14

Spiritual Completed 17372

Amir duduk di penjuru dinding sambil memeluk lututnya. Tidak henti-henti air mata jernihnya jatuh berjurai-jurai ke pipi. Wajahnya yang putih seperti salji itu bertukar merah kemerahan kerana menangis terlalu lama.

"Apa salah Amir? sampai papa bencikan Amir? Sampai papa tak mengaku Amir ni anak papa lagi? Kenapa, Ya Allah? Kenapa hidup Amir tersiksa sangat? Apa salah Amir selama ni? Amir sumpah tak ingat, jahat sangat ke Amir selama ni?" Amir bertanya sendiri. Apa salahnya sampai dia ditimpa dugaan sebesar ini.

"Ya Allah, Amir nak mati je senang. Amir tak nak hidup lagi dah." Tambah Amir lagi sambil termenung jauh dengan pandangan yang kabur.

Tiba-tiba sahaja pintu biliknya dibuka oleh seseorang secara mengejut. Amir mengabaikan sahaja tanpa ingin tahu siapa yang membuka pintu biliknya itu.

Nana Farhana masuk ke biliknya dengan senyuman sinis. Tangannya di silang paras dada. Dia tersenyum sinis sambil memandang ke arah Amir yang sedang duduk di lantai dalam keadaan yang sangat lemah. Dia berasa sangat puas hati bila dapat lihat orang yang dia bencikan sangat itu jadi seperti ini.

"Auntie Nana nak apa masuk bilik Amir?" Tanya Amir dengan suara yang serak, tekaknya benar-benar sakit
ketika ini.

"Kau dengarkan tadi apa yang PAPA kau cakapkan?" Kata Nana Farhana dengan nada megah dan riak seolah-olah dia dah menang.

Amir terdiam. Nana Farhana mendekatkan mulutnya ke telinga Amir.

"Papa kau sendiri dah benci kau! Dah tak suka kat kau! Dah tak sayangkan kau! Kau tunggu apa lagi?! Blahlah! Kalau aku jadi kau, aku dah blah dari rumah ni!" Kata Nana dengan penuh perasaan! Puas lihat keadaan Amir yang lemah ketika ini.

"Kau nak aku bungkus baju kau ke cacat? Tak kisah, aku boleh je sekaranh pun aku dah bosan bungkuskan sampah kau, sekali mayat kau pun aku boleh bungkus!"

Amir merenung wajah ibu tirinya itu tanpa kata.

"Kenapa auntie benci sangat dengan Amir? Apa salah Amir?!" Tanya Amir perlahan.

"Haha!!" Nana ketawa sinis sambil mengusap hujung rambut karatnya.

"Mudah je jawapan dia. Aku tak suka kau!" Balas Nana Farhama dengan jerkahan kuat sambil menendang kepala Amir sekuat hati.

"Arghhh!" Kepala Amir terhantuk kuat ke dinding dengan sangat kuat. Kepalanya rasa seperti berpusing-pusing. Dia rasakan seperti bumi berpusing laju.

"Aku nak kau berambus malam ni jugak! Faham!" Kata Nana Farhana sambil menunjal-nunjal kepala Amir, lantas dia pergi dari situ dengan rasa puas.

Amir merebahkan tubuhnya ke lantai, tiada lagi air mata yang boleh dikeluarkan, benar-benar kering. Matanya kosong. Tiada rasa yang dapat digambarkan olehnya lagi.

Jiwanya rasa kosong seperti tiada tempat untuk dia bergantung harapan lagi. Kenapa dia diberi dugaan sebegini besar? Apa salahnya? Apa dosanya? Dia bertanya sendiri pada hati kecilnya.

Amir memejamkan kelopak matanya perlahan-lahan cuba untuk mencari ketenangan. Tiba-tiba dia terpandang almari baju yang berada tepat di hadapannya itu. Hanya ini sahaja cara yang ada untuknya teruskan hidup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience