Jimmy memandang penumpang di sebelahnya sambil keningnya terangkat dan tersenyum comel. Penumpang disebelahnya yang bernama Amir itu sudah tertidur di sebelah. Mungkin terlalu penat seharian berjalan tanpa ada arah tuju.
Tiba-tiba, wajah Jimmy bercampur gembira dan sayu. Gembira kerana dapat berjumpa dengan Amir kembali dan sayu kerana semuanya tidak seperti dahulu lagi kalau boleh, mahu sahaja dia memeluk erat tubuh Amir sekuat yang boleh kerana terlalu rindu.
Selepas beberapa saat, dia memandang kembali ke arah jalan yang diiringin hujan lebat. Kenangan tiga tahun lepas kembali terimbas di fikirannya.
Sebenarnya dia sudah mengenali, malah amat mengenali siapa yang berada di sebelahnya itu. Umurnya 25 tahun dan Amir pula 20 tahun.
Mereka lebih daripada sebagai sahabat, malah pasangan kekasih. Ya, sebagai pasangan kekasih! Aneh bukan? Tetapi itulah kenyataannya. Amir cuba untuk membunuh diri tiga tahun lepas, namun umurnya masih panjang lalu, koma untuk beberapa minggu yang panjang.
Jimmy sehingga kini tidak dapat memaafkan dirinya kerana dialah punca Amir jadi begini! Amir ingin membunuh diri kerana dia kalaulah dia dapat undurkan masa, dia takkan lukakan hati Amir sambil bila-bila. Amir kini hilang ingatan, separuh dari kenangannya 10 tahun lepas lesap dari mindanya dan tambahan cedera pada otaknya membuatkan dia menjadi sedikit terencat akal kerana itulah perwatakkannya seperti anak kecil tapi ada masanya dia jadi matang dan ada kalanya dia manja seperti anak kecil. Ada masa juga dia akan mengamuk tidak tentu pasal.
fikiran Jimmy kembali ke alam nyata. Amir di sebelahnya masih tidur nyenyak. Bibir Amir yang merah delima asli itu sedikit terbuka. Bibir merah delima itulah yang selalu di ciumnya suatu ketika dahulu. Bibir merah delima itulah yang selalu menceriakan harinya dahulu walaupun perwatakkan Amir tiga tahun lepas agak liar dan susah untuk dikawal.
Perlahan-lahan Jimmy cuba untuk memegang tangan Amir yang terkulai lemah itu, sebelah lagi sudah tentunya dia memegang stereng kereta. Dia memegang tangan Amir kerana ingin melepaskan rasa rindu. Rindu yang teramat sangat, sayangnya kembali berputik kembang setelah sudah lama dia mencari Amir walaupun dia tahu Amir tinggal di mana.
Takkan dia nak ke rumah Amir tak pasal-pasal dia ditangkap oleh polis kerana keluarga Amir ini bukan calang-calang juga orangnya. Orang ada-ada. Rumah Amir juga dilengkapi dengan pengawal keselamatan tapi entahlah macam mana kadang-kadang Amir boleh terlepas keluar.
Pertemuan yang tidak disengajakan petang tadi telah mempertemukan mereka setelah tiga tahun terpisah. Entah macam mana tadi semasa di mall dia terlanggar seorang budak sehingga ais krimnya jatuh tapi tak sangka budak itu adalah Amir.
"Ergh... um.." Amir mengeliat, matanya separuh terbuka kerana sudah terjaga dari tidur.
Secepat mungkin Jimmy menarik kembali tangannya dan air mata yang jatuh diseka pantas olehnya.
"Hm? abang nangis ke?" Tanya Amir dengan wajah yang mengantuk.
"Eh, taklah. Mana ada. Mata abang kering itu yang berair ni haa.." Balasnya sambil diselit senyuman nipis.
"Hahaha... kelakar lah abang ni." Balas Amir dengan ketawa comel.
Mereka berdua terdiam sejenak.
"Abang... Bosan lahh.." Tiba-tiba sahaja Amir bersuara dengan gaya manja.
"Bosan? Ala bosan kenapa?" Balas Jimmy dengan sahi berkerut. Rindu dengan sifat manja Amir itu.
Amir muncungkan bibirnya sambil menepuk-nepuk pahanya berkali-kali.
"Laparlah pula.."
"Lapar pula dah, tadi kara bosan. Mana satu ni?" Jimmy turut memuncungkan bibirnya seperti Amir.
"Lapar." Balas Amir ringkas seraya menggaru-garu lehernya.
"Okay, jom kita singgah pergi makan dulu. Nak?" Pelawa Jimmy dengan nada ceria.
"Serius?" Balas Amir terkejut.
"Yalah, takkan abang tipu pulak." Jimmy cuba untuk meyakinkan Amir bahawa dia tak tipu.
"Okay, wow bestnya!" Sorak Amir gembira seperti anak kecil dapat mainan.
Jimmy yang berada di sebelah ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Wajahnya yang sedih tadi bertukar ceria secara total! Terubat juga rindunya itu setelah sekian lama memendam rasa.
Share this novel