Jimmy duduk di birai katilnya seorang diri sementara orang di luar rumah sudah ramai dan suara bising sudah kedengaran. Dia termenung seorang diri sambil memandang cincin di tangannya. Dia mengela nafas panjang.
Malam semalam, mereka bedua sudah sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Cincin di jari manisnya itu ditenung lama. Dia rasa takut, bukan takut sebab apa tapi takut dia tidak dapat bahagiakan Sharifah Amira kerana gadis itu terlalu baik untuknya tapi apakan daya, dia hanya mampu cuba yang terbaik untuk masa depan mereka berdua bersama. Sedih bercampur sedikit rasa gembira.
Tok! Tok! - Bunyi pintu diketuk dari luar.
"Muzaimi! Dah siap ke belum?" Suara seorang perempuan tua menyentakkan Muzaimi itu dari lamunan yang panjang.
Dia harus lupakan nama Jimmy itu untuk selamanya, nama Muzaimi harus dikekalkan demi melupakan kisah silam ketika dia dengan Amir untuk selama-lamanya.
"Sikit lagi mak teh! Nanti dah siap Muzaimi keluar!" Kata Muzaimi dengan lantang dari dalam.
"Baiklah. Cepat sikit tau Encik Pengantin! Pukul sebelas pagi kita dah nak bertolak pergi ke rumah pengantin perempuan."
"Okay." Balas Jimmy ringkas sambil tersenyum.
Dia mula bangun lalu, memandang cermin. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lantas perlahan-lahan dia mengembuskan nafasnya itu keluar. Matanya yang terpejam sebentar dari dibuka semula beberapa saat.
Dia memandang tubuhnya yang sudah siap memakai baju pengantin berwarna putih mutiara disertakan dengan sampin dan eksoseri pengantin yang lain berkilauan pada tubuhnya. Kasut hitam berkilat juga sudah disarungnya. Semua kelengkapan itu terletak elok pada tubuhnya yang sasa itu. Sungguh kacak dia hari ini sesuai digelar sebagai raja sehari. Wajah kacaknya ditenung lama. Baju Pengantinnya juga gaya terkini slim fit pada tubuhnya tidak kembang macam pakaian pengantin dulu-dulu.
"Muzaimi, kau dah jadi suami orang. Tolong terima hakikat. Tolong jadi matang. Tolong jadi suami yang baik untuk Sharifah Amira. Dia gadis baik. Jangan sia-siakan hidup dia, tolong sayangkan Amira seperti kau sayangkan Amir. Tolong." Pesan pada dirinya sendiri.
Minyak wangi kegemarannya diambil lantas dia menyembur keseluruh tubuhnya dia terjeda beberapa saat, lalu melangkah keluar dari biliknya itu.
Semua mata dalam rumahnya memandang Muzaimi dari atas hingga ke bawah dengan rasa terpesona. Sangat kacak orangnya. Wajahnya ketika ini secantik bulan purnama. Sangat berseri-seri Muzaimi harini.
"Segaknya anak buah mak teh ni."
Muzaimi hanya mampu tersenyum malu.
"Tak adalah mak teh biasa je. Jomlah kita pergi." Kata Muzaimi dengan tenang.
•••
Sebaik sahaja Muzaimi turun dari tempat duduk penumpang di belakang, dia mula melangkah masuk ke halaman rumah bapa mertuanya sambil di iringin pengapit lelaki memegang payung putih. Muzaimi berharap yang pengapit itu adalah Amir namun semia itu hanyalah mimpi.
Wajah Amira yang mengenakan baju pengantin berkain kembang mekar seperti bunga mawar putih sudah kelihatan dari jauh. Sangat cantik seperti anak patung. Lirikan matanya itu amat mengoda bagi sesiapa sahaja yang melihatnya. Hidungnya yang mancung itu tidak henti menjadi daya tarikan orang ramai. Baju pengantin berwarna putih mutiara itu dari tadi tidak henti dari berkibar-kibar ditiup angin.
Amira tersenyum setelah melihat Muzaimi dari jauh. Dia tidak datang ke arah Jimmy hanya berdiri di situ menunggu Muzaimi datang ke arahnya. Sebaik sahaja Muzaimi sudah berdiri tepat ke arahnya Amira tersenyum lantas menyalam tangan suami yang sudah sah itu dengan penuh rasa sayang.
"Sayang cantik sangat hari ni." Kata Muzaimi sambil mencuit hidung Amira.
"Ish, awak kenapa nakal sangat ni?" Kata Amira malu-malu.
"Nakal apanya ni? Awakkan dah jadi isteri saya. Salah ke? Dah halalkan?" Kata Jimmy sambil mengenyitkan matanya.
Amira hanya tertunduk malu.
Majlis perkahwinan mereka hanya ringkas sahaja tetamu juga tidak ramai hanya kenalan rapat mereka sahaja. Pelamin sederhana tetapi mewah sudah tersedia di halaman rumah yang luas itu.
"Jom sayang." Kata Muzaimi dengan nada suara yang mengoda.
"Jom ke mana awak ni?" Kata Amira sambil memuncungkan bibirnya.
"Pergi ke pelaminlah. Mana lagi? Nakal eh?" Kata Muzaimi sambil ketawa.
"Ohh, ingat apa tadi." Kata Amira sambil memandang ke arah lain sambil menahan malu.
Semasa mereka berdua ketawa tiba-tiba sahaja mata Muzaimi terpandang satu susuk tubuh berdiri di bawah pokok yang amat dia kenali. Riak wajahnya terus berubah. Muzaimi mula menelan liur sambil matanya mencari tubuh abangnya. Nasib abangnya itu tidak belum datang lagi.
"Awak, tunggu sini sekejap boleh? Saya nak pergi toilet sekejap. Sekejap je. Sorry." Sebaik sahaja habis kata-katanya terus dia berlari pergi ke arah satu susuk tubuh yang mengenakan baju T-shirt berkolar berwarna putih dan seluar slim fit berwarna kelabu itu.
"Eh, awak.." Amira jadi terpingga-pingga.
Susuk tubuh yang mengenakan baju t-shirt berkolar berwarna putih itu sudah tersenyum ke arah Muzaimi tapi senyumannya itu langsung tidak dibalas oleh Muzaimi.
"Abang Jimmy."
"Amir! Sini kejap!" Kata Muzaimi sambil menahan rasa geram. Pergelangan tangan Amir digengam kuat.
"Eh!" Amir terkedu. Dia ikut sahaja jejak langkah Muzaimi dari belakang macam orang bodoh. Muzaimi pula sudah menarik tangan Amir dengan kasar sekali.
Mereka berdua terus menyorok di tempat yang sunyi tiada orang. Tangan Amir dilepaskan oleh Muzaimi dengan kasar sampai Amir hampir terjatuh.
Amir mengurut tangannya yang mula berdenyut-denyut sakit itu.
Muzaimi memandang wajah Amir dengan reaksi kosong cuba menahan rasa marah. Muka Amir direnung tajam.
"Amir buat apa dekat sini hah?!" Kata Muzaimi cuba menahan rasa marah.
"Am... Amir cuma nak..."
"Cuma nak apa? cuma nak rosakkan majlis abang?" Kata Muzaimi dengan wajah garang.
Dengan pantas Amir menggelengkan kepalanya sambil mukanya cuba untuk menafikan kata-kata Muzaimi tadi.
"Eh, tak. bukan. Amir cuma nak tengok abang dengan Kak Mira je hari ni." Kata Amir perlahan sambil tertunduk ke bawah.
Muzaimi hanya mampu terdiam. Dia rasa agak bersalah setelah bersangka buruk terhadap Amir tadi.
"Abang Jimmy..." Kata Amir perlahan.
"Amir, tolong jangan panggil nama tu lagi. Jijik!" Kata Muzaimi dengan nada marah. Giginya diketap rapat.
"Kenapa? Sebab Amir yang bagi nama tu dekat abang? Sebab tu abang benci?"
Kata-kata Amir itu menyentak hati Muzaimi sehingga dia tersentap sendiri. Dia seakan-akan tidak percaya, adakah memori Amir sudah kembali pulih seperti dahulu. Muzaimi tergamam dalam beberapa saat sambil matanya membutang memandang ke arah Amir.
"Oh, memori Amir dah pulih ke? Huh, baguslah." Kata Muzaimi sambil matanya memandang ke arah lain dengan senyuman sinis.
Amir tersenyum sambil matanya tertunduk ke bawah. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya.
"Tak, Amir tak ingat lagi Amir cuma tahu dari kawan Amir, Haikal. Dia dah ceritakan semuanya dekat Amir, siapa Amir yang dulu dan apa hubungan Amir dengan abang tiga tahun lepas."
Muzaimi hanya mampu terdiam tetapi dalam hatinya rasa sedikit rasa bersyukur kerana sekurangnya Amir sudah tahu kebenaran walaupun dia sendiri tidak mampu memberitahu perkara yang sebenar.
"Kenapa tak jujur dengan Amir selama ni? Kenapa tipu Amir?"
Soalan Amir itu tidak dijawab oleh Muzaimi. Muzaimi hanya mampu mengalihkan padangannya memandang ke arah lain. Tidak mampu untuk melihat wajah Amir lagi. Dia terlalu menyakiti Amir selama ini.
"Dan kenapa abang tiba-tiba benci Amir?" Kata Amir perlahan sambil hatinya mula rasa sebak. Matanya juga sudah berkaca.
Muzaimi jadi lemah sebaik sahaja melihat Amir yang matanya mula berkaca-kaca itu tetapi egonya terlalu kuat.
"Maaf Amir, saya dah tak boleh nak sayang awak macam dulu lagi. Saya nak mulakan hidup baru. Saya dah taknak ada kena mengena dengan awak lagi. Saya dah sah jadi suami orang." Kata Muzaimi sambil menunjukkan cincin dijari manisnya.
Amir mengangguk lantas tersenyum gembira. Kedua belah tapak tangannya disatukan. Wajah Muzaimi direnungnya lama walaupun tidak jelas keranaa matanya sudah berkaca.
"Ya, Amir tahu. Amir gembira tengok abang dengan Kak Mira dah bersatu. Terima kasih Ya Allah sebab telah dengar doa Amir selama ini supaya Kak Mira dijodohkan dengan Abang Jimmy. Amir bersyukur sangat sebab abang dapat isteri yang baik." Kata Amir yang sudah tidak mampu menahan rasa sebak. Air matanya jatuh berjurai ke pipi tetapi dia masih lagi mampu tersenyum.
Muzaimi juga ingin menangis sebaik sahaja mendengar doa-doa yang dilafazkan oleh Amir sebentar tadi. Hatinya benar-benar tersentuh. Suci benar hati seorang insan yang bernama Amir di hadapannya ini tetapi egonya harus dikekalkan.
"Dahlah Amir jangan nak suka sangat. Amir tu sampah je, Allah mana dengar doa orang macam Amir ni. Dahlah Amir pergi! Abang dah tak nak tengok muka Amir lagi! Sampai bila-bila! Pergi!" Kata Muzaimi dengan matanya sudah berkaca seakan tidak percaya kata-kata itu keluar dari mulutnya.
"Tapi abang kata Allah dengar doa Amir tapi kenapa abang cakap macam tu.." Air matanya setitis demi setitis jatuh ke pipi.
"Pergi! Aku dah tak nak tengok muka kau lagi! Pergi!" Jerit Muzaimi sekuat hati sambil menolak tubuh Amir sampai terjatuh ke tanah.
Amir menangis semahu-mahunya dengan hati yang terluka. Dia sendiri tidak tahu apa salahnya terhadap Muzaimi sehingga dirinya dilayan seperti ini.
"Pergi!" Kata Muzaimi lagi dia sesungguhnya tidak sanggup mendengar tangisan Amir itu dia menjadi lemah.
Amir mengangguk perlahan sambil tersenyum kembali. Air matanya diseka.
"Baiklah. Amir pergi. Terima kasih abang sebab jaga Amir selama ni. Abang satu-satunya orang yang selalu ada dengan Amir. Terima kasih. Amir akan pergi untuk selamanya. Selamat pengantin baru untuk abang dengan Kak Mira. Amir gembira untuk Abang dengan Kak Mira." Kata Amir perlahan. Perlahan-lahan juga Amir bangun dengan kakinya terhencut-hencut menahan sakit.
"Ish, pergilah cepat!" Kata Muzaimi sambil menolak tubuh Amir lagi.
Amir cuba sedaya upaya untuk berlari pergi dari situ. Kakinya yang sakit cuba ditahan. Dia makbulkan permintaan Muzaimi itu jika itu membuatkan hatinya gembira.
Mata Muzaimi hanya mampu melihat tubuh itu pergi. Semakin lama tubuh itu semakin hilang dari pandangan matanya. Muzaimi menoleh ke arah belakang terlihat isterinya berdiri di belakang dengan wajah kosong.
"S.. sayang." Kata Muzaimi dengan gagap.
PANGGG!!!
Share this novel