Bab 14

Romance Completed 8922

BAB 14

Aku mencempung Aryan dan menuju ke biliknya. Keluarga aku dan Ammar masih belum tahu tentang kepulanganku di Malaysia.

"Sayang,siap-siap cepat. Kita nak bertolak gi hospital ni." Jerit Ammar dari atas. Pandangan aku tiba-tiba menjadi kabur. Aduh,aku memegang palang besi tangga. Kepala aku tiba-tiba pening.

"Abang!! Abang!!" Jeritku. Ammar berlari mendapatkan aku. Dia membawa aku ke tandas. Segala benda yang aku makan tadi semua keluar. Aku muntah. Ammar memapahku menuju ke katil. Ubat diberi dan aku telan.

"Sayang okay tak? Kalau tak okay,kita tak payah pergilah. Sayang rehat kat rumah je." Ammar berkata sambil tangannya ligat mengurut kepala aku.

"Tak apalah. Mira larat lagi ni. Abang tak payah risau." Ammar hanya mengangguk. Setelah aku lega,aku menuju ke tandas untuk membersihkan diri.

"Jom abang. Nak bawa Aryan sekali tak?" Tanyaku pada Ammar yang sedang mengemaskan penampilannya di cermin. "Tak payahlah. Aryan nanti Mak Mah jaga." Ujar Ammar. Kami berlalu kebawah.

Mak Mah merupakan pembantu rumah Ammar. Dia sudah berkhidmat dirumah Ammar ini selama 3 tahun.

Setiba sahaja di GKL,kami terus menuju ke bilik Doktor Halisyah. Ammar mengetuk pintu. Tombol pintu dipulas. "Eh Ammar,apa kau buat dekat sini? Bukan kau dah pindah Australia ke?" Ammar hanya tersenyum sambil melabuhkan punggung di sofa yang tersedia. Aku melabuhkan punggung di sebelahnya.

"Memanglah aku ingat nak kerja dekat sana,tapi doktor sana cakap rawatan kat hospital ni lagi bagus."

"Rawatan? What rawatan? Sapa sakit?" Doktor Halisyah bertanya dengan penuh kemusykilan sambil mengambil tempat duduk dihadapan kami. Ammar kata doktor Halisyah merupakan rakannya ketika sekolah menengah dulu dan mereka masih rapat sampai sekarang.

"Isteri aku. Dia ada kanser barah otak dan aku tau kau ada jalan penyelesaiannya. Aku nak dia sembuh. Please weh! Aku taknak benda yang sama berulang lagi." Kata Ammar separuh merayu.

"Aku tak pasti boleh ke tak. Tapi Mira punya kanser dah stage berapa?" Tanya Doktor Halisyah sambil memandangku.

"Stage 3." Jawab ku ringkas.

"Stage 3?? Peluang nak sembuh tu tipis. Aku tak boleh nak jamin dia akan sembuh seratus peratus. Tapi aku akan usaha. Buat masa sekarang,kita jalankan rawatan susulan dulu. Lepas tu kita akan cari tarikh yang sesuai untuk buat operation." Aku dan Ammar mengangguk serentak.

Selepas sahaja berbincang,kami berjalan keluar menuju ke car park. "Eh Mira,awak buat apa kat sini?" Alamak! Kantoi! Ashraf ada kat bahagian ni.

Aku dah menggelabah. " Ss...saya melawat kk...kawan saya." Gagap aku menjawab soalan Ashraf. Sejak aku tolak pinangannya,dia sudah move on. Alhamdulillah.

"Bukan ni bahagian check up ke? Neurosurgeri ni untuk otak dengan saraf. Awak sakit ke?" Ashraf berkata dengan nada penuh tanda tanya. Dia memandang Ammar.

"Eh,tak adalah. Isteri aku sehat je. Weh,aku balik dulu lah. Takut anak aku tercari-cari. Jom sayang." Ammar menarikku. Ashraf yang ditinggalkan penuh tanda tanya mengharu kepalanya yang tidak gatal.
'Aku kena cari tau apa yang Amira buat dekat sini. Yes! I have!' Tekad Ashraf dalam hati.
_____________________________________

Aryan berlari ke ruang tamu apabila bunyi kereta papanya kedengaran dari luar rumah. "Mama,papa pergi mana? Yan bangun je,mama dengan papa tak de. Sampai hati tinggalkan Yan sensorang dekat rumah." Sayu sahaja Aryan bercakap denganku dan Ammar. Bibirnya menjuih.

Aku mendokong Aryan."Maaflah. Mama tak sengaja." Kataku ringkas. Aryan hanya tersenyum. Aku masuk pergi ke ruang tamu. Telefon aku serahkan pada Ammar agar dia menjaganya. Kalau tak nanti tangan Aryan gatal menggodam.

Aku naik keatas dan mandi. Selesai mandi aku turun kebawah. Ingat nak call mama,cakap aku ada dekat Malaysia. "Eh,abang!! Abang ada nampak telefon Amira dekat mana tak? Tak silap Mira,Mira letak dalam kocek beg tadi." Aku menggeledah beg aku. Puas menggeledah beg,aku mencari diruang tamu.

Ammar memandang aku pelik." Sayang,sayang tak ingat ke? Sayang bagi abang tadi sebelum sayang naik atas." Kata Ammar sambil menunjukkan telefonku. Aku berjalan kearahnya dan mengambil telefonku digenggamannya. Aku duduk disofa. Tempat di sebelah ku aku tepuk sambil memandang Ammar menandakan aku nak dia duduk di sebelahku.

"Abang,penyakit barah otak ni,dia akan ada penyakit pelupa pasal benda baru. Mira harap abang bersabar ya."

"Ohh,sorry Abang tak tau. No worries. Abang akan selalu doakan untuk kesihatan mira dan abang akan selalu sabar dengan Mira." Ujar Ammar sambil tersenyum. Oww,suwwitt.

"Thanks abang." Aku memeluk pinggang Ammar dan landingkan kepala aku dibahunya.

"Your welcome sayang." Ammar memeluk bahuku.

"Aryan pon nak gak." Aryan terus berlari dan duduk di tengah-tengah antara kami. Kami tersenyum. Best jugak ada anak instant ni. Tak payah fikir nak bagi keluarga mertua cucu. Huhuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience