Bab 11

Romance Completed 8922

BAB 11

"Cik...cik.." Terdengar suara seakan mengejutku. Aku membuka mata perlahan. Lelaki tadi bersama anaknya disisi.

"Saya minta maaf susahkan awak. Awak ada call family saya ke?"

"Tak ada. Tapi kalau awak nak saya boleh callkan sekarang. Telefon awak ada kat atas meja tu." Katanya sambil mulutnya menjuih menghala dimeja sebelahku.

"Tak perlu. Doktor ada cakap apa-apa??"Soalku. Aku memandangnya. Dia mengeluh perlahan dan melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di sebelah ku. Anaknya dipangku

Budak itu bermain dengan jariku. Aku hanya tersenyum. "Doktor cakap,masa awak dah tak banyak. Penyakit awak dah stage 3. Kalau awak tak dapatkan rawatan,masa awak semakin singkat. Awak dapatkanlah rawatan. Mana tau boleh sembuh." Pujuknya sambil memandangku sayu.

"Saya taknak. Saya taknak family saya tau hal ni. Lagipun,ada orang hantar pinangan dan ibu saya terima. Saya...saya tak tau macam mana nak tolak. Kalau saya tolak,apa alasan yang patut saya berikan?" Air mata aku mengalir. Semua yang berlaku menerjah otakku. Otakku ligat mengulang tayang kenangan aku bersama Ashraf ketika dahulu.

"Awak....awak kahwin dengan saya. Kita buat rawatan dekat Australia. Saya akan tanggung semuanya." Aku terkejut. Biar betul?

"Kenapa...kenapa tiba-tiba?" Tanyaku serentak itu aku menggenggam lembut tangan kecil yang tadi bermain dengan jariku. Dia membalas genggamanku.

"Mungkin Allah hantar awak pada saya untuk saya tebus balik kesalahan saya pada arwah isteri saya. Dulu arwah isteri saya ada penyakit sama macam awak. Saya tak pernah tau dia sakit,sampailah anak saya nak dilahirkan. Selepas anak saya lahir,dia meninggal." Katanya sambil tersenyum nipis dan mengusap lembut kepala budak kecil itu.

"Oh by the way,siapa nama awak? Tinggal dekat mana? Umur berapa? Kerja apa?"

"Nama saya Nur Amira Fauzana. Panggil Amira. Tinggal dekat Kuala Lumpur. Berumur 19 tahun. Masih belajar dalam bidang perubatan." Ujarku sambil menghadiahkan senyuman padanya.

"Oh..nama saya Tengku Ammar Irham. Ini anak saya Tengku Aryan. Berumur 5 tahun. Tinggal kat Kuala Lumpur dan ada kampung dekat Batu pahat. Berumur 27 tahun. Bekerja sebagai doktor...di hospital ini." Aku terkejut. Tak nampak gaya doktor pon.

"So,sekarang saya dekat hospital KL?" Dia mengangguk perlahan. Aduhhh..kereta aku macam mana yek.

"Papa...papa..nanti aunty ni bakal mama Yan eah?" Aryan menarik baju papanya berkali-kali. Ammar memandangku mengharapkan jawapan. Aku mengangguk perlahan.

Ammar tersenyum." Iye...ini bakal mama baru Aryan." Aryan menepuk tangannya. Dia memandangku lalu memelukku. Aku terharu. Aku suka budak. Lepas kahwin,dapat anak instant. Best wehh!

____________________________________

Baru aku tau aku dah tertidur kat hospital tu dua hari. Selama itu,Ammar jaga aku. Kini kami bergerak menaiki kereta Ammar menuju ke rumah aku. Kereta aku,kawan Ammar yang bawak.

"Lepas tu,awak belok kanan kat selekoh depan tu." Arahku pada Ammar. Dia mengangguk . Setiba sahaja dirumah,aku membuka pagar dan memberi salam.

Wajah mama yang penuh kepenatan muncul. "Ya Allah Mira,mana kamu pergi nak? Mama risau sangat! Kalau Mira tak nak kawin dengan Ashraf,Mira cakap dengan mama,jangan lari rumah. Mira buat mama risau!" Tubuhku dipeluk erat oleh mama. Terasa bajuku basah dengan tangisan.

"Mira tak pergi mana manalah ma. Mira pergi kampung teman lelaki Mira sebab nak suruh dia hantar pinangan. Mira dah tak cintakan Ashraf. Mira dah ada pengganti dia." Kataku pada mama. Mama meleraikan pelukan lalu memandangku.

Mama memandang belakangku. Ammar menghadiahkan senyuman pada mama. Mama menjemput kami masuk.

"Ayah!! Ikmal!! Alya!! Afira!! Turun sekarang!" Alya? Siapa tu? Aku melabuhkan punggung di sofa dan Ammar mengambil tempat di sebelah ku. Aku memangku Aryan yang sudah tertidur dan bersandar padaku.

"Amira!!" Semua menjerit. Pelbagai soalan diberi padaku. Mama dah tolak pinangan Ashraf. Aku tersenyum sambil memandang Ammar.

Diorang menerima kedatangan Ammar dan Aryan. Ammar menceritakan bagaimana isterinya meninggal. Bermacam soalan diberikan oleh mereka pada Ammar macam bom. Kesian Ammar.

"Ermm,Mama,ayah...lepas kami menikah,kami nak pergi Australia. Mira nak sambung belajar dekat sana. Ammar and Aryan pon ikut sekali." Maaf korang,Mira terpaksa menipu. Ini semua demi kebaikan korang.

"Lah,kenapa Mira tak nak sambung belajar je dekat sini. Nanti kesian dengan Alya,belajar sensorang." Oh ye,Yoo Jun dah masuk islam 2 hari lepas pada malam aku hilang tu. Dan nama dia sekarang islam Alya Kim. Okaylah tu.

Aku mengukir senyuman dan menundukkan wajah ke lantai sebelum kembali memandang wajah mereka berlima. "Lagipun Ammar dapat tawaran sambung kat sana. Nanti Ammar akan jaga Amira." Ujar Ammar. Serentak itu mama dan ayah mengeluh perlahan.

"Iyalah. Mama dan ayah benarkan. Ammar jagalah anak ayah ni betul-betul. Jangan sakiti dia." Salah yah.. Mira yang sebenarnya menyakiti Ammar. Mira akan tinggalkan Ammar nanti.

Tanpa sedar,aku mengeluh perlahan. "Majlis kita buat dekat Hotel MarianaLiM. Nikah dekat sana lepas tu terus bersanding. Jimat sikit." Ujar Ammar.

"Kami okay je. Ibu dan ayah Ammar macam mana?" Soal ayah pada Ammar.

"Mummy and Daddy okay je. Bulan depan akan berlangsung. Mama dengan ayah tak payah keluar duit. Ammar akan tanggung semuanya." Aku memandang Ammar dengan wajah terkejut. Biar betul dia ni? Ammar hanya tersenyum.

Aku harap,aku sempat bahagi akan dia walau untuk sementara. Aku akan cuba mencintai dia sepenuhnya tapi aku taknak dia jatuh hati dekat aku. Nanti kalau aku mati,mesti dia sedih. Aku taknak dia sedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience