Bab 5

Romance Completed 8922

BAB 5

Aku memakai dress berwarna putih dan dihiasi bunga pada bahagian dada dan plain di bahagian pinggang hingga paras atas lutut.

Cekak rambut reben aku pakai dikepala. Rambut depan aku sisir ke tepi. Rambut belakang dilepaskan pada paras bawah bahu dengan potongan layers.

Makeup natural sudah pon di touch up pada muka. Semua ni hanya mengambil masa 3 jam sahaja. Yoo Jun sudah bersiap.

"Okay girl,lets began our game!" Jerit Yoo Jun dalam kereta. Aku hanya tersenyum.

Setiba sahaja di kolej,ramai mata liar memandangku. Iyalah,sebelum ini aku hanya memakai legging jeans dan baju t-shirt lebar. Make up?? Bedak compact dan lip balms je.

"Are you Amira?" Tanya seorang lelaki US kepadaku. Dia memang popular dalam kalangan pelajar perempuan. Mempunyai paras rupa yang cukup baik,tinggi,atlet bola keranjang. Siapa tak kenal dengan Lio Anderson.

"Yes I am." Jawabku ringkas. Plan Yoo Jun yang pertama. Aku perlu bersikap angkuh dan jangan banyak cakap dengan lelaki.

Aku terus berjalan menuju ke kelas. Hari ini group aku akan menyampaikan presentation tentang physics in life.

Sesampai sahaja giliran kumpulan aku,kami terus memberi penerangan. Selesai sahaja penerangan aku menyoal pada rakan-rakan kelasku samada mereka mempunyai soalan atau tidak.

"I wanna ask you,why change? Its very drastic and make me suprise." Aku dah agak. Pasti soalan ini akan keluar. Tapi tak sangka cepat sangat.

"Please give me a question that related on what we discuss now." Kata Shadla iaitu salah seorang rakan group aku yang berasal dari africa.

Ramai yang mencebik muka. 30 saat...50 saat.. 1 minit. "Okay,you guys doing a good job in this presentation. You guys may sit now." Kami mematuhi arahan professor dan duduk di tempat masing-masing.

Selesai sahaja sesi kelas fizik,aku dan Yoo Jun menuju ke kantin untuk makan. Ramai lelaki membuat sweet. Aku hanya mengendahkannya.

Tiba-tiba kerusi di sebelah ku diduduki oleh seorang lelaki. 'Yes! Jerat hampir mendapatkan mangsa!' Aku menjerit keriangan dihati. Muka cuba dikawal agar tidak menunjukkan tahap kesukaan.

"Hai,queen." Huh? Queen? Queen kepala hotak hg! Aku senyap. Aku memandang Yoo Jun. Yoo Jun mengangguk kepalanya sedikit lalu pergi menuju ke gerai membeli makanan.

"Ermm,what is your name? Can I know where you come from?" Soal lelaki itu. Aku tersenyum. Aku mengangkat muka sambil tanganku menguak rambut kebelakang. Mata aku bulatkan sedikit.

"Wow! She's so beautiful...." Gumam lelaki itu tapi masih didengari aku. Akal sudah memikirkan rancangan selepas ini.

"Erm,can you repeat your question again?" Aku membuat suara lembut. Bukan nak menggedik tapi ini salah satu caranya.

"Huh? Oh, I just wanna know what is your name and where you come from?"

"Oh,my name is Amira and I came from Malaysia. Just like you." Aku ketawa halus. Macam best je jadi penggoda aka player ni.

"Oh... nice name huh? By the way,I am....." Tak sempat dia menghabiskan ayatnya aku menyampuk.

"Muhd Irfan Adham Bin Dato' Arham. I already know you. Awak kan player paling popular dekat kolej ni. Lelaki kacukan korea and chinese muslim. Am I right?" Soalku sinis. Dia menyengih. Aku pasti akalnya sedang berputar memikirkan jawapan kepada kata-kataku tadi.

"Arhhhh,mana awak dengar ni? I am not a Player. But the fact about my mix is true." Aku tersenyum. Mana kau dengar? Soalan tak masuk akal.Semua orang tahu. Sampaikan professor pon tahu.

iPhone 6 milikku yang tadi berada di tangan ku kini sudah berada ditangan Irfan. Aku tau dia nak ambil nombor aku. Aku hanya membiarkannya.

"Nanti I akan call you bila I free. Kita date ye." Ujar Irfan lalu pergi. Aku hanya tersenyum kemenangan. Siapa saja tak gembira bila perangkap buatannya sudah mengena pada mangsa.

"Good Job Amira." Yoo Jun muncul dihadapan aku sambil meletakkan dulang berisi makanan dimeja. Tapi satu saja yang menjadi persoalanku,kenapa Yoo Jun terlalu bersemangat untuk mengenakan Irfan? Adakah dia salah satu mangsa Irfan?

"Yoo Jun,jujur dengan aku,kau ada rahsiakan something dari aku ke?" Yoo Jun tersentak. Dia kelihatan gugup. Dia duduk dihadapan aku.

"Aku....errr..rase..tak ade pape kot." Aku tersenyum senget. Aku merenungnya. Dia gelisah. Fakta yang aku fikirkan tadi ternyata benar. Melihat reaksinya saja aku sudah dapat agak.

"Tak payah cerita. Aku dah tahu." Aku menghulurkan iPhone 6 aku padanya. Dia tersenyum sinis. Telefon itu diserahkan kembali padaku.

"Sorry. Aku tak berniat nak gunakan kau untuk balas dendam bagi pihak aku. Aku just.... nak bagi dia pengarajaran je." Aku tersenyum nipis. Badan aku dekatkan pada Yoo Jun.

"Aku pahamlah. Aku pon taknak dia sakitkan hati kaum kita. Dah lah. Makan cepat. Lepas makan kita buat plan seterusnya." Yoo Jun mengukir senyuman.

Selesai sahaja makan,kami bertolak menaiki kereta menuju ke tempat yang selalu dikunjungi oleh Irfan. Shopping Mall. Tempat Irfan mendapatkan mangsanya.

"Mira,kau ingatkan apa yang perlu kau buat? Aku dah upah budak,nanti kalau kau betul-betul sakit,cakap terus dengan aku or call.Arasseo?" Aku membuat thumbs-up.

Mangsa sudah menghampiri. Yoo Jun memberi isyarat pada budak suruhan nya untuk melakukan kerja.

BUMM!

Aku ditolak kasar ketepi dan badanku hampir jatuh namun sempat ditangkap oleh seseorang. Irfan. Plan diteruskan!

"Hoi perempuan! Apa masalah kau hah sebenarnya?! Aku dah cakap jangan kacau lagi hidup Aina kau kacau jugak!" Lelaki itu meneruskan lakonannya seperti disuruh oleh Yoo Jun.

"Apa ni bro main kasar dengan perempuan? Cakap bebaiklah.." Irfan berkata dengan nada baik pada lelaki itu. Lelaki itu mengukir senyuman sinis.

"Kau pahal nak menyebuk?! Ini hal aku dengan dia!" Irfan ketawa kecil. Orang ramai sudah berhenti ditempat itu untuk melihat 'drama' yang dirancang oleh Yoo Jun.

"Aku boyfriend dia! So what?! Tak payah main kasarlah! Cakap bebaik dengan girlfriend aku tak boleh ke?!" Irfan sudah naik angin. Dia menolak bahu lelaki itu.

"Kau ni memang cari nahaslah!" Maka,berlakulah aksi tumbuk menumbuk diantara lelaki itu dan Irfan. Bibir Irfan sudah berdarah. Yoo Jun sudah balik untuk memikirkan agenda seterusnya.

Telefonku berbunyi menandakan mesej masuk. Mesej dari Yoo Jun.

Yoo Jun: Cakap stop! Lepas tu kau pura-pura ambil berat kat Irfan dan bawak dia balik rumah kita. Ada air milo aku sediakan kat mikrowave. Suruh Irfan minum. Aku letak ubat tidur dalam tu. Nanti aku cakap tindakan seterusnya. Good Luck!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience