Epilog

Romance Completed 8922

EPILOG

Tiga tahun kemudian,

Ammar berjalan menuju ke perkuburan islam. Setiba sahaja dikubur yang dimaksudkan,dia membentang tikar.

"Aryan,meh sini duduk sebelah papa."

"Baik pa." Aryan melabuhkan punggung disebelah ayahnya. Yassin dibaca bersama.

"Aryan,air mawar papa mana?" Aryan menyengih. Dia berlalu kearah kereta untuk mengambil air mawar. Baru separuh jalan,namanya dipanggil. Aryan mendongakkan kepala.

"Eh,mama. Mama kenapa turun. Kan papa suruh duduk dekat kereta." Aryan mengambil air Mawar dari tangan Amira.

"Saja. Mama nak jugak melawat kubur mama yan." Ujar Amira sambil tersenyum. Mereka berjalan menuju ke arah Ammar.

"Eh sayang. Sayang tinggalkan Aryana dalam kereta sensorang ke?" Tengku Aryana merupakan anak mereka berdua yang baru berusia 1 tahun setengah.

Kini Amira mengandung lagi seorang. Kandungannya sudah berusia 7 bulan. "Taklah. Mira suruh pak Mat jaga sekejap." Ammar mengangguk. Dia menyiram kubur arwah isterinya.

"Dah jom kita balik. Nanti nak pergi rumah mama lagi." Mereka berjalan pulang. Kereta yang dipandu pak mat menuju ke rumah Puan Rosilah.

Setiba sahaja di rumah Puan Rosilah,orang dirumah itu sedang sibuk melakukan pelbagai kerja. Amira tersenyum.

Amira naik ke tingkat atas dan menuju bilik Alya." Woi pengantin baru!" Sapa Amira pada Alya yang sedang memakai shawl.

"Hoi mak budak! Tak ada adab eah? Kesian anak kau nanti." Mereka ketawa bersama. Aryana diletakkan di katil Alya yang penuh barang hantaran. Mereka berpelukan.

"Kau macam mana sekarang?" Tanya Alya pada Amira. Amira mengukir senyuman.

"Okay je. So dah ready nak kahwin dengan doktor Hafiz?" Amira membuat kening double jerk. Doktor Hafiz merupakan doktor yang bertanggungjawab atas pembedahan Amira waktu itu. Macam mana mereka boleh berkenalan pon masih Amira tidak ketahui. Tup-tup dapat pinangan dari Hafiz.

"Gila kau tak ready. Tapi adalah jugak nervousnya. Hihi. Btw,kau jumpa tak abang aku,isteri dia aka maksu kau dengan Farhan?" Tanya Alya.

"Oh,baru je tadi aku salam diorang."

_____________________________________

Malam sudah menjelma. Amira menuju ke bilik lamanya yang sudah lama tidak dia diami. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Ammar masuk kedalam bilik isterinya.

"Sayang...." panggil Ammar terhadap isterinya dengan nada mendayu. Ammar merebahkan diri disebelah isterinya.

"Ye abang." Amira menyahut panggilan Ammar dengan sopan. Ammar menarik lengan isterinya. Jari isterinya dibuat main.

"Thanks sebab tak tinggalkan abang. Kalau sayang pergi tinggalkan abang,abang tak tau macam mana nak hidup. Aryana pon mesti tak ada kat dunia ni." Ujar Ammar sambil memandang kearah puterinya yang sedang nyenyak tidur.

"No problemlah bang. Ini semua kekuasaan Allah. Kalau dia kata Mira mati masa pembedahan,Mira takkan ada dekat sini. Tapi abang and keluarga juga banyak usaha berdoa untuk Mira." Amira baring diatas dada bidang suaminya. Kini tangan Ammar beralih pada rambut ikal mayang Amira.

Rambut Amira masih nipis kerana dulu dia adalah pesakit kanser otak,jadi rambutnya banyak sangat gugur.

Malam itu mereka tidur nyenyak menanti hari esok. Mereka berharap hari esok merupakan hari indah bersama dugaan yang dapat ditempuhi bersama.

Kisah seorang Amira bukan hanya terhenti di sini. Pasti ada banyak liku kehidupannya yang menantinya. Aturan tuhan pasti indah. Janganlah kita cepat berputus asa. Usaha tangga kejayaan guys. Banyak kan berdoa. Semoga hidup anda indah selalu bersama orang yang tersayang.

THE END

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience