Prolog

Romance Completed 8922

PROLOG

"Mira,tolong pergi kedai beli tepung dengan pewarna untuk mama." Aku yang sedang menonton astro mengeluh kasar. Kakiku hayun kearah dapur.

Tangan aku hulur apabila tiba dihadapan mama. "Duit ada dekat atas meja. Ambillah sendiri." Aku membuat putaran anak mata.

"Morning maa..." Yang cakap morning tu kakak aku. Nur Afira Firzana. Beza setahun je. "Morning sayang." Aku yang malas nak melayan drama sebabak mereka itu menuju keluar untuk kekedai.

Selesai sahaja aku membeli barang,aku berjalan pulang. Setiba saja dirumah,kelihatan kereta sport Lotus diparking dihadapan rumah. Aku menjejakkan kaki dirumah.

"Ini ke anak bongsu akak?" Seorang wanita berumur 40-an bertanya pada mama sambil memandangku pelik. "Aah. Nilah Nur Amira Fauzana. Baru 18 tahun. Tengah tunggu result SPM." Terang mama. Aku menuju ke dapur untuk meletak barang yang ibu pesan.

Selepas itu aku menuju ke ruang tamu untuk menyalami tetamu. Baru aku sedar ada seorang mamat duduk sebelah kak Fira. Rapat pulak tu.

"Mira,mama nak cakap ni, kakak kamu nak tunang hujung minggu ni. Kamu siapkan barang hantaran. Mama taknak kaki kakak kamu sakit. Kesian dia. " Aku memandang Afira. Dia hanya memandangku sinis sambil membuat kening double jerk.

Tanpa menjawab,aku terus naik keatas. Dalam perjalanan naik keatas aku terdengar,suara 'serak-serak merdu memuji' aku. Kakiku terhenti dihujung anak tangga.

"Sorrylah milah,anak bongsu akak memang macam tu,kurang ajar sikit. Dah di didik still perangai macam tu. Tak tau lah perangai siapa yang dia ikut tu." Mama memang begitu. Suka memburukkan aku. Kalau kakak dia puji melambung. Kalau kakak tak pandai masak,di cakap pandai masak.

"Biasalah budak muda kan kak." Ujar Datin Syarmilah.Aku hanya mengeluh perlahan. Air mata mula ingin menitis. 'Sabar Mira...kau dah biasakan? Nak nangis buat apa? Tak guna wehh!' Hati aku mula berkata.

"Mira memang macam tu. Bergaul dengan bohsia,dengan mat rempit." Ya Allah,sejak bila pulak? Fira ni memang nak kena.

"Ya Allah! Betul ke kak apa yang Fira cakap?!" Datin Syarmilah terkejut. "Betul kak." Mama!! Apa ni maa!! Kenapa mama buat macam ni? Mira anak mama,sanggup mama burukkan Mira depan orang.

"Ros!! Apa awak cakap ni?! Anak awak tu!" Kedengaran suara papa memarahi mama. Aku melangkah kaki ke bilik. Aku terus menghempas badan diatas katil. Muka ditekup di bantal. Aku menangis sepuasnya.

'Ya Allah, di dugaan jenis apakah ini? Aku tidak sekuat ini Ya Allah. Aku insan yang lemah selemah-lemahnya. Apa dosaku hingga kau timpakan aku ujian seperti ini?' Aku bermonolog dalam hati. Menangis sepuas-puasnya sehingga mata aku terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience