Bab 16

Romance Completed 8922

BAB 16

Strecher ditolak menuju ke bilik pembedahan. Tiba dihadapan bilik pembedahan,strecher itu berhenti.

"Mira kena kuat tau. Kau tak boleh tinggalkan aku. Aku nak kau jadi pengapit aku. Itu amanah."-Alya

"Anak mama kuatkan? Jadi Mira kena kuat. Tak boleh lemah. Mama ada banyak masa lagi nak spend dengan Mira."-Mama

"Mira tak boleh tinggalkan Ammar. Kesian Ammar. Mira nak tengok Ammar sedih ke? Takkan? Jadi,mira kena jayakan pembedahan Mira."-Mummy.

"Mama,mama nak tinggalkan Aryan macam mama Aryan sebelum ni ke? Sampai hati mama. Mama dah tak sayang Aryan! Tak nak kawan mama!"- Aryan

"Sayang,ingat apa abang cakap sebelum ni. Sayang kena selamat."- Ammar.

Aku memandang semua orang yang berada dihadapanku. Ayah dan Daddy hanya senyap. Aku menitiskan airmata. Strecher ditolak masuk.

"Jap." Aku menyuruh nurse itu berhenti sejenak. "Maafkan Mira. Halalkan makan minum Mira selama Mira hidup dalam dunia ni bersama korang. Jagakan Aryan dengan Ammar kalau pembedahan Mira tak berjaya. Mira minta maaf kalau janji Mira terhadap korang tak dapat Mira laksanakan." Ujarku. Mama terduduk di kerusi.

Strecher ditolak masuk kedalam bilik pembedahan. "Mira,awak sedia?" Seorang doktor bertanya. Aku mengangguk. Sebelum pembedahan berjalan,doa dibacakan oleh seorang doktor islam.

_____________________________________

NO ONE POV

Puan Rosilah duduk di kerusi. Hatinya tidak henti-henti mendoakan keselamatan anak bongsunya. Dia terkenang layanannya terhadap Amira suatu ketika dahulu.

Dia merasa dirinya kejam. Terlalu kejam. Air matanya yang baru sahaja berhenti keluar kembali. Encik Arman menuju kearah isterinya. Bahu isterinya dipeluk erat. Kepala isterinya ditolak agar bersandar pada dadanya.

"Abang,Mira akan selamatkan? Roa takut bang..."

"In Shaa Allah Mira akan selamat. Kita doa ye." Pujuk Encik Arman pada isterinya. Semua wanita yang penat menangis tertidur.

Ammar yang baru balik dari surau melihat mummynya yang tertidur bersandarkan bahu daddynya.

Dia sudah puas membuat solat hajat. Ammar berharap sangat agar Allah memakbulkan doanya. Aryan juga mendoakan kesejahteraan Amira bersamanya. Sudah berapa jam Mira didalam bilik pembedahan tapi tiada lagi khabar berita.

Dua jam kemudian,seorang doktor keluar dengan wajah penat bercamour kecewa. "Macam mana keadaan isteri saya doktor?" Soal Ammar sambil memegang lengan doktor itu.

Doktor itu menggeleng lemah. Puan Rosilah meraung. Dia sudah kehilangan anak bongsunya. Tiba-tiba seorang nurse berlari dari bilik operation dan menuju ke doktor itu.

"Doktor,mesin menunjukkan pesakit masih bernafas. Kita ada peluang lagi!"

"Allah! Ini keajaiban. Saya mohon semua berdoa. Kalau boleh solat hajat." Doktor itu berlari masuk. Pintu ditutup kembali.

Semua menuju ke surau kecuali Alya kerana...you know. Alya berjalan ke hulu dan kehilir di hadapan pintu.

'Mira,kau kena selamat. Kuatkan semangat. Please. Ya Allah,kau berikanlah kekuatan pada sahabatku. Kasihanilah dia. Berikanlah dia peluang untuk mengecapi kebahagiaan didunia ini. Ya Allah,makbulkan doa hambamu yang baru mengenal agamamu yang sebenar ini.' Alya berdoa didalam hatinya. Dia duduk dan bersandar pada kerusi. Mata dipejam merehatkan minda.

"Alya..." Alya menoleh kearah suara yang memanggil namanya. Alya kaget. Dia menuju kearah insan yang memanggilnya tadi.

"Amira... kau dah pulih ye?" Alya berkata sambil memeluk Amira. Amira merungkai pelukan itu. Dia memandang mata Alya sedalam dalam nya.

"Alya,kalau aku tak dapat diselamatkan,aku mohon kau jaga family aku macam mana kau jaga family kau. Aku nak kau tabahkan diri kalau aku tak ada. Sampaikan kat semua ,aku sayang di orang." Ujar Amira. Bayang-bayang Amiea semakin jauh.

Alya cuba mengejar sambil menjerit nama Amira. "Amira!!!" Alya tersedar dari lenanya. Dihadapannya sudah ada Puan Rosilah. "Mama,Alya mimpi Amira ma... Maa...Mira tak akan tinggalkan Aku akan maa?" Tanya Alya pada Puan Rosilah. Puan Rosilah hanya senyap tidak memberi respon.

Alya mengeluh perlahan. Dia menyandarkan kepalanya kembali pada dinding. Otaknya ligat berfikir pelbagai perkara.

Pintu operation room dibuka oleh seorang doktor. "Doktor,how?" Ammar bertanya. Matanya terpancar penuh pengharapan. Hati masih tidak putus berdoa.

"Alhamdulillah,pembedahan berjalan dengan lancar tapi pesakit memerlukan rehat. Pesakit dah dipindahkan ke wad biasa kerana sudah melepasi tahap kritikal." Ujar doktor itu sambil tersenyum.

Semua mengucapkan syukur. Ammar sudah membuat sujud syukur. Doktor itu berlalu. Alya mengalirkan air mata gembira. "Alya,temankan akak pergi shopping yok. Akak nak buat doa selamat." Alya mengangguk. Alya dan Afira berlalu pergi.

____________________________________

"Selepas pembedahan atau rawatan-rawatan lain,pesakit melalui beberapa ujian untuk mengetahui keberkesanan rawatan yang telah diberi dan memantau sebarang kemungkinan berlaku semula tumor tersebut . Saya juga akan memaklumkan bilakah prosedur-prosedur pengimbasan atau ujian-ujian lain perlu dijalankan.Juga, jika terdapat apa-apa masalah kesihatan yang luar biasa, maklumkan kepada saya dengan kadar segera." Terang doktor itu pada Ammar.

"Baik doktor. Terima kasih." Doktor itu berlalu. Ammar duduk di kerusi yang tersedia disebelah katil isterinya. Tangan isterinya dipegang.

"Thanks sayang. Sayang dah tepati janji sayang." Ujar Ammar. Ammar mengucup tangan isterinya. Akhirnya dia tidur akibat kepenatan sambil memegang tangan isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience