Bab 10

Romance Completed 8922

BAB 10

"Dia ialah... Tengku Ashraf Ridhwan." Ya Allah,masalah betul mamat ni. Dah aku cakap aku taknak dia,tak faham bahasa melayu ke?

Telefon aku capai dan mendail nombor Fisha. Nak dail nombor malah tu,aku tak ada. "Hello Fisha,cakap dekat abang kau aku nak jumpa dia dekat Cafe Taiti pukul 8:30 malam. Sharp! Byee..." Aku mematikan telefon. Aku memandang kearah jam. Lagi 10 minit.

"Lain kali,please tanya Mira dulu sebelum mama dengan ayah buat keputusan untuk Mira. Bukan Mira nak marah mama dengan ayah tapi ini pasal future Mira. Mira minta maaf." Ujarku lalu aku naik ke tingkat atas untuk bersiap. Shawl biru pekat aku padankan dengan kemeja labuh bewarna biru laut berbelang hitam dan seluar palazzo.

Aku turun kebawah dan mencapai kunci kereta Axia. Kereta ku meluncur laju menuju di tempat yang ditetapkan.

Setiba sahaja disitu,kelihatan Ashraf sudah tiba. Aku melabuhkan punggung dihadapannya. Beg jenama Gucci aku letak disisi. Dah macam orang dewasa padahal umur baru nak masuk 19.

"So,ada apa awak nak jumpa saya?" Dia membuka bicara. Aku memandang tepat matanya.

"Kenapa meminang saya? Awak tak faham ke,saya tak nak jumpa awak! Ke awak nak saya cakap bahasa Iban baru awak nak faham?!" Kataku sedikit meninggi. Dia hanya menghadiahkan senyuman padaku.

"Saya minta maaf,tapi ini yang sepatutnya saya buat 3 tahun lepas. Walaupun masa tu awak still sekolah." Ujarnya sambil ketawa kecil. Fikir kelakarlah?!

"Saya nak awak batalkan! Full stop!"

"Sorry,saya takkan batalkan. Saya cintakan awak and I know awak still cintakan saya." Aku terkedu. Aku masih cintakan dia? Hell no!

"Kalau awak taknak batalkan,fine. Tapi ingat,saya takkan layan awak macam mana seorang isteri patut layan suami." Serentak itu aku bangun dan melangkah keluar dari cafe itu.

"Ish,dia fikir dia siapa nak buat macam ni dekat aku?!" Bebelku seorang diri. Tiba-tiba kepalaku terasa sakit. Dia datang lagi! Aku pantas berlari kearah kereta. Laci di tempat penumpang aku buka. Botol yang berisi pil aku capai lalu telan bersama air mineral.

"Sampai bila aku nak sorokkan dari diorang ni?" Aku mengeluh perlahan.

____________________________________

Aku berjalan kedalam bilik kuliah. "Weh,kau okay tak? Muka kau pucat." Yoo Jun menegurku sambil memegang bahuku.

"No worries,aku okay jelah. Jap,aku nak pergi toilet. Kau masuklah dulu." Setiba sahaja di toilet,aku memakai foundation dan lip balms agar wajah pucatku tidak kelihatan. Aku tersenyum puas apabila selesai.

Aku menuju ke kelas dan mengambil tempat sebelah Yoo Jun. Yoo Jun merenung mukaku. Seperti memikirkan sesuatu. Tak apalah,biar dia tertanya dari terseksa.

"Dah lah tenung aku tu. Prof dah masuk tu." Kami memfokuskan diri pada prof yang sedang mengajar dihadapan.

Selesai sahaja kelas,kami terus menuju ke Parking lot students. "Yoo Jun,kau baliklah rumah dulu. Aku nak pergi satu tempat. Nanti kau cakap kat ayah and mama,aku balik lambat." Ujarku pada Yoo Jun.

"Kau nak pergi mana?" Yoo Jun bertanya padaku dengan nada pelik.

"Somewhere..." Ujarku sambil memyengih. Yoo Jun mengangguk. Kami berpisah disitu. Dia menyuruh aku membawa kereta dan dia boleh balik dengan kawannya yang lain.

Akhirnya aku tiba di destinasi. Pantai. Pantai yang penuh dengan ketenangan. Hanya kedengaran deruan ombak menghempas pantai. Mataku pejam rapat. Badan disandar pada sebatang pokok rendang.

Menikmati hidup yang masih tersisa. Tiba-tiba aku terdengar seorang kanak-kanak menangis. Mataku melilau mencari budak yang menangis dan mataku tertancap pada seorang budak yang sedang duduk dihadapan pantai sambil menyemban mukanya di lutut yang sudah dirapatkan di dada.

Aku menuju kearah kanak-kanak itu. "Adik,kenapa nangis ni? Mak dengan ayah mana?" Soalku sambil bercangkung ditepi budak itu. Dia mengangkat wajah dan melihatku.

"Mama dah tak ada. Papa marah nan pukul Yan sebab tadi Yan pukul kawan. Tapi Yan tak sengaja. Dia yang mula dulu. Dia ejek Yan sebab tak ada mama. Yan rindu mama!" Serentak itu dia menangis dan memelukku. Aku membalas pelukannya dan mengusap kepalanya agar dia tenang dan akhirnya dia tertidur.

Budak kalau dah penat nangis,terus tidur. Aduhh,macam mana aku nak pulangkan budak ni dekat papa dia?

"Excuse me. This is my child. Can I get him?" Aku merenung tajam lelaki dihadapanku. Badan budak itu aku dokong ala bridal style.

Dia ingin mengambil budak itu dariku namun aku tak membenarkannya. Dia memandangku pelik. Aku menunjukkan isyarat agar dia membawaku ke keretanya. Dia mengikut. Badan budak itu aku letakkan di seat belakang.

Aku menarik tangan lelaki itu agar mengikuti aku."Awak tak patut marah dan pukul anak awak. Dia masih kecik lagi. Awak patut nasihat dia." Aku membuka bicara.

"Awak tak faham. Dia anak saya,hanya saya tau cara nak mendidik dia." Aku tertawa sinis.

"Cara awak didik dia tak betul. Awak patut faham psikologi budak-budak. Dia tak ada mama. Hanya awak tempat dia nak dapat kasih sayang yang secukupnya. Awak kena ingat,katakanlah satu hari nanti nyawa anak awak dicabut dan awak tak pernah bagi masa awak dan kasih sayang awak dekat dia,saya pasti awak akan menyesal. Seumur hidup!" Aku terfikir keadaanku. Masalahku. Ya Allah,badan aku rasa lemah!

"Tt...tolong..amik ubat...ss...saya..dalam kereta....axia warna hijau tu." Kataku gagap sambil tangan menunjuk ke arah kereta milikku. Kepala dipicit kuat. Kaki ku tak cukup kuat untuk berdiri lalu aku terduduk di tanah.Lelaki itu terus berlari.

Tangannya menghulur ubat dan air mineral. Aku mengambil ubat dari botol dengan tangan terketar-ketar. Tidak sempat ingin aku telan,aku jatuh rebah ke tanah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience