Bab 1

Romance Completed 8922

Bab 1

Bangun sahaja dari tidur,aku terus menuju ke bilik air dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat asar. Selesai sahaja menunaikan solat asar,aku kembali baring diatas katil.

Samsung Galaxy A5 milikku aku capai. Whatsapp dibuka. Group 'MSA the SMART' aku buka.

Shaf: korang!! Esok result nak keluar, pergi sesama yok! Aku ambik korang!

Arin: Aku okay je. Mira!!Mira!!!

Aku: ye,aku kat sini. Aku on je.

Inilah aku,aku suka sembunyikan perasaan aku. Aku suka buat macam tak ada apa-apa jadi bila depan kawan aku sampaikan dia orang tak tahu aku ada masalah dengan family aku.

Ketika makan malam aku turun. Gila kau tak makan. Gastrik nanti sapa susah. Aku jugak. Sapa risau? Aku jugak.

"Aik, baru sekarang kau nak turun. Aku ingat kau nak mogok taknak makan sampai kau mati kat bilik tu." Afira bersuara apabila aku tiba. Aku melabuhkan punggung disebelahnya.

"Fira,tak baik cakap adik kamu macam tu!" Ayah menegur. Afira hanya mencebik. Aku mendiamkan diri. Mama datang dengan makanan favourite aku,chicken chop! Tapi aku tau itu bukan untuk aku.

"Mira punya chicken chop takda. Kalau nak buat sendiri. Mama buat untuk kakak kamu je." See. Aku tau.

"Awak ni Ros,awak taukan itu favret Mira jugak. Kenapa awak ni? Saya tak pahamlah dengan awak ni. Benda lepas tu lepaslah. Dah itu takdir Allah. Awak nak saya buat macam mana?!!" Ayah menghempas pinggan di meja. Habis pinggan itu pecah. Cebisan kaca masuk di setiap lauk termasuk chicken chop Fira.

"Ayah,apa ni? Habis chicken chop Fira!" Ayah memandang Fira pantas. Dengan sekelip mata, PANGG!!

"Inilah anak yang awak didik. Tak reti nak solat,pakaian menjolok mata,kurang ajar,agama apa kau anut hah Fira?! Kristian?! Yahudi?! Buddha?! Cuba cakap dengan aku! Dengar sini Ros,aku akan hantar Mira ke luar negara,kau jangan nak mencari dia. Bila aku jenguk dia nanti kt abroad aku takkan bawak kau melainkan dia balik Malaysia!" Ayah mengamuk habis-habisan. Pertama kali dalam sejarah.

Tapi....benda dah lepas?? Apa benda tu? Sebab benda tu mama benci aku? Ya Allah,penasaran aku dibuatnya. Tangan aku ditarik ayah.

Kami menaiki kereta Ferrari milik ayah. Laju ayah bawak. Aku hanya membiarkannya. Ayah singgah mall. Kami berjalan. Kami hanya senyap je.

Sehinggalah..."Mira carilah baju untuk esok nak pergi sekolah amik result. Lepas tu cari baju 4 or 5 helai. Ayah tunggu dekat Pizza Hut. Amik kad kredit ni." Ayah menghulurkan kad kredit gold platinum padaku. Gold platinum kau!! Wahhh!!

"Ok...okay ayah." Mata ayah membulat. Matanya bersinar. Dia memelukku. Erat sangat. "Thanks sayang,akhirnya Mira nak bersuara dengan ayah. Dah 7 tahun Mira tak bersuara dengan ayah." Itulah fakta. 7 tahun,sepatah haram pon aku tak bersuara dengan keluarga kau. Aku hanya mengukir senyuman.

Kaki berjalan menuju ke butik. Sehelai kain satin labuh aku capai. Baju kemeja plain berlengan panjang dan sehelai wide shawl. Ni semua untuk pergi ke sekolah.

Selepas itu aku berjalan lagi. Singgah di Reject Shop. 4 helai skinny jeans aku capai. 2 helai blue-black,2 helai black. 4 helai singlet dan 4 helai kemeja panjang. Hipster baybehh!

'Adik-adik' tak aku lupa. Kasut juga. Okay semua ada. Siap! Aku menuju ke Pizza Hut. Kelibat ayah aku cari. Ayah tengah berbual dengan seorang perempuan yang berhijab. Siapa agaknya?

"Assalamualaikum." Aku duduk sebelah ayah. "Waalaikumsalam." Mereka menjawab serentak sambil tersenyum.

"Cepatnya Mira habis shopping." Ayah bersuara. "Apa yang mira nak beli,mira dah set dalam otak." Jawabku ringkas.

" Mira,ni ayah nak kenalkan,ini adik ayah yang paling bongsu." Dahi aku berkerut. Aku memanglah tau ayah ada adik bongsu perempuan tapi takkanlah semuda ini. Macam 30-an je.

"Nama maksu Qaira. Umur mak su baru 34. Maksu duduk Korea selama ni. Sebab tu mira tak pernah nampak maksu sebab mak su tak pernah balik Malaysia sejak maksu kahwin masa umur kamu dua tahun." Mulut aku membentuk 'O'.

"So...,kenapa maksu balik?" Soalku sambil menundukkan kepala. "Mak su balik sebab ayah kamu suruh maksu jemput kamu untuk tinggal dengan maksu." Serentak itu aku memandang maksu dengan wajah terkejut.

Aku memandang ayah dengan kurang percaya." Betul ke ayah?!" Ayah hanya mengangguk. Aku memeluk ayah. "Thanks ayah!!!"

Mesti korang fikir aku nak menangis,pukul ayah aku,merajuk?? Memang taklah. Dah lama aku impikan nak jejak Korea. Tak sabar nya!!!

______________________________________

MSA the SMART

Aku: korang!! Esok aku datang sendiri. Jangan datang rumah aku tau. Aku tak ada dekat rumah.

Shaf: Lah...kenapa? Ishhh kau ni.

Aku: Esok aku promise aku cerita. Arin mana?

Shaf: Manalah aku tau Arin mana. Serulah nama dia.

Aku: Nurul
Arina
Raihan
!!!!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience