Bab 9

Romance Completed 8922

BAB 9

Aku bangun dari tidur. Aku menuju kebawah. Kelihatan ayah sedang berbual mesra dengan mama. Aku tersenyum. Semalam selepas sahaja perbincangan itu,aku suruh ayah tidur sini.

Wanita itu aku suruh tidur di bilik lain ditemani Yoo Jun. Ayah hanya bersendirian tidur di biliknya dulu. Mama tidur bersamaku semalam. Tapi aku tak pasti kenapa semalam aku terlalu dingin.

"Morning ma.." ucapku sambil mencium pipi mama. Wajah ayah tidak aku pandang dan aku buat dia tidak wujud disitu. Aku masih dingin dengannya.

Disebabkan hari ni cuti,aku nak rehat dekat rumah secukupnya. Assignment pasal kanser sudah aku hantar dekat abang lewat malam semalam. Nasib baik sempat,kalau tak habis markah aku!

Wanita itu turun dengan wajah cemberut. Dia ingin melabuhkan punggung disebelah ayah kami Yoo Jun cepat bertindak mengambil tempat itu. Aku menghadiahkan kenyitan pada Yoo Jun. Yoo Jun membuat kening double jerk.

Wanita itu ingin melabuhkan punggung dihadapan ayah iaitu di sebelahku namun mama cepat-cepat mengambil tempat itu. Kami hanya selamba. Wanita itu menghentak kaki tanda protes. Kami hanya buatbtak tahu. Begitu juga ayah.

Alhamdulillah,ayah sudah 'sembuh'. Tengahari menjelma. Seorang lelaki dengan pakaian pejabat datang sambil tangannya memegang briefcase.

Aku kenal itu siapa. "Silakan duduk uncle." Aku mempersilakan Uncle Firhad duduk. Uncle Firhad merupakan lawyer ayah. Dah 5 tahun tak silap aku.

"Mana ayah kamu? " Aku menuju ke balkoni tingkat atas dan memanggil ayah dan semua penghuni rumah. Ayah terkejut dengan kedatangan uncle Firhad. Mestilah terkejut. Aku yang call uncle Firhad supaya datang untuk melakukan sesuatu.

"Apa yang kau buat kat sini Fir?" Soal ayah pada Uncle sambil melabuhkan punggung disebelah uncle Firhad.

"Ayah still ingatkan pilihan yang Mira bagi dekat ayah semalam. So hari ini,Mira dah suruh Uncle Firhad buat surat mahkamah. Ayah cuma perlu pulih mana satu surat yang ayah nak sign." Uncle Firhad menghulurkan dua helai kertas padaku. Aku baca setiap detail yang berada di dua helai kertas itu. Setelah puas,aku berikan pada ayah.

"Mira,ayah belum bersedia lagi..."

"Sama ada ayah bersedia atau tak,itu bukan masalah Mira." Kataku laju memotong percakapan ayah. Ayah mengeluh. Dia mencapai surat untuk menceraikan mama dan tiada hubungan dengan kami. Aku terkejut. Mama menangis. Wanita itu tersenyum kemenangan.

Tapi sangkaan ku meleset sama sekali. Ayah mengoyakkan kertas itu. Terus mati senyuman wanita itu.

"Ayang,please dont do this to me. I really love you and I really mean it." Aku tersenyum sinis. Ya,You really love my dad....money!

Ayah aku menurunkan sign diaurat yang tertera untuk menceraikan Siti Rogayah Binti Masdon. Nama Rogayah tapi nama glamour,Yaya. Nak ketawa pon ada masa aku tau tu. Hahaha

Rogayah menangis. Ayah menuju kearah mama dan memeluk mama. Akhirnya,family aku akan bahagia lepas ni. Ya Allah,aku bersyukur sangat.

_____________________________________


"Ya Allah,kau ampunilah dosaku dan dosa keluarga dan dosa orang yang rapat denganku. Ya Allah,berikanlah aku kebahagiaan berkekalan. Berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi dugaanmu. Berikanlah Yoo Jun suami yang baik,yang soleh yang dapat membimbingku ke jalanmu Ya Allah. Ya Allah,terima kasih kerana memberikanku hidayahmu. Ya Allah,aku mohon kepadamu agar berikanlah hidayahmu kepada Kim Yoo Jun iaitu rakan rapat ku. Ya Allah sekiranya aku sudah tidak lama dimuka bumi ini,maka kau berikanlah aku saat-saat akhir didunia ini dengan kenangan yang indah. Amin..amin.. Ya rabbal Alamin.." Tapak tangan disapukan pada wajah. Telekung dan sejadah dilipat.

Tudung sarung dicapai dan aku turun kebawah. "Hye gaiss!" Semua mata memandang kearah dengan pandangan pelik. Aku tau kenapa diorang pelik.

"Adik ingat nak berhijrah." Semua membuat nada sama iaitu "Ohhh..." Aku hanya mengukir senyuman dan melabuhkan punggung di kerusi untuk menjamu makan malam.

"Adik,nanti pergi ruang tamu tau. Ayah ada nak cakap something." Aku hanya mengangguk. Selesai makan,aku terus pergi ke ruang tamu dan menunggu kedatangan ayah dan mama.

"Ada apa yang ayah nak cakap dengan adik?" Soalku setelah ayah dan mama mengambil tempat dihadapanku.

"Abang,awaklah cakap. Saya tak sanggup." Kata mama pada ayah. Aku dah semakin pelik.

"Awaklah cakap. Awak yang buat keputusan tadi." Kata ayah membalas kata mama.

"Apa sebenarnya yang mama dengan ayah nak cakap sebenarnya ni?" Kedengaran ibu menarik nafas dan menghembuskan nya. Okay....rilek Mira. You'll be alright.

"Sebenarnya, petang tadi ada orang datang meminang Mira dan mama....mama and papa terima pinangan tu."

"Ya Allah mama. Kenapa terima? Kenapa tak bincang dengan Mira dulu? Ini melibatkan masa depan Mira mama....." Aku tertekan. Bukan hanya pasal pinangan itu namun siapa yang meminang aku tanpa keizinan aku.

"Mira,mama dengan ayah minta maaf tapi kami ingat Mira okay sebab Mira kenal orangnya." Aku kenal orang tu? Aku mula memikirkannya.

"Siapa?" Soalku. Mama dan papa berpandangan sesama sendiri dan aku memandang mereka. Serentak mereka mengalihkan pandangan pada aku.

"Dia ialah......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience