Bab 8

Romance Completed 8922

BAB 8

"Assalamualaikum! Anak-anak mama." Mama menyerbu masuk kedalam wadku bersama Yoo Jun.

"Waalaikumsalam. Apa yang adik pesan ada tak?" Tanyaku pada ibu. Yoo Jun mengambil tempat di kerusi yang berada disebelah katilku.

"Sorry sayang,doktor tak bagi. Lepas keluar dari wad,mama promise mama buatkan." Aku hanya tersenyum lalu mengangguk.

"Yoo Jun,Uni macam mana?" Yoo Jun memandangku.

"No problemlah. Aku dah coverkan untuk kau. Esok kau keluar wad kau dah boleh pergi uni. Okay?" Ujar Yoo Jun. Aku meluku kepalanya dan dia mengaduh. "Thanks." Ujarku.

"Itu ke cara kau nak berterima kasih kat Yoo Jun. Ish...ish...takpelah Yoo Jun,lepas dia keluar wad,kita wrestling dia habis-habisan." Kakak menyampuk. Ada ke pesakit macam aku nak jadi mangsa wrestling. Tak patut.

"Apa ni wrestling-wrestling bagai? Sapa nak wrestling ni? Meh sini biar abang wrestling dia!" Wajah prof.Ikmal muncul di hadapan kami. Serentak itu kami ketawa.

"Prof, ada assign....."

"Abang. I'm your brother in law. Remember?" Abang Ikmal memeluk bahu kakak. Aku mencebik. Kakak ketawa kecil.

"Iyolah. Ada assignment tak?" Soalku padanya. "Ada. Abang nak assignment pasal kanser." Serentak itu aku memandang Yoo Jun. Patutlah dia bawak laptop kesini dengan buku catatan sekali. Siap kau Yoo Jun.

"Apa pandang-pandang aku? Aku cari maklumat untuk kau sekali okay!" Ujar Yoo Jun sambil menayang buku nota miliknya. Aku hanya menyengih. Kami berbual lagi. Sekejap ketawa,sekejap blur,sekejap main marah-marah. Happy sangat ada keluarga macam ni.

_____________________________________

Sudah seminggu aku keluar dari wad dan kini aku dan Yoo Jun duduk dirumah mama. Ashraf? Dah lama aku tak nampak dia. Last aku nampak dia masa aku kemas rumah sebab nak pindah.

"Mama,adik dengan Yoo Jun pergi dulu ye. Lepas habis kelas adik balik." Kataku sambil menyarung kasut di kaki.

"Okay! Terus balik tau. Jangan merayap. Bye." Mama mencium dahiku dan Yoo Jun. Kami melambai mama.

Setiba sahaja di universiti,kami terus menuju ke bilik kuliah 2. Kami mengambil tempat di pertengahan. "Mira,Yoo Jun, malam ni datang rumah aku tau. Aku ada buat birthday party untuk abang aku." Fisha salah seorang rakan sekuliahku memberi sehelai pamplet padaku dan Yoo Jun.

"In Shaa Allah kalau tak ada apa-apa,kitorang datang." Kataku sambil menghadiahkan senyuman padanya. Dia membalas.

Setelah Madam Lin masuk,kami memulakan sesi pembelajaran. Nya penting diambil dan dicatat. Selesai sahaja kelas untuk hari ini,kami pulang kerumah.

"Adik!! Yoo Jun!! Kakak pregnent!!" Kakak meluru kearah kami lalu memeluk kami. Wah,jap lagi aku ada anak buah!

"Lah...yeke?? Congrats akak!" Ujar Yoo Jun. Kepalaku ligat memikirkan apa yang aku akan buat dengan anak buah aku tu nanti. Bestnya!! Ada baby nanti!!

"Adik! Sampai hati tak cakap congrats kat akak!" Aku hanya menyengih. "Sorrylah kak! Adik tengah merancang apa yang adik nak bagi kat anak akak nanti. Lepas tu nanti bila dia dah besar sikit adik nak ajar dia mengeja,mengira...semua lah." Aku ketawa kecil. Kakak dengan abang Ikmal dah buat muka pelik.

"Dia ni suka budak la guyss." Ujar Yoo Jun. Kami ketawa. "Oh ye,mama,malam ni kami nak pergi rumah kawan jap. Dia ada buat birthday parti." Ujarku sambil tangan membasuh sayur disinki.

"Okay,mama benarkan. Tapi jangan balik lewat sangat tau." Mama memberi nasihat. Aku hanya mengangguk dan mengucap terima kasih pada mama.

Malam menjelma. Aku dan Yoo Jun sudah pon bersedia untuk pergi kerumah Fisha. Tiba saja dirumah Fisha,kelihatan ramai orang yang berada disitu. Aku masuk dan menuju di kaunter untuk menyerahkan hadiah.

"Hei guys,come in. Majlis nak start dah." Fisha menarik tanganku dan Yoo Jun menuju ke halaman ditepi rumahnya. Yoo Jun meninggalkan kami dan menuju ketempat kek.

"Okay guys,today is my lovely brother's birthday and I want to celebrate with all of you. Lets meet him." Orang ramai menepuk tangan. Seorang lelaki dengan tinggi lebih kurang 183 cm,mempunyai rupa dan bertubuh seperi model muncul. Seorang yang amat aku kenali.

"Tengku Ashraf Ridhwan!!" Mampus aku kali ni. Yoo Jun memegang kuat lenganku. Mata Ashraf melilau melihat tetamu yang hadir di majlis nya dan tiba-tiba matanya bertembung dengan mataku. Aku tahu dia terkedu.

Sepanjang majlis berlansung,aku hanya berpura-pura tidak mengenalinya. Tapi aku tahu Fisha kenal aku. Sebab dia adalah orang yang paling rapat dengan aku waktu aku berhubungan dengan Ashraf.

Tapi dulu Fisha lain. Dia gempal dan berkulit sawo matang tapi kini dia kurus dan berkulit putih seperti cina.

"Mira,abang aku nak jumpa kau." Ujar Fisha yang tiba-tiba muncul di belakang ku. Aku memandang Yoo Jun. Yoo Jun menganggukkan kepala. Aku mengambil nafas sedalam-dalamnya. Aku menuju ketempat yang dikatakan oleh Fisha.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" Soalku tanpa memandang wajahnya. Ashraf muncul dihadapanku. Serentak itu aku menundukkan wajah. Tak bersedia melihat wajahnya.

"Mira,saya tak tau nak cakap macam mana. Lepas je peristiwa tu berlaku,kepala saya sakit. Saya masuk hospital dua hari. Time tu saya dah ingat semua pasal awak. Memori kita. Saya minta maaf sebab masa tu saya lupakan awak. Saya tak ada niat pon.."

"Awak tak ada niat?" Aku tertawa. Sinis,sangat sinis. "Awak lupa apa yang awak cakap waktu tu? 'Walaupun satu hari nanti aku ingat kau,aku takkan pernah nak kau. Macam manalah aku boleh suka perempuan macam kau?' Itu ayat yang awak cakap kat saya. Saya takkan pernah lupa benda tu. Ingat!" Aku berlalu pergi dari situ meninggalkan Ashraf.

Kelibat Yoo Jun aku cari. Tangannya aku capai dan bawa ke kereta. Air mata aku sudah tak mengalir tapi perasaan benci. Aku benci orang yang lupa apa benda yang dia buat sampai dia lukakan aku.

"Kau okay tak? Apa dia cakap tadi?"

"Dia minta maaf." Ucapku ringkas. Tiba sahaja dirumah,kelihatan ayah bersama wanita itu. Mama duduk dihadapan mereka. Kakak dan abang duduk di tepi mama.

"Mira,anak ayah. Ayah minta maaf sayang." Ayah memelukku. Aku tiada perasaan ketika itu. Aku hanya membiarkan pelukannya.

"Nak apa datang sini?" Tanyaku dengan wajah dan nada dingin. Aku melabuhkan punggung di kerusi 2. Yoo Jun duduk di sebelah ku. Dah satu masalah,datang satu masalah. Wahhhh!!

Wanita itu tidak habis-habis menjeling aku. Aku sabarkan hati. "Ayah nak bawa Mira dengan ayah. Kita pindah London." Serentak itubaku berdiri dan ketawa. Kuat sangat!

"Kau dah buat aku macam ni,kau nak suruh aku ikut kau. Ehh,kau ni tak ada perasaan ke?" Perasaan hormat terhadap ayah sudah tiada. Ayah dan mama terkejut dengan bahasaku. Begitu juga dengan orang lain.

"Mira,Mira sedar tak Mira tengah cakap dengan sapa ni?" Suara ayah bertukar tegas. Aku tersenyum senget.

"Sebab Mira sedarlah Mira cakap macam tu. Kalau ayah nak Mira ikut ayah,ayah kena pilih sama ada mama atau perempuan tu. Kalau ayah pilih mama,kita pergi satu keluarga pindah sana dan ayah perlu ceraikan perempuan tak sedar diri ni." Telunjuk tanganku menghala ke wanita itu. Wanita itu merenung tajam ke arah ku.

"Tapi kalau ayah pilih perempuan ni....." Aku memandang mama. Mama sedang menangis. "Ayah ceraikan mama dan setelah itu kami tiada apa-apa hubungan dengan ayah walaupun sezarah darah." Kataku tanpa perasaan. Tangisan mama semakin kedengaran. Ayah terjelopok ke lantai. Pasti akalnya tak dapat berfikiran lagi. Wanita itu ingin bangun untuk menuju dekat kearah ayah dan aku pasti dia ingin menghasut ayah namun aku pantas menolaknya supaya duduk kembali. Dia mendengus. Kisah ke aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience