Bab 12

Romance Completed 8922

BAB 12

Majlis yang ditunggu-tunggu tiba. "Ammar,saya nak pergi kesana jap." Aku menunjuk kearah band yang sedang membuat persembahan. Ammar mengangguk sambil tersenyum.

Aku membisikkan sesuatu di telinga guitaris. Guitaris itu menyampaikan pada kawannya. Semua bersetuju. Mikrofon diserahkan padaku.

"Assalamualaikum and selamat datang kepada tetamu yang saya hormati kerana sudi datang ke majlis yang tak seberapa ini. Hari ini saya ingin menyampaikan lagu Halang dari Fahmie. Saya tujukan khas pada semua yang menyayangi saya."

Di kala diri melihat sendiri

Terserlah yang tersembunyi

Dikau menyentuh perasaan ini

Buatku jadi begini untuk seketika

Usapkan tangismu usai hatiku

Yang cintai memang benar

Untuk diriku dan tuk dirimu

Kerana hati berbeza

Luah jiwaku kan mati.

Ammar memandangku. Air matanya mengalir. Dia tahu apa yang ingin aku sampaikan. Selesai aku menyanyi,aku mendapat tepukan gemuruh dari tetamu. Aku kembali pada tempatku.

Ammar mendekatkan bibirnya di telingaku. "Sedap suara sayang. Abang suka." Ahhh,sayang?? Abang?? Aku memandang Ammar pelik. Kini giliran Ammar menyanyi. Dia menyampaikan lagu Ku Bersedia dari Yuka Kharisma.

Hari ini

Adalah harimu dan aku

Semua mata tertuju melihat kita

Ku melangkah

Bahagia menuju adamu

Hari ini dunia menjadi saksi

Kuterima cinta darimu

Ku janji setia padamu

Ku bersedia hidup denganmu

Semoga kita

Akan terus saling menjaga

Hingga sampai ajal

Memisahkan kita.

Aku menangis. Terharu weh. Terharu sangat. Dia datang kepadaku. Dia menghapuskan air mataku yang mengalir dipipi. Badanku dipeluk. Orang ramai sudah bertepuk tangan.

Aihh,baru kenal dia tapi dia dah buat aku terharu. Selesai sahaja majlis,kami terus pulang kerumah. Hari ni mummy dan daddy tidur dirumah aku. Mesti meriah malam ni.

Sampai je dirumah,ubat terus aku telan. Dah lama sangat tahan sakit. Tak sangka aku pandai berpura-pura. Hebatkan?

Veil dikepala,aku tanggalkan. Bajuku buka,nasib baik aku boleh bukak zip kat belakang,kalau tak?? Gaun itu aku gantung. Aku hanya menyarung seluar track dan baju tshirt lengan panjang.

Badan aku rebahkan di katil. Penatnya!! Tiba-tiba pintu bilik ku dibuka. Ammar masuk. Dia menghadiahkan senyuman padaku. Aku hanya memerhati gerak geri nya. Dia membuka songkok.

Luggage biru miliknya dibuka dan tuala diambil. Dia menuju ke bilik air. Novel bertajuk 'Usai Aku terima nikahnya' aku capai. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Ammar keluar dengan hanya memakai seluar track Adidas. Badannya ada six pack. Tergugat iman aku.

"Kenapa sayang tengok abang macam tu? Sayang teruja ea dapat tengok six pack abang." Ammar berkata dengan nada,boleh juga dikategorikan sebagai nakal.

Aku mencebik." Tak hengen pon saya nak tengok six pack awak. Hurh!" Mataku kembali tertancap pada novel. Sedang aku baca,tiba-tiba katil terasa mendak. Ammar merebahkan diri di sebelah ku. Aku hanya membiarkan dia.

"Sayang.." Aku buat tak tau. Dia panggil lagi. Aku tak menyahut. Saja je. "Sayang!" Aku terus mengalihkan mata padanya dengan pandangan tak puas hati.

"Apa?!"

"Aip,tak baik tau cakap macam tu kat suami. Tak bau syurga." Dia guna kuasa veto pulak. Nyampah bebenor. Novel aku letakkan ditepi. Badan aku sepenuhnya baring di katil sambil badan mengiring menghadapnya.

"Ye Suami Mira yang Mira sayang.." kataku dengan nada geram tapi ditahan. Dia menyengih. "Hihi,abang just nak cakap terima kasih sebab terima abang sebagai suami sayang walaupun abang duda anak satu." Aku tersenyum. Tangannya bermain pada rambutku.

"Sesama. Mira pon nak cakap terima kasih dekat abang sebab sudi terima mira walaupun abang tau Mira sakit. Kalau satu hati nanti Mira dah tak ada,abang jangan nangis tau. Jaga Aryan betul-betul. Mira nak jujur ni.." Ammar semakin mendekatkan diri padaku. Terasa hembusan nafas dia padaku.

"Mira sebenarnya dah jatuh cinta dekat abang." Kataku dengan laju. Serentak itu,aku membenamkan wajah pada dadanya. Malu!!

Terdengar Ammar ketawa kecil. "Abang pon cintakan Mira. Abang akan usaha supaya Mira sembuh. Jangan risau. Kita doa banyak-banyak ye." Aku tersenyum. Bibirnya dibenamkan pada kepalaku. Aku memejamkan mata menikmati ciumannya.

Tok!!Tok!!Tok!!

Aku bangun dari pembaringan dan mencapai tudung sarung di penyangkut. Pintu dibuka. Wajah Aryan terpampang dihadapanku.

"Mama,nenek panggil turun makan. " Ujar Aryan. Tangannya setia memeluk teady bear pemberian Alya.

"Okay. Aryan turun dulu. Nanti mama dengan papa turun ya sayang." Kataku sambil mengusap kepala Aryan. Aryan mengangguk dan berlalu pergi ke meja makan.

____________________________________

"So,bila korang nak gerak pergi Australia?" Tanya daddy pada kami. Aku memandang Ammar yang sedang bermain dengan iPhone 6 miliknya.

"Besok daddy. Around 6 pagi gitu." Jawab Ammar sambil mata beralih kearah daddy. iPhone diletakkan dalam kocek.

"Pukul 6? Abis nanti Yan nak tidur macam mana?" Soal Aryan sambil mendongak memandang wajahku. Aku memeluk pinggangnya .

"Takpa,esok Yan tidur kat pangkuan mama. No worries." Ujarku sambil tersenyum.

"Eh,mana boleh. Habis papa nak tidur kat mana?" Aku dah membuat muka blur. Ammar memeluk bahuku.

"Papakan esok bawak kereta!" Kata Aryan sambil memelukku erat. Ammar menjuihkan mulutnya. Serentak itu ruang tamu penuh dengan gelak tawa. Aku hanya tersenyum.

Mungkin ini kali terakhir aku dapat dengar gelak tawa orang yang aku sayang. Lepas ni mungkin tak. Allah.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience