Bab 2

Romance Completed 8925

BAB 2

Kereta Ferrari Italia itu meluncur laju memasuki perkarangan sekolah SMK Einstein(nonexistent) Shah Alam.

Semua mata memandang kereta itu dengan penuh tanda tanya siapakah pemandunya. Kereta itu berhenti di tempat parkir kereta. Pemandu itu keluar.

Seorang gadis yang sebelum ini disangka berkehidupan sederhana keluar dari kereta itu bermula dengan kakinya yang cantik tersarung kasut ballet plat.

Semua ternganga. "Apak arhh,dari mana kau dapat kereta ni Mira? Kau curi eah?!" Seorang lelaki menyoal aku. Aku hanya tersenyum sinis.

"Kereta ayah aku. Aku cuma pinjam je. Aku tak kaya macam korang. Tapi aku kaya sebab aku menumpang harta nak ayah aku." Aku menjawab dengan perlian. Aku terus pergi ke koperasi meninggalkan mereka dengan penuh curiga dan pertanyaan mereka. Yang penting sekarang ialah berjumpa dengan dua ekor sahabatku.

Setiba sahaja di koperasi,aku terus duduk dihadapan mereka yang sedang rancak berbual dengan muka serius yang amat."Hei gaiss." Mereka mengalihkan pandangan ke arah ku. Pandangan mereka....susah untuk aku tafsirkan. Yang pasti ia penuh dengan kemarahan.

"Nur Amira Fauzana! Mulai hari ni kau bukan lagi kawan kitorang! Kau cakap kau orang sederhana tapi buktinya,hurhh..." Aku kaget. Aku baru teringat,Shaf dengan Arin trauma dengan orang kaya. Bagi mereka orang kaya tu merupakan musibah. Mereka pernah dibuli oleh anak-anak orang kaya. Tapi adakah kerana seorang,habis semua dipersalahkan?

"Tapi,aku sejujurnya tak ada niat nak tipu korang. Aku buat ni bersebab." Jelasku. Aku sudah berdiri dihadapan mereka.

"Sebab?? Sebab apa? Sebab kau nak balas dendam untuk anak orang kaya. Tak suka orang miskin macam kami hidup kat dunia? Nak kami mati? Gitu?" Arin menyoalku panjang lebar.

Aku hanya mampu menggeleng. Air mata aku menitis. Bukan aku yang buli mereka. Kenapa disebabkan salah orang lain tapi aku yang menerima hukuman seperti ini?

"Kau menangis? Hahahahah,kelakarlah anak orang kaya menangis. Bukan air mata ni bernilai ke bagi orang kaya macam kau. Egokan perlu tinggi melangit. Hahaha" Mereka ketawa. Penuh sinis!

Mungkin ini jalan terbaik. Ya,aku pasti ini jalan terbaik! "Ya,memang ego kami tinggi! Memang aku anak orang kaya! Kenapa? Salah ke? Ke korang jealous? Hurh,tau lah korang hidup miskin. Teringin nak kaya tapi tak kesampaian." Air mata sudah diseka habis. Riak wajah mereka terkejut. Aku membuat ketawa palsu yang penuh sinis.Mungkin they not see the other side of me before this.

Aku ketawa gaya evil laugh. "Kalau korang rasa nak kaya cepat,korang buat je benda haram. Macam jual dadah ke,culik orang ke,bunuh orang ke,tak pun jual body k...." Tak sempat aku nak habiskan ayat,satu tamparan kuat mengenai wajah aku.

Mungkin ini balasan untuk aku kerana tak berterus terang dengan mereka tentang hal sebenar. Mungkin tamparan itu,adalah tamparan dari seorang sahabat yang selama ini percaya aku,tapi aku khianati mereka.

Aku hanya tersenyum memandang mereka berdua. "Suatu hari korang akan tahu sebabnya." Itu kata terakhirku sebelum aku pergi meninggalkan Malaysia.

Kini SAHABAT SELAMANYA sudah tidak ada dalam hidup aku. Apalah nasib aku. Mungkin kebahagiaan yang aku dambakan masih lama lagi untuk datang.

Sebelum itu,aku mengambil keputusan SPMku di pejabat. Cakap dekat cikgu, "Cikgu,saya nak result saya sekarang. Flight saya nak berlepas dah." Dan adalah beberapa soalan selepas itu dan cikgu pon bagi.

Alhamdulillah,aku dapat result flying colour. Pada tepat jam 10 pagi,aku sudah meninggalkan bumi malaysia bersama maksu aku. Katanya,dia ada anak saudara sebaya aku yang tinggal bersamanya. Perempuan katanya. Tapi siapa??

Ahh,pedulikan semua itu,asalkan aku ada kawan disana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience