Bab 7

Romance Completed 8922

BAB 7

"Yoo Jun,cepatlah!!!!" Jeritku dari bawah. Tangan kiri sedang ligat memakaikan tangan kanan jam tangan berjenama Cartier.

Yoo Jun turun dengan laju. Dia menyambar roti sardin buatanku diatas meja dan berlari keluar. Aku mengikutinya. Dia menstart enjin kereta. Aku mengunci pintu rumah.

Yoo Jun membawa kereta Asia menuju ku Universiti dimana kami akan menuntut ilmu perubatan. Setiba sahaja di universiti itu,kami terus menuju ke pejabat yang menempatkan dekan fakulti tersebut.

Dekan itu membawa kami menuju ke kelas. "Prof.Ikmal,ini pelajar baru kelas awak. Nanti awak tolong tunjukkan sekali bilik-bilik kuliah kita ye? Thanks." Dekan itu berjalan pergi.

Kami berjalan masuk kedalam bilik kuliah. "Okay guys,hari ni korang ada budak baru yang akan join kita. Sila kenalkan diri masing-masing."

"Hai guys. Saya Nur Amira Fauzana Binti Muhd Arman. Berumur 19 tahun. Nice to meet you guyss." Kataku sambil melambai tangan dan mengukir senyuman.

" Hai guys. Nama saya Kim Yoo Jun. Berasal dari Korea Selatan dan berpindah kesini kerana nak join kawan saya balik Malaysia." Ujar Yoo Jun sambil memeluk bahuku. Kami berhi-5.

Semua menyambut kedatangan kami dengan baik. Alhamdulillah. Kelas pertama berjalan dengan baik. Selepas kelas, Prof. Ikmal menyuruh kami mengikutinya untuk dia tunjuk bilik-bilik kuliah.

"Amira,awak ni adik Afira Firzanakan?" Aku tersentak. Macam mana dia boleh tahu? Aku berlagak biasa.

"Ya saya. Macam mana prof tau?" Aku memandang Yoo Jun lalu menunjukkan muka risau. Yoo Jun menenangkan aku.

"Saya abang ipar awak."

"Hah?! Biar betul?! Wow,daebak! Lepas ni kau nak buat apa? Bagitau isteri kau dengan mak mertua kau aku dah balik malaysia,lepas tu dia orang akan datang cari aku dan halau aku dari Malaysia?!" Okay...aku tak tau kenapa aku jadi macam ni. Selalunya aku tenang.

"Wow,rilek Mira. Saya takkan bagitau diorang. Tapi satu je awak kena tau,kakak dan mama awak terlalu rindu dekat awak. Ayah awak sekarang ni pun dah tak tinggal dengan diorang. Dengar kata ayah awak kahwin lain tapi.... tak pasti lagi." Jelas Ikmal. Aku hanya mengukir senyuman sinis .

Aku pergi jalan dan meninggalkan Ikmal. Kisah pulak aku,ayah tinggal dengan diorang ke tak,ayah balik ke tak,diorang rindu aku atau tak? Aku tak pernah kisah.

Telefon aku ambil dan aku dail nombor ayah. Punggung aku labuhkan dibangku yang disediakan oleh pihak universiti disitu.

"Hello Mira,Mira kat Malaysia ke ?" Tanya ayah dari hujung talian. Macam mana ayah aku boleh tau? Kod nombor telefon.

"Yup! Ayah buat apa?" Soalku pada ayah. Aku menyuruh Yoo Jun mengeluarkan laptot menggunakan isyarat. Aku berbual dengan ayah sambil tanganku lincah menekan keyboard laptop. Setelah apa yang aku cari dapat,aku mematikan talian.

Alamat ayah menggunakan GPS. Damansara. Tak adalah jauh sangat. Aku perlu cari tau samada ayah kahwin lain atau tak. Sekejam aku kat mama,tak adalah sampai nak biarkan dia sengsara sampai bermadu.

"Jom Yoo Jun. Kita pergi Damansara."

"Kau nak buat apa? Nak cari tau,ayah kahwin lain atau tak?" Aku membiarkan pertanyaan Yoo Jun berlalu. Kereta Axia itu laju membelah jalan raya menuju ke Kota Damansara.

Setiba sahaja di alamat yang tertera di telefon ku,aku menekan loceng rumah itu. Topeng muka dibetulkan. Seorang wanita berusia 40-an keluar.

"Ya,cari siapa?" Tanya wanita itu dengan nada sedikit sombong. Aku tersenyum sinis.

"Betulkan ini rumah Encik Arman Bin Arif?" Yoo Jun bersuara. "Ye betul dan saya isteri dia." Oh yeke? Ada aku tanya?

"Saya nak jumpa Encik Arman sekejap sebab ada hal yang perlu diselesaikan." Wanita itu memandangku dengan pandangan yang pelik. Dia membuka pagar. Serentak itu aku menolak ketepi tubuhnya.

Dia menjerit. Aku menyerbu rumah. Ayah sedang minum kopi sambil baca surat khabar. What the hell?!

"Ayang,tengok perempuan ni?! Dia tolak saya!" Ayang?! Eii,mama tak ada pon nak bahasakan diri dia ayang dekat ayah.

"Siapa awak,dan apa tujuan awak datang sini?" Ujar ayah dengan nada marah. Aku tersenyum sinis. Topeng yang menghiasi wajah aku buka.

"So,ayah kahwin lain? Biarkan mama terkontang-kanting dekat rumah. Wow,nice huh?! Ayah tak suka kakak pakai seksi,tapi tengoklah ISTERI MUDA ayah lagi teruk dari kakak! Sekurang-kurangnya kakak tak kale rambut dan cukur kening. And lagi satu,dia ni buat pembedahan plastik dekat bahagian mata and....dagu." ujarku.

Aku dan Yoo Jun melabuhkan punggung disofa. "Ayah,ayah boleh explain dekat Mira. Ayah kahwin dengan dia bersebab. Ini semua sebab mama kamu tak jaga ayah betul-betul."

"Setahu Amira,mama jaga ayah betul. Makan pakai semua dijaga rapi. Ke ayah dah kena ubat guna-guna dari betina ni. Nampak gaya macam pelacur tak..."

PANG!

Tak sempat aku nak habiskan ayat,tangan ayah menyinggah dimukaku. Wow,ini dah lebih. Aku terjatuh. Bibir mengeluarkan cecair panas.

"Ya Allah Amira anak mama! Apa yang awak buat ni?! Hanya pasal perempuan ni awak sanggup tampar anak kita sampai bibir dia berdarah!" Mama,itu suara mama. Aku rindu mama.

"Mira....Mira..ayah tak sengaja." Ujar ayah. Kepalaku semakin pusing. Mata sudah memberikan dua biasan gambar. Akhirnya aku rebah. Benda akhir yang aku ingat ialah.....suara kakak dan ibu menjerit nama aku serentak.

____________________________________

Aku membuka mataku sedikit demi sedikit. Terasa tanganku digenggam oleh seseorang. Aku menoleh.

Kakak. Dialah Afira Firzana. Seorang kakak yang aku belum pernah rasa kasih sayang darinya. Aku tersenyum. Terharu pulak dia boleh jaga aku kat hospital ni.

"Kakak,adik terima kasih sangat-sangat sebab kakak sudi jaga adik time adik macam ni. Adik teringin sangat nak rasa kasih sayang kakak dekat adik. Adik teringin sangat nak tau kenapa kakak benci adik. Dulu,adik senyap-senyap belajar taekwando sebab adik tau akak selalu kena buli dengan minat gendut tu. Lepas je adik yakin adik dah boleh lawan dengan geng gendut tu,adik jumpa diorang,habis diorang kena belasah dengan adik. Adik warning diorang jangan kacau kakak adik yang cantik ni lagi kalau tak adik toreh muka diorang. Hahaha... thanks akak. Walaupun adik luahkan time akak tidur tapi adik rasa okay. Adik say...." Aku tak sempat nak habiskan ayat sebab terasa cecair menitis di tangan ku yang digenggam oleh kakak.

"Kakak tak tidur lagi ke?" Soalku. Kakak mengangkat wajahnya yang masih mengalir air mata. Dia pantas berdiri dan memelukku.

"Adik,kakak minta maaf. Kakak abaikan adik. Kakak buli adik,fitnah adik. Kakak minta maaf kalau selama ni kakak buat adik rasa terpinggir. Kakak tak boleh nak benci adik tapi kakak ego. Kakak minta maaf. Kakak janji lepas ni kakak takkan abaikan adik lagi." Aku membalas pelukan kakak.

"Adik dah lama maafkan kakak." Ujarku ringkas. Aku mengukir senyuman. Rasa bersyukur menerpa dalam hati. Alhamdulillah. Akhirya,aku sudah berbaik dengan kakak.

Kami berbual. Aku juga sudah tau apa penyebab selama ni mama dan kakak benci aku. Masa aku berumur 2 tahun,aku suka bermain diluar rumah. Sudah banyak kali mama dan papa tegah namun aku tetap melakukannya.

Satu hari,aku keluar dari rumah sebab pagar sudah sedia terbuka. Sebagai kanak-kanak,aku tak dapat berfikir. Yang aku dapat fikir ialah keseronokan. Tiba-tiba ada satu kereta menuju ke arah ku. Tiba-tiba ada satu tangan menolakku ketepi.

Muhd Arfan Fauzan.Abang aku. Ketika itu dia berumur sepuluh tahun. Abang adalah anak kesayangan mama. Sejak itu mama menyalahkan aku atas apa yang terjadi dan semenjak itu,mak Mah yang jaga aku. Mama sudah mengabaikan aku.

"Tapi, adik tak tau pun kita ada abang."

"Memanglah adik tak tau sebab mama dengan ayah nak rahsiakan perkara ni dari adik. Dah lah. Cepat tidur. Esok ada check up dari doktor."

Aku hanya tersenyum. Mata aku pejam rapat. Tangan kakak aku genggam. "Tidur ye. Esok kakak masak bubur untuk adik. Love you." Aku tersenyum tanpa kakak sedari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience