak tahan di pukul, terlalu sakit.
"Amir!" Jerit Jimmy.
Lelaki yang terajang perut Amir itu pergi meninggalkan tempat itu setelah melihat Jimmy yang berbadan sasa itu datang ke arahnya.
Amir menangis sampai meleleh air liurnya kerana terlalu sakit.
"Amir! kenapa ada kat sini?! Budak tu buat apa kat Amir!" Tanya Jimmy seraya cuba untuk membangunkan Amir dari lantai kotor itu.
Amir tidak memberikan jawapan. Dia masih lagi meraung kesakitan. Jimmy menyelak baju Amir untuk melihat kesan luka tersebut. Perutnya sudah kebiruan lebam.
"Ya Allah, sampai lebam." Ucap Jimmy dengan rasa terkejut.
Amir mengengam tangan Jimmy sekuat yang mampu sambil memandang wajah itu.
"Abang. Amir sakit.." Teriak Amir.
"Dah, abang bawak Amir ke hospital okay." Ucap Jimmy, lalu dia terus mengangkat tubuh Amir dengan kedua belah tanggannya lantas, digendong hingga ke tempat parkir keretanya.
Segera dia hidupkan enjin keretanya, lalu deras kereta itu meninggalkan tempat itu untuk menunju ke hospital.
"aamir.. kalau sakit Amir pejamkan mata, tidur okay?" Ucap Jimmy dengan nada cemas.
Amir yang berada di kerusi belakang terus memegang perutnya yang kesakitan itu tanpa mampu memikirkan apa-apa lagi.
"Abang.. sakit."
"Ya, abang tahu. sabar sikit okay." Ucap Jimmy, lalu dia memecutkan keretanya lebih laju.
Share this novel