Abang Jimmy yang sulung mula menghampirinya. Jimmy mula rasa seperti tidak sedap hati dengan sengera dia melarikan diri di celah-celah orang ramai sepantas mungkin.
"Excuse, sorry. Excuse me." Kata Jimmy sambil mencelah di lautan orang di dalam ruangan itu. Sengaja dia mencelah dalam orang ramai agar abangnya yang sulung itu tidak dapat menjejaki dirinya.
Setelah rasa sudah jauh dari abang sulungnya itu dia mula dapat menarik nafas lega.
"Fuh, finally."
"Abang!" Sergah satu suara.
"Wo!" Terkejut Jimmy dibuatnya setelah ada seseorang memegang bahunya dari belakang dengan segera dia menoleh untuk melihat siapakah yang mengejutnya sebentar tadi jangan abang long dia sudahlah.
Seorang remaja lelaki tersenyum ke arah Jimmy. Mukanya kelihatan senang apabila melihat wajah Jimmy.
"Syed?" Kata Jimmy dengan sedikit senyuman kaku.
Tanpa sebarang amaran, remaja lelaki itu memeluk tubuh Jimmy untuk melepaskan rasa rindu yang kian menebal.
"Dah lama Abang Muzaimi tak balik rumah. Syed rindu dengan abang kot. Abang tak sayang adik abang ni lagi ke?" Ucap Syed, lalu dia melepaskan pelukkannya.
Syed seorang remaja berusia 17 tahun yang sangat kacak tidak kurang kalah dengan si abang. Anak paling bongsu dalam keluarganya. Semuanya mereka ada empat orang adik-beradik. Jimmy anak yang ke-3 dan Syed anak yang ke-4. Seorang remaja lelaki berkulit tanned, tinggi lampai dan bermata coklat muda persis seperti abangnya cuma adiknya lebih gelap sedikit darinya tapi masih lagi dalam senarai berkulit cerah, yalah seorang atlet sekolah katakan mestilah kena panas. Syed juga antara pujaan ramai wanita di sekolahnya dan juga seorang pelajar pintar. Senang kata, serba boleh orangnya.
"Tahun ni adik SPM kan, jadi macam mana? Dah bersedia ke?" Tanya Jimmy sambil mengusap bahu adik kesayangannya itu. Sudah lama dia tidak ketemu adiknya itu.
"Syed rasa okay je. In Sha Allah takde apa-apa. Abang kenapa dah lama tak balik rumah? Orang rindu tahu?" Wajah Syed bertukar sayu. Mata kuyup Syed itu menunjukkan lagi kesedihannya.
"Sorry okay, sorry sangat. Abang busy." Balas Jimmy sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"Yalah tu, padahal sebab ada along kan?" Ucap Syed dengan sedikit sinis.
Jimmy terdiam. Betullah apa yang adik kesayangan dai tu cakap. Dia takut dengan along.
"Takpelah. At least, kita lepaklah macam dulu lagi, main futsal ke apa." Ucap Syed dengan senyuman tawar.
"Yalah, tapi lepas Syed habis SPM kita main futsal okay." Balas Jimmy sambil memeluk lagi tubuh adiknya. Banyak-banyak ahli keluarga, Syedlah yang paling dia sayang.
"Okay my bro. Nanti jumpa lagi." Syed tersenyum nipis sambil menyalam abangnya. Sebaik sahaja bersalam dia terus berlalu pergi walaupun dia rindu dengan abangnya cukuplah dia hanya bertemu sekejap sahaja.
Jimmy juga berlalu pergi, lalu dia pergi mengambil minuman. Dia langsung tidak rasa mahu bersosial dengan orang-orang di situ.
Semuanya wajah yang dia tidak kenal. Dia hanya berdiri di situ sambil meneguk minumannya perlahan-lahan sambil mendengar muzik dari penyanyi jemputan yang datang.
Sudah sepuluh minit berlalu. Ada juga gadis-gadis cuba datang mengoda Jimmy tapi tidak dilayan oleh Jimmy membuatkan gadis-gadis sundal itu marah.
"Abang!" Sampuk satu suara lagi.
"Ya, ada apa Syed?" Tanya Jimmy sambil mengabiskan tegukkan terakhirnya.
"Abang, baik abang pergi dari sini sekarang. Bahaya bang." Kata Syed dengan nada cemas sambil matanya melilau memandang ke kiri dan ke kanan seperti cuba mengelak daripada sesuatu.
"Hah? Bahaya? Bahaya kenapa?" Tanya Jimmy sambil merangkul bahu adiknya. Keningnya berkerut setelah melihat kelaku aneh adiknya ini.
"Lebih baik abang pergi sekarang sebelum terlambat. Cepatlah!" Kata Syed lagi seboleh-bolehnya dia mahu abang kesayangannya ini pergi dari tempat ini secepat mungkin.
"What? Eh, cuba terangkan kat abang. Adik kata apa ni? Abang tak fahamlah. Syed ni kena sampuk ke apa ni hah? Tak suka abang datang sini ke? Kalau marahkan abang sekalipun janganlah sampai halau macam ni."
"Bukan! Along! Along tengah cari abang sekarang ni." Balas Syed dengan nada separuh berbisik.
"Apa? Kenapa?" Terlopong mulut Jimmy dibuatnya. Jantungnya mula berdegup kencang terasa tidak sedap hatinya itu kembali lagi walaupun tanpa diundang.
"Entah, Syed tak tahu. Dia yang suruh Syed cari abang sampai jumpa. Mesti ada benda yang tak elok ni abang. Dia siap tengking-tengking lagi kat Syed tadi. Baik abang pergi sekarang! Tolonglah, Syed taknak tengok benda tak elok berlaku nanti."
Jimmy menganggukkan kepalanya tidak mampu dia berkata apa-apa lagi sekarang ini. Dia mula mengorak langkahnya secepat mungki sebelum bertembung dengan abang sulungnya.
"Thanks Syed." Hanya itu yang mampu diucap oleh Jimmy diwaktu ini.
Baru sahaja tiga langkah, tiba-tiba sahaja abangnya yang sulung itu muncul di hadapannya dengan wajah yang kaku tiada reaksi.
Bagai nak luruh jantung Jimmy dibuatnya bila nampak sahaja susuk tubuh itu di depan. Tiba-tiba sahaja muncul macam hantu.
"Syed!" Ucap Wahab dengan nada marah.
"Y.. ya.." Balas Syed separuh gagap.
"Bodoh! Tak boleh di harap!" Kata Wahab abangnya yang sulung itu dengan nada yang garang seperti cikgu sekolah.
Syed tertunduk ke bawah tiada kata yang dapat keluar dari mulutnya. Jimmy menjeling ke arah Syed dengan rasa simpati. Kasihan adiknya yang bongsu itu kena marah tanpa sebab yang kukuh lalu, dia memandang kembali ke arah abangnya itu, Wahab.
"A.. ada apa along nak cari Muzaimi?" Tanya Jimmy dengan nada yang separuh gagap juga.
"Ikut along kejap. Ada hal yang kita nak uruskan." Balas abang sulung mereka dengan nada dingin.
"Hal apa?" Tanya Jimmy dengan wajah yang sudah pucat lesi.
"Ikut je. Kau Syed! Ikut sekali." Arah Wahab dengan nada tegas.
Syed hanya mengangguk. Jimmy mengembus nafas panjang sambil matanya memandang ke arah Syed dengan reaksi kasihan serta secebis senyuman tawar. Bahu Syed dirangkulnya lalu mereka berdua jalan bersama-sama sambil mengikuti jejak abang sulungnya dari belakang.
"Jangan risau okay." Pesan Jimmy kepada adiknya itu dengan senyuman. Syed hanya mampu tersenyum tawar.
Setelah tiga puluh saat mereka berjalan, akhirnya kaki mereka terhenti berjalan. Jimmy yang dari tadi jalan memandang lantai kini dia mengangkat wajahnya. Dia terjeda beberapa saat setelah melihat sesuatu di hadapannya.
"Wahab sahabat lama." Seru seseorang lelaki tua memakai tarbus merah sambil ketawa gembira memandang ke arah Wahab.
"Ya, Tuan Haji Syeikh Yaakub. Haha, lama tidak berjumpa. Sihatkah tuan haji?" Balas Wahab sambil bersalaman dengan lelaki kacukan arab lewat usia 60-an di hadapannya itu.
"Alhamdulillah, Alhamdulillah... Ana sihat. Tuan Wahab sihat jugakah?"
"Syukur macam inilah saya. Hahaha." Katanya sambil disambut ketawa ringan.
"Tuan haji datang dengan siapa lagi?"
"Ana datang dengan keluarga ana lah Tuan Wahab." Balasnya ringkas serta badannya yang berbau minyak attar.
"Ouh, iyakah." Balas Wahab dengan sisa ketawa.
"Kenalkan ini isteri ana. Syarifah Abibah."
Wanita berpurdah hitam itu mengangguk ke arah Wahab. Wanita itu juga kacukan Arab-Melayu persis suaminya.
"Ini anak-anak gadis ana. Kenalkan yang sulung. Syarifah Zainab dengan suami anaknya suami dia tak dapat datang malam ini."
Gadis berusia 30-an yang mengenakan jubah hijau muda sambil mendukung bayi itu mengangguk sambil tersenyum ke arah Wahab.
"Ini pula anak kedua ana, Syarifah Zalikha. Baru habis ijazah di mesir. Alhamdulillah sudah bertunang juga."
Gadis berusia 26 tahun yang mengenakan jubah ungu muda itu tersenyum juga.
"Dan yang terakhir anak manja kesayangan ana. Syrifah Amira."
Sebaik sahaja nama itu disebut, Jimmy semakin gugup. Lututnya mula bergetar berasa takut tapi dia cuba dikawal olehnya.
Tangannya juga sejuk beku. Dia mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku sebentar nanti. Syed yang perasan akan tingkah laku abangnya yang tidak keruan itu, dengan segera dia memegang tangan abangnya sambil menjeling ke arah abangnya supaya bertahan dan kekal bersikap tenang.
Jimmy mengangguk.
Gadis bernama Syarifah Amira atau mudah dikenali sebagai Mira yang mengenakan jubah berwarna merah jambu itu memandang ke arah Jimmy membuatkan Jimmy semakin gugup. Lirikkan matanya yang galak itu cukup menikam Jimmy. Sangat cantik orangnya lagi-lagi malam ini dia memakai purdah. Matanya secantik gadis-gadis Arab. Bulu matanya yang lentik, keningnya tersusun rapi serta celak hitam menghiasi matanya. Sangat mengoda hati sesiapa yang memandang ke arahnya. Yalah mata orang Arab, siapa sahaja yang tak cantik.
"Wah, wah cantik-cantik semua. Terima kasih tuan haji sebab sudi datang ke majlis kami yang tidak seberapa ini. Tapi kenalkan juga adik-beradik saya, ini Sasha adik nombor satu saya, ini adik bongsu saya Syed Aiman dan Tuan Haji Syeikh Yaakub pasti kenal ini budak. Tidak lain tidak bukan, Muzaimi. Adik nombor dua saya. Haha, sudah matang orangnya kali ini." Ujar Wahab sambil memandang ke arah Jimmy dengan senyuman tajam.
"Mashaa-Allah. Sudah besar budak ini. Masha-Allah. Banyak kacaklah sekarang ini haha." Kata Tuan Haji Syeikh Yaakub sambil memeluk tubuh Jimmy dengan mesra.
Semakin berdegup kencang jantung Jimmy dibuatnya. Dia terasa kisah silam tiga tahun lepas kembali membuatkannya trauma sampai ke hari ini. Dia tidak boleh melihat muka Tuan Haji ini, hanya membuatkannya bertambah cuak. Seakan-akan fobianya datang kembali. Pasti malam ini dia tak boleh nak melelapkan mata.
"Ya, Tuan Haji Syeikh Yaakub saya nak minta maaflah pasal benda yang berlaku tiga tahun lepas, dia masih mentah masa tu." Ucap Wahab sambil menundukkan kepalanya sebagai tanda meminta maaf.
"Tidak apalah. Kisah silam, tak semua orang sempurna." Balas Tuan Haji Syeikh Yaakub dengan rendah diri.
"Sekarang sudah matang, jadi boleh kot kita satukan sahaja mereka berdua kembali? Seperti apa yang kita bincangkan semalam?" Kata Wahab sambil tersenyum senang.
Tersentak Jimmy dibuatnya sebaik sahaja mendengar kata-kata yang keluar dari mulut abangnya itu. Jimmy dan Mira saling berpandangan mata antara satu sama lain kerana terlalu terkejut dengan perkabaran ini. Langsung tidak berbincang dengan mereka berdua terlebih dahulu.
Mata Jimmy mula berkaca. Dia mengetap giginya menahan rasa sakit hati sambil memandang ke arah Wahab. Penumbuknya digengam rapat seolah-olah ingin sahaja dia menumbuk Wahab sekarang ini juga sampai mati!
Share this novel