Sudah seminggu berlalu, Muzaimi masih lagi tidak dapat terima hakikat bahawa insan yang dia sayang telah pergi untuk selamanya. Bebannya makin bertambah. Apa yang berlaku dia salahkan dirinya sendiri. Muzaimi jadi kemurungan dan hanya mampu mengurung diri di dalam rumah tanpa mahu diganggu sesiapa pun termasuklah isterinya.
Namun, Sharifah Amira faham dengan keadaan suaminya itu. Dia juga turut bersedih setelah kehilangan Amir. Baru sahaja dia berangan mahu menjaga Amir bersama-sama Muzaimi sebagai adiknya angkatnya namun semua anggannya itu musnah berkecai. Apakan daya? kehidupan sebagai hamba Allah harus diteruskan.
"Amir, maafkan saya kalau saya tahu benda nak jadi saya takkan buat perangai macam ni. Maafkan saya." Muzaimi berkata seorang diri seperti orang gila. Dia tidak henti termenung di atas katilnya sambil berharap Amir akan kembali. Bayangan Amir meninggal di hadapan matanya masih jelas terpampang di mindanya.
TOK! TOK! - Bunyi pintu rumahnya diketuk dari luar.
Muzaimi mengabaikan sahaja bunyi ketukan itu. Berat badannya untuk bangun dari katil itu. Matanya dipejam serapat yang mungkin.
"Assalamualaikum! Jimmy?! Ada kat rumah tak? Ini akulah Haikal kawan Amir!" Jerit Haikal dari luar rumah.
Membutang mata Muzaimi setelah mendengar nama 'Amir' disebut. Dia baru teringat siapa Haikal. Kawan rapat Amir tiga tahun lepas. Perlahan-lahan dia turun dari katil dengan penuh rasa malas.
Satu per satu anak tangga dituruninnya perlahan-lahan dengan rasa malas. Kepalanya terasa pening setelah menangis tanpa henti selama seminggu.
Pintu di buka.
Jelas terpampang wajah lelaki sebaya Amir memakai cermin mata dan baju berwarna hijau tua itu berdiri tepat di hadapan pintu rumahnya. Mata Muzaimi juga merenung anak patung beruang putih yang berada di dalam beg galas bewarna biru tua itu. Muzaimi memandang sekilas memang betul itu anak patung beruang putih milik Amir. Wajah Haikal ditenung kembali olehnya.
Haikal merenung tubuh Muzaimi yang makin susut dan tidak terurus itu dari atas hingga ke bawah.
"Kau tak mandi seminggu ke apa ni? Busuk gila!" Kata Haikal dengan muka berkerut.
"Hmm, ada apa nak jumpa aku?" Tanya Muzaimi perlahan.
"Hm, nah." Haikal menyerahkan kotak itu kepada Muzaimi dengan senyuman tawar. Kemudian anak patung beruang putih yang berada di dalam beg galas berwarna biru tua itu diserahkan kepada Muzaimi juga.
Muzaimi merenung sahaja kotak itu tanpa ada rasa ingin mengambil kotak itu.
"Kotak apa ni?" Tanya Muzaimi dengan suara garaunya. Matanya hanya merenung tepat ke arah kotak itu.
"Ini harta terkahir Amir. Ini je kenangan yang aku ada masa Amir masih hidup. Aku harap kau dapat simpan pulak benda ni sebab aku dah tak sanggup. Tugas aku dah selesai. Amir, kawan aku tu dah tak ada."
Muzaimi jadi cuak setelah mendengar kata-kata Haikal. Kata-kata Haikal benar-benar menyentakkan hatinya. Perlahan-lahan Muzaimi menyambut kotak itu dari tangan Haikal. Direnungnya lama kotak putih itu walaupun dia tidak tahu apa isi dalam kotak tersebut.
"Nanti kau bukaklah. Aku dah nak balik." Kata Haikal dengan nada dingin. Dia mula memusingkan tubuhnya untuk pergi.
"Thanks." Ucap Muzaimi seadanya.
Haikal berhenti melangkah.
"Tolong mandi, tolong makan, tolong jaga kesihatan. Aku rasa Amir tentu tak suka tengok kau jadi tak terurus macam ni." Kata Haikal dengan nada serius. Dia mula melangkah pergi lagi.
Muzaimi hanya mampu terdiam di sebalik daun pintu.
"Oh! lupa lagi satu." Haikal berhenti melangkah lagi.
Tangan Muzaimi terhenti dari ingin menutup daun pintu dia tunggu sahaja untuk Haikal berkata-kata.
"Terima kasih sebab kau dah hantar Amir ke syurga. Aku dah tak sanggup tengok dia tersiksa hidup kat dunia ni. Mungkin ini hikmahnya disebalik apa yang berlaku." Kata Haikal sambil tersenyum tenang ke arah Muzaimi.
Muzaimi tiba-tiba tersentak dengan kata-kata mendalam yang dilemparkan oleh Haikal sebentar tadi. Dia mula berfikir mungkin ada benarnya kata-kata Haikal itu.
Muzaimi hanya mampu mengangguk dengan wajah serius.
Haikal kembali melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.
----
Daun pintu ditutup kembali oleh Muzaimi dan matanya pula tidak henti daripada memandang kotak putih itu anak patung beruang putih yang berada di dalam beg galas berwarna biru tua itu diletakkan di atas meja tepinya.
Perlahan-lahan Muzaimi membuka kotak tersebut dengan rasa ingin tahu apa isi dalamnya. Hatinya agak berdebar.
Setelah Muzaimi membuka kotak itu benda yang pertama dia lihat ada gambar. Gambar dia dan Amir menyambut ulang tahun hari lahir Amir yang ke-17. Hati Muzaimi mula terasa sayu. Segala kenangan itu terimbas kembali di mindanya.
Perlahan-lahan dia terlorot duduk di atas sofa. Gelang yang dia hadiahkan kepada Amir juga turut ada di dalam kotak itu. Muzaimi tersenyum sendiri. Dia juga ada gelang yang sama dan memang dipakainya tiap hari sampailah ke hari ini. Gelang Amir itu diletakkan di sebelah gelangnya. Hati Muzaimi menjadi sebak.
Matanya memandang lagi ke dalam kotak itu ingin tahu apa isi dalam itu lagi. Mata Muzaimi berkerut. Ada satu pendrive 2GB berwarna biru tua berada di dalam kotak itu lantas, Muzaimi mengambilnya.
'Ada apa dalam ni?' Getus hatinya.
Tv dihadapan di hidupkan lalu Pendrive itu dicucukan ke pemacu USB di belakang TV nipis 80 inci itu.
Terdapat satu folder dalamnya yang bertajuk (Amir Muzaimi). Muzaimi dengan penuh rasa ingin tahu terus membuka folder tersebut. Terdapat sebuah video berdurasi dalam sepuluh minit. Hadapan video itu jelas terpampang wajah Amir. Muzaimi terus mainkan video tersebut dengan hati yang berdebar...
°°°°
Lalu video itu dimainkan. . .
'Haikal, kenapa tiba-tiba nak rakam video ni? Untuk apa?'
(Suara Amir dalam video itu menyentakkan hatinya. Air mata Muzaimi mula bergenang kerana terlalu rindu. Muzaimi kembali fokus pada video tersebut.)
'Alah, aku nak buat video untuk Jimmy kau tulah mana tahu boleh pakai masa depan nanti.' Kata Haikal di belakang kamera.
'Hmm, kau nak aku buat apa? Nyanyi?' Kata Amir dalam video itu sambil menggaru-garu kepalanya.
'Yalah, nyanyi. Then, bagi ucapan sikit ke?'
'Alah, malu lah!' Bentak Amir kembali.
'Kau buat cepat kalau kau tak buat jangan harap esok aku nak bawak kau pergi majlis kahwin tu.' Ugut Haikal sambil ketawa.
'Hmm, okaylah.' Kata Amir sambil memuncungkan bibirnya seperti selalu.
(Muzaimi tersenyum melihat mulut muncung Amir dalam video itu. Dia rindu dengan mulut muncung itu.)
'Err, hai Abang Jimmy. Ini Amir. Amir harap abang sihat and... Selamat pengantin baru. Err, Amir nak nyanyi untuk abang buat kali terakhir.' Amir mengapai ukulele di tepi katil lalu di pegangnya.
'Amir tahu abang walau macam mana marah dekat Amir sekali pun, abang tetap sayang dekat Amir kan? Takpe, Amir tak marahkan abang langsung. Amir baru je dengar lagu ni dekat Youtube minggu lepas, boleh tahan best lagu ni. Rasa macam kena pulak dengan situasi Amir hehe tanpa buang masa lagi terimalah lagu Aku rela by D'layu but covered by me Amiriz Ahmad.
Tring** Amir mula memetik tali ukulele tersebut. Dia ber-humming seketika dengan penuh syahdu dan merdu.
Hmm~ Hmm~
Tak rela melepas kau pergi~
Berat rasanya aku tuk berpisah~
Namun tak bisa ku tahan dirimu~
Tuk slalu tetap bersamaku~
(Air mata Muzaimi mula mengalir perlahan-lahan hatinya tersentak mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Amir di dalam video tersebut. Sangat syahdu dan merdu. Betapa lunaknya suara Amir. Tentu sudah pastinya dia akan merindukan suara lunak itu buat selamanya.)
Di kala sunyiku termenung memikirkanmu~
Yang telah pergi dariku~
Namun ku ingat semua janji-janjimu~
Padaku tuk slalu setia~
Angin malam~
Sampaikan padanya~
Ku disini bernyanyi untuknya~
Ku tulis lagu nada sederhana~
Ku ungkapkan kerinduanku~
Hati ini yang slalu bertanya~
Sedang apa kiranya (disana)
Telah lama aku menunggu~
kapankah kitakan bertemu~
Kau yang jauh di (seberang)
Sanggupkah engkau menjaga rasa cintamu~
Seperti diriku di sini
Yang slalu setia dengan satu cinta~
Tring~ - Amir matikan nyanyiannya.
'Err, cukup kot setakat tu. Abang, Amir nak abang jaga kesihatan abang walau macam mana sekali pun okay, jangan sedih-sedih. Jaga Kak Mira baik-baik. Err, apa lagi eh. Hah, maafkan Amir kalau Amir ada buat salah dekat abang. Amir ni degil selalu tak dengar cakap abang. Ingat tau! Amir tak suka tengok susah hati. Teruskan kehidupan abang okay! Assalamualaikum. Ha dah! Stop lah record ish kau ni.'
Tip! Video tamat.
Muzaimi menutup kedua belah matanya dengan tapak tangan. Dia cuba untuk tidak menangis seperti Amir pesan tapi dia nampaknya tidak berjaya.
"Amir, maafkan saya. Saya gagal tunaikan janji saya untuk jaga awak. Saya gagal." Kata Muzaimi sambil meraung sekuat hati tetapi tiada apa lagi yang dia boleh lakukan kerana Amir telah pergi buat selamanya. Apa yang dia mampu lakukan adalah teruskan kehidupannya seperti apa yang Amir pesan dalam video tersebut.
"Amir, maafkan saya..."
Share this novel