Bab 13

Romance Completed 8922

BAB 13

Setiba sahaja di Australia,kami terus menaiki kereta yang disewa oleh Ammar menuju ke rumah yang Ammar beli di sini.

Rumah yang agak besar. Rumah teres berjarak. "Abang,abang dokong Aryan. Dia tertidur ni." Ujarku pada Aryan yang sedang sebuk mengangkat barang ke dalam rumah.

Ammar mengambil Aryan dari pangkuan aku. Arhhhhh....leganya badan. Aku melangkah keluar dari kereta dan masuk kedalam rumah. Boleh tahan rumah ni. Lengkap. Bercirikan moden. Cantik sangat. Typical rumah orang putih kat sini.

"Sayang,tolong abang angkat luggage tu ke atas." Aku berjalan menuju kearah Ammar dan mengambil luggage yang berada di sisi nya.

Akhirnya kami selesai mengemas barang dengan bantuan orang tempatan disini. Boleh tahan ramah diorang tu. Aku dan Ammar pergi keatas untuk membersihkan diri. Selesai sahaja aku membersihkan diri,aku terus menuju ke bilik Aryan.

"Aryan...bangun sayang. Dah senja ni. Mandi." Aku menepuk paha Aryan dengan perlahan. Aryan terpisat-pisat bangun. Selesai megejutkannya,aku menuju ke bawah.

"Sayang,masakkan abang Spaghetti Carbonara."

"Okay." Aku berlalu menuju ke dapur dan bahan-bahan untuk buat spaghetti aku keluarkan. Nasib baik petang tadi sempat beli bahan dapur. Kalau tak,makan luarlah jawabnya.

"Mama,nanti Aryan nak sekolah dekat mana?" Soal Aryan sambil mulutnya mengunyah snacks. Papa dengan anak sama je. Haihh..

"Umur Aryan dekat sini 6 tahun tau. Bukan 5 tahun. Jadi Aryan,mama akan hantar pergi sekolah." Aryan menjerit keriangan. Aku dan Ammar hanya tersenyum.

Kami menonton movie bersama. Aku duduk disebelah Ammar manakala Aryan baring di peha aku. Aku melihat Aryan. Dah terlelap budak ni.

"Abang,angkat Aryan naik bilik dia. Kita tidur terus. Esok,macam-macam nak diurus. Kita tidur awal." Ammar hanya mengangguk. Dia mengambil Aryan dan menapak keatas.

Aku mematikan plug tv. Semua tingkap aku check untuk pastikan sudah dikunci. Setelah yakin semuanya selamat,aku menuju keatas.

Ammar sudah baring. Aku merebahkan diri disebelah Ammar. Lengannya aku tarik dan tegakkan. Aku meletakkan kepalaku di lengannya.

Rasa selamat. Itu yang aku rasa. Ammar bermain dengan rambutku. "Sayang,sayang belum bersedia lagi ke?" Ark,apakah jenis soalan ini. Aduhh,aku tak pasti pasal benda ni.

Aku takut kalau benda yang terjadi pada isteri first Ammar berlaku pada aku tapi aku isteri dia. Aku wajib laksanakan kalau dia nak.

Aku memandang Ammar. "Err,saya takut." Ammar mengusap pipiku. Dahi aku dicium. " Abang selalu ada untuk sayang. Kita usaha okay. In Shaa Allah penyakit sayang akan sembuh." Ammar memberi semangat pada aku.

"Mira benarkan dan Mira sedia." Ujarku dengan nada berketar. "Thanks." Dengan lafaz bismillah,kami melaksanakan tanggungjawab batin.

••^••^••^••^••^••^••^••^••^••^••^••^••^••^

Selesai sahaja mendaftarkan Aryan disekolah barunya,kami menuju ke hospital tempat aku akan mendapatkan rawatan.

"Abang,Mira takut lah. Macam mana kalau dia cakap Mira hanya ada peluang nipis untuk hidup?" Tanganku bermain dengan kain. Takut membelenggu diri. Ammar mencapai tanganku dan digenggamnya.

"Mira...tak baik doa macam tu sayang,dosa tau. Doa benda yang bebaik je. In Shaa Allah sayang akan selamat." Ammar memberikan kata-kata semangat padaku. Aku mengukir senyuman. Rasa bersyukur sebab dikurniakan suami macam Ammar.

Setiba sahaja di hospital,kami terus menuju ke kaunter,kami bertanyakan tentang appoinment bersama seorang doktor bernama kelly.

"Oh,encik dan Puan boleh jalan terus dan sampai hujung tu belok kiri. Bilik doktor kelly sebelah kanan. Nanti kat pintu tu ada tulis nama doktor kelly." Kami mengangguk dan perjalanan mengikut arahannya.

P/s:Saya tak terror bi,jadi saya buat org australia ckp melayu.

Pintu diketuk. Apabila ada perkataan 'come in' disebut oleh orang yang berada didalam bilik,kami memulas tombol pintu dan masuk.

"Have a sit." Suruh doktor itu. Dia ni macam umur 40-an tapi aku yakin dia baru lewat 30. Aku duduk dihadapan doktor itu. Senyuman diberikan apabila dia mengangkat muka.

"So,can I check your condition Madam Amira?" Aku mengangguk. Aku mengikutinya melakukan pemeriksaan. Ammar hanya menunggu.

Selesai melakukan pemeriksaan,kami kembali ke tempat tadi. "Okay,I think that you both know how Madam's Condition is. Saya tak boleh jamin dia akan dapat diselamatkan kalau melakukan rawatan disini. Tapi jangan risau,saya akan usahakan." Ujar Doktor Kelly.

"Puan Amira adalah penghidap kanser barah otak,jadi kami akan jalankan kami tetapi selepas biopsi dilakukan. Kami akan lakukan pembedahan untuk keluarkan barah tu. Tapi risiko dia agak tinggi. Walaupun pembedahan dah dijalankan,kami tak sure 100% barah tu dah hilang."

Aku menggenggam tangan Ammar kuat. "Abang,macam mana ni?" Kataku pada Ammar dengan nada terketar-ketar. Air mata sudah gugur.

"Tak ada rawatan lain ke doktor??" Ammar bertanya pada doktor kelly dengan nada kerisauan. Doktor kelly mengeluh.

"Ada tapi di Malaysia. Hospital Gleaneagles Kuala Lumpur (GKL) menjadi hospital pertama di Malaysia yang mengaplikasikan sistem Leksell Gamma Knife Perfexion iaitu teknik pisau gamma paling canggih pada masa kini dalam rawatan tumor otak.

Walaupun pada dasarnya menggunakan perkataan pisau, ia sebenarnya tidak melibatkan langsung penggunaan pisau pembedahan atau scalpels.
Sebaliknya, ia merupakan satu bentuk radiosurgeri, iaitu prosedur bukan membabitkan pembedahan terbuka sebaliknya menggunakan pelbagai sumber sinaran untuk sasaran dan merawat keabnormalan dalam otak, dengan kesan minimum pada tisu sihat.

Pisau merujuk kepada 192 pancaran atau sinaran tepat yang memberi tumpuan kepada kawasan yang disasarkan yang akan mengecut sedikit demi sedikit. atau menghentikan terus pertumbuhannya.
Sistem Leksell Pisau Gamma menawarkan pembedahan stereotaktik tanpa insisi (potongan) yang tidak menyakitkan dan dilaksanakan dengan ketepatan paling tinggi untuk mengecilkan tumor dan membunuh sel-sel kanser tanpa menjejaskan tisu-tisu sihat di sekitar bahagian yang disasarkan untuk rawatan. Tapi saya tak dapat jamin ia 100% sembuh." Terang Doktor Kelly panjang lebar.

Pulak dah! Ammar ni mesti tak check betul-betul. Dah membazir duit nak pergi Malaysia balik.

Kami menuju kerumah. "Abang nak tempah tiket ke?" Tanyaku pada Ammar yang baru menghempaskan punggungnya disofa akibat kepenatan memandu.

"A'ah." Jawab Ammar ringkas. Aku melabuhkan punggung disebelah Ammar. "Abang,Mira minta maaf kalau penyakit Mira ni menyusahkan abang." Aku mengurut lengan Ammar. Mesti lenguh.

"Tak adalah sayang. Abang tak kesah pon asalkan sayang sembuh. Jap lagi kita ambil Aryan lepas tu kemas baju je. Esok kita bertolak." Ujar Ammar sambil kepalanya landing diatas bahuku.

Ya Allah,aku bersyukur sangat sebab kau bagi aku suami macam Ammar ni. Thanks ya Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience