Bab 4

Romance Completed 8922

BAB 4

Dah dua bulan aku duduk korea dan semuanya baik-baik saja. Kadang-kadang ayah ada juga skype aku tanya khabar. Aku pun ada kenalkan Yoo Jun dekat ayah.

Makin lama makin rapat mereka. Yoo Jun sudah mula panggil ayah aku dengan panggilan ayah. Tak salah kongsi kasih sayang seorang ayah dengan anak yatim piatu. Lagipun aku dapat jugak kembar tak sedarah. Ala,muda 3 hari saja pun.

Baru-baru ni,maksu daftarkan aku di Kolej Medical Science Seoul. Swasta punya. Mahal gila yuran dia. Tapi aku okay je,sebab bukan guna dua aku tapi guna duit palsu dengan maksu. Hihi..bahagia hidup.

"Yoo Jun!! Cepatlah! Kelas nak mula lagi 1 jam!" Aku berlari ke dapur. Roti bakar berintikan jem kacang ku ambil 2. 1 untuk aku satu lagi untuk Yoo Jun.

"Im done! Jom." Kami berjalan menuju keluar. Pintu rumah dikunci. Ehh,jap. Lupa nak cakap,kami berdua duduk dirumah yang baru dibeli oleh paksu. Ini bertujuan untuk memudahkan kami menuju ke kolej. Yelah,Seoul ke Cheongdamdong jauh kot.(yeke??)

Kami menaiki kereta honda CR-Z yang dipandu aku menuju ke kolej. Walaupun dekat dan masa kelas bermula lagi 1 jam tapi kami perlu cepat sebab nak buat persediaan untuk presentation untuk Biologi.

Korang tau tak,Pensyarah Biologi tu garang gila. Singa pon kalah wehhh. Tapi dia ni baik kalau korang dapat detect mood dia. Kalau mood dia tak baik,jangan buat hal. Jadi dia steady,tak marah-marah. Tapi kalau mood dia baik,kau tembak je dekat dia soalan apa-apa,dia tak marah. Musykil aku.

Setiba sahaja di kolej,aku dan Yoo Jun terus berlari menuju ke biologi lab. Sampai je terus sediakan isi untuk presentation.

Habis je presentation depan panel,kami terus menuju ke kantin. Sampai je kantin kami cari tempat nak duduk.

"Mira,tu." Yoo Jun menjuihkan mulutnya kearah seseorang. Aku menoleh kebelakang.

3 Saat.

Aku menoleh kearah Yoo Jun kembali. "So what??" Jawabku tanpa perasaan. Yoo Jun membuat muka cemberut.

"Kau ni. Crush kau tu." Aku hanya membuat tak tahu. Aku dalam proses nak lupakan mamat tu,boleh pulak dia tunjukkan mamat tu depan aku. Haihh,sabar je ada kawan macam ni.

"Yoo Jun.. please,kau kata kau nak tolong aku lupakan dia." Kataku dengan nada lemah. Keluhan kecil kulepaskan.

Ini semua ada sebabnya. Jika perkara itu tidak wujud pasti aku akan terus menyukainya bahkan mungkin merancang untuk mendapatkannya.

"Sorry."
Kami makan apabila makanan yang dipesan sampai.

____________________________________

Aku memandu kereta menuju ke mall berdekatan. "Amira,esok aku ingat nak pergi skating. Kau nak ikut?" Aku memandang Yoo Jun di tempat penumpang di sebelah ku.

"Aku okay je." Balasku ringkas. Kereta aku parking di parking lot atas.
Kaki menuju ke dalam mall.

"Jomlah tengok wayang,seriously aku bosan." Yoo Jun memegang lenganku sambil memandangku.

"Jom."

Selesaikan kami menonton wayang,kami menuju ke secret recipes untuk makan kek. Dah lama aku tak makan kek.

"Love,please dont being like this. I love you with all my heart. I'll be haywire if you go. I really need you. I will do anything for you as you not go from my life." Kedengaran suara seorang perempuan merayu ke seorang lelaki. Aku menoleh.

Aku tersenyum sinis. "Third victim in front of my eyes." Yoo Jun mendengar apa yang diucapku. Lelaki itu,aku crush kat dia.

Pertama kali aku jumpa dia,dia tolong seorang nenek tua melintas jalan. Aku ingat dia baik tapi dia memainkan hati perempuan.

Nama dia,Muhd Irfan Adham Bin Dato' Arham. Yes,budak melayu bukan budak korea. Kalau nak ciri-ciri dia,mata dia tak bulat sangat tapi tak sepet sangat. Sedang je. Bibir dia nipis. Kulit dia kuning langsat dan muka dia bebas jerawat. Hidung mancung. Rambut dia typical budak fesyen sekarang,sodok tepi pastu buat line.

AUTHOR: Actually,gaya tu haram di sisi agama. Korang boleh search dekat internet.

"I'm really sorry but I cant. Bye. Thanks for everything." Irfan pergi tanpa menoleh kebelakang. Perempuan itu hanya menangis dan terus menangis. Seorang wanita tempatan cuba menenangkan wanita itu.

" Aku akan pastikan Irfan jatuh ke tangan aku dan aku akan balas dendam atas apa yang dia buat dekat perempuan lain!" Aku sudah bertekad. Irfan harus diberi pengajaran. Yoo Jun hanya memberi senyuman sinis padaku dan aku membalas dengan senyuman sinis juga.

"Aku akan tolong kau buat plan. Kau hanya perlu siapkan diri sahaja." Yes,that's my twins.Yoo Jun memang hebat dalam merancang sesuatu.

Pada hari itu juga,aku shopping dress paras lutut,skinny jeans. Short pants material jeans,kemeja plain and kotak. High heels,sneakers,handbag teenagers and last but not least,makeup set berharga RM3000 dalam matawang Malaysia. Jenama innisfree and Etude house.

Esok pada tarikh 27/4 akan bermulalah projek memikat playboy. Aku tersenyum sinis.

"Baliklah jom. Semua barang dah ada." Kataku pada Yoo Jun yang sedang khusyuk main Iphone 6s miliknya.

"Ada something yang kau belum beli lagi." Aku membuat mimik muka 'apa dia?'

"Necklace,cekak rambut,anting-anting..." Aku membuat mata putar kearah lawan jam sambil mengeluh. "Aku dah beli wehh."

"Yeke?" Yoo Jun hanya menyengih. Kakinya berjalan menuju ke lift untuk pergi ke rooftop iaitu tempat kami parking kereta.

____________________________________

Setiba sahaja dirumah kami terus menuju ke bilik masing-masing. Aku mengeluarkan semua baju yang aku beli dan aku gantung. Aku gosok semua baju dengan steam-Q iron. Senang gila nak gosok baju.

Selesai menggosok,aku mengambil semua kasut dan high heels. Aku susun di almari kasut mengikut kategori. Ada tiga kategori kasut. Kasut tutup,high heels dan sneakers. Selepas itu,cekak rambut aku letak di dalam almari. Necklace,gelang aku gantung ditempatnya. Handbag, di almari kaca.

"Done!" Aku mengeliat lega. Badan aku hempapkan diatas katil. Penat gila weh. Aku harap apa yang dirancang oleh kami akan berjaya. Kalau tak berjaya,maka tak berbaloilah apa yang aku korbankan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience