Tiba-tiba Isyraf bangun daripada duduknya.
" Ya? " soal Asyura.
" Saya nak cadangkan kawan saya, Hazwan " katanya.
Asyura memandang Damia yang berada di sebelahnya. Damia sudah mengangguk setuju.
" Saya kena tanya pendapat yang lain jugak. Awak boleh duduk " .
Isyraf mengangguk. Dia duduk semula.
" Jadi ada sesiapa yang bantah kalau jawatan pengerusi ni di ambil alih oleh Hazwan? " soal Asyura.
Semua diam. Bermakna mereka semua setuju Hazwan menjadi pengerusi kelab sukarelawan yang baru.
" Tak ada bantahan? Jadi pengerusi kita yang baru ialah Hazwan. Silakan ke depan Hazwan " .
Hazwan bangun dari duduknya. Dia terus melangkah ke hadapan. Asyura menghulurkan mikrofon kepada Hazwan.
" Assalamualaikum semua. Sejujurnya saya memang tak terfikir nak jadi pengerusi. Memandangkan tiada bantahan daripada awak semua, saya setuju untuk memegang jawatan ini. Saya harap semua boleh terima saya sebagai pengerusi yang baru. Kalau ada di antara kamu semua yang tak suka saya, boleh berhadapan dengan saya sendiri. Terima kasih " .
Mikrofon dipulangkan semula pada Asyura.
Tamat sahaja mesyuarat, pelajar-pelajar terus pulang ke hostel masing-masing. Bilik yang tadinya riuh, kini sudah sunyi. Hanya tinggal Asyura dan Damia sahaja.
Merekalah yang harus memastikan bilik itu bersih dan dikunci semula.
" Syu, tak sangka kan bukan aku seorang jer yang rasa Hazwan tu layak jadi ke pengerusi yang baru " .
Asyura mengangguk.
" Eh tadi tu pertama kali kau bercakap dengan Isyraf kan? Yelah baru tadi aku nampak muka dia. Sebelum ni jarang dia join kelab " .
" Ha'ah. Ingatkan kenapa lah tiba-tiba dia bangun tadi. Eh dah jomlah balik. Lewat dah ni " .
Selepas mengunci pintu bilik yang digunakan sebagai bilik mesyuarat tadi, Asyura dan Damia terus melangkah pulang.
" Asyura sekejap! " jerit Hazwan.
Nak tercabut jantung Asyura dan Damia kerana terkejut. Langkah mereka berdua terus terhenti.
" Ya Allah awak ni Hazwan buat orang terkejut jer. Lain kali cuba bagi salam. Kalau saya ni ada sakit jantung, dah lama kembali ke rahmatullah tau " marah Asyura.
Damia di sebelahnya ketawa kecil melihat Asyura memarahi Hazwan. Asyura baru perasan Isyraf juga ada bersama dengan Hazwan.
" Sorry-sorry. Tak ada niat pun nak buat awak terkejut " jawab Hazwan.
" Takpalah. Kenapa ea awak panggil? Ingatkan semua dah balik " .
" Sebenarnya macam ni, saya kan masih baru jadi awak sebagai naib pengerusi, awak tolong saya ya? Tolong tunjuk ajar pada saya " .
Share this novel