Bab 15

Romance Completed 8922

BAB 15

Aku pulang kerumah dengan niat nak bagi kejutan pada mama dan ayah. "Assalamualaikum!" Jeritku dari luar. Pintu dah terbuka. Aku masuk dan berjalan menuju ke ruang tamu.

Kelihatan semua sudah ada termasuk mummy,daddy dan....wait! Ashraf?!!

"Erm,kenapa semua ada dekat sini dan apa Ashraf buat dekat sini?" Ujarku sambil kaki dengan perlahan menuju kearah mereka. Kaki Ammar sudah laju meninggalkan ku dibelakang untuk mengalami orang tau kami.

Mama berjalan ke arah ku. Sehelai kertas dihulurkan padaku. Aku melihat mama,ayah,Alya dan kakak. Semua mengalirkan air mata. Mummy juga mengalirkan.

"Mira minta maaf. Mira tak berniat nak rahsiakan semua ni. Mm...mira..." Tak sempat aku nak habiskan ayat,Alya menyampuk.

"How dare kau sorokkan semua ni dari kami? Apa kami dah tak penting lagi untuk kau? Kau sakit,kami yang sepatutnya ada di sisi kau!" Alya beremosi. Tangisan semakin kedengaran.

"Mira tak nak korang sedih. Biarlah Mira yang rasa kesedihan sementara Mira masih hidup,Mira tak nak korang stress sepanjang masa sebab Mira. Mira tak nak tengok korang nangis sebab Mira. Mira nak pergi dengan tenang. Mira nak korang lepaskan Mira dengan hati terbuka. Ini takdir Mira. Mira sayang korang...." Suaraku semakin mendatar. Kepalaku menjadi sakit secara tiba-tiba. Pandangan aku menjadi kabur. Loya sudah dirasai.

Kenapa serentak ni? Aku jatuh terjelopok. Tangan menekan kepala. Dahi sudah berkerut. "Sayang!!" Ammar berlari ke arah ku. Ubat dari beg dikeluarkan.

"Ammar! Mira kenapa?" Tanya kakak dengan cemas. "Sakit dia menyerang. Tolong! Ammar nak air mineral!" Suasana menjadi klang kabut. Semua sudah cemas. Ini yang aku tak mahu. Aku tak nak mereka cemas sebab aku.

"Nah,air mineral!" Mummy menghulurkan air mineral pada Ammar. Ammar menghulurkan pil padaku. Aku masukkan pil itu pada mulut. Air diteguk. Aku macam nak muntah.

"Sana!!" Aku menolak Ammar. Serentak itu aku muntah. Ubat tadi juga aku keluarkan. Ini terlalu memeritkan. Aku pengsan.

____________________________________

Aku membuka mata. Sinaran memancar dan silau. Ammar baring dengan beralaskan tangan di sebelah ku. Aku tersenyum. Aku bermain dengan rambutnya.

"Abang,Abang nak tau tak,abang adalah second love Mira tapi abang jangan risau,walaupun Abang bukan yang pertama dalam hidup Mira,abang adalah yang terakhir dalam Mira. Special tu.

Masa first time Mira jumpa abang,Mira dah jatuh suka dekat abang. Tapi memandangkan abang dah ada anak,mesti abang ada isteri,jadi Mira give up. Rupa-rupanya abang duda. Time tu Mira dah nak.menjerit suka dah. Lagi-lagi abang ajak Mira jadi isteri abang.

Mira memang happy sepanjang hidup dengan abang. Dah lah ada suami baik macam abang,dapat anak instant pulak tu. Pandai lagi. Abang,Mira nak minta maaf pada abang kalau sepanjang kita bersama,Mira ada buat salah dekat abang. Mira harap abang maafkan Mira.
Katakanlah suatu hari nanti Mira pergi tinggalkan abang,Abang jaga Aryan bebaik tau. Jangan asyik pukul dia je. Nasihatkan dia. Mira sayang abang sesangat." Aku mengusap kepala Ammar dengan penuh kasih sayang. Air mata sudah mengalir.

Tiba-tiba Ammar bangun merenungku. Matanya sembab. Tiba-tiba dia memelukku. Aku membalas. Air mata jantannya mengalir dihadapanku. Hanya kerana aku,maruahnya jatuh di hadapanku,isterinya sendiri.

"Sayang,tolong jangan cakap bukan-bukan. Abang sayang dekat sayang. Tolong! Abang mohon jangan tinggalkan abang." Ammar mengetatkan lagi pelukannya. Aku mengusap kepala Ammar yang berada hampir dengan bahuku.

"In Shaa Allah Mira takkan tinggalkan abang. Tapi kalau Allah dah tetapkan Mira akan tinggalkan abang,macam mana? Mira tak boleh nak buat apa-apa." Pujukku. Ammar hanya menangis disusuli sedu-sedannya.

"Meh sini baring dengan Mira." Ammar meleraikan pelukannya lalu memandangku.

"Muat ke?"

"Muat. Abang baring mengiringlah. Peluk Mira." Ammar buat seperti yang aku cadangkan. Tengahari itu kami berbual.

Mungkin ini kenangan terakhir buat Ammar sebelum aku pergi. Stage 3 of cancer. Peluang hidup 50/50. Aku tak tau nak ikhtiar macam mana lagi dah. Aku buntu.

Pembedahan adalah ikhtiar terakhir. Aku harap pembedahan adalah ikhtiar terakhir dari Allah yang dapat menyelamatkan nyawa aku.

Ketika malam menjelma,Ammar bangun dan menuju ke tandas untuk mandi. Doktor Halisyah masuk. "So,macam mana keadaan awak sekarang Mira? Feel better?" Soal Doktor Halisyah sambil tangannya memegang sebuah fail dan dibelek pada meja di hujung katilku. Mencatat sesuatu.

"Ya,I feel better then yesterday." Ujarku sambil mengukir senyuman. "Oh ye,esok awak akan jalankan pembedahan sebab condition awak makin teruk. Jadi saya nak bagitau awak,peluang untuk awak hidup selepas pembedahan tak banyak. Jadi saya minta awak doa banyak-banyak." Aku mengeluh perlahan. Doktor Halisyah melangkah keluar.

Memikirkan apa yang harus aku lakukan. Ammar keluar dari tandas sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.

"Sayang okay?"

"Okay je. No worries." Aku mencipta senyuman palsu pada Ammar. Malam itu aku memeluk Ammar dengan erat sekali. Aku harap sangat dapat memeluknya selepas ini. Tapi apa yang akan terjadi hari esok, tiada siapa tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience