" Mia " panggil Asyura sebaik masuk ke dalam bilik.
Damia yang sedang duduk di birai katil tidak menyahut. Dia diam sahaja tanpa reaksi.
" Mia " panggilnya lagi.
Masih sama. Tiada respons.
" Mia kau marah aku ke? " soal Asyura.
" Tak. Aku tak ada hak untuk nak marah kau Syu. Kau boleh buat apa saja " jawabnya.
Asyura mengeluh perlahan. Dia sudah mengagak daripada awal lagi, Damia pasti akan merajuk dengannya.
" Mia, biar aku explain dulu " .
" Tak ada apa yang perlu kau explain Syu. Kau dengan Hazwan dah officially bercinta. That's it " .
" Mia aku tak ada niat nak... " .
Damia menarik tangan Asyura duduk di birai katilnya.
" Syu, aku tak marah. Aku tak berhak untuk marahkan kau pun. Ya memang aku suka pada Hazwan. Tapi tak guna kalau dia suka pada kau. Daripada awal lagi aku dah nampak yang dia betul-betul sukakan kau " .
" Mia apa maksud kau? " soal Asyura.
" Sapu tangan yang ada atas meja study kau tu Hazwan yang bagi kan?" .
Asyura terdiam seketika.
" Kau tahu Mia? " .
Damia mengangguk perlahan.
" Yaa aku tahu. Aku nampak waktu dia bagi sapu tangan tu kat kau " Damia tersenyum kelat.
Asyura dihurung rasa bersalah.
" Mia aku tak... ".
" It's okay Syu. Aku okay. Cuma aku pelik. Bukan ke kau betul-betul sukakan Raf selama ni? Aku kenal kau. Kenapa tiba-tiba hati kau berubah? " .
Asyura menggeleng perlahan.
" Aku tak tahu " jawabnya.
" Tak kisahlah kau dengan sesiapa pun. Asalkan kau bahagia. Tu pun dah cukup " Damia mengusap perlahan pipi Asyura.
" Mia kau tak marah aku ke? Kau tak benci aku kan? " .
" Tak. Mana boleh aku nak benci kawan baik aku sendiri. Aku anggap aku dengan Hazwan memang dah tak ada jodoh. Kau tak payah risau ea? " .
Asyura terus memeluk tubuh Damia. Dia tahu apa yang keluar di bibir Damia tidak sama dengan apa yang dia rasakan dalam hatinya.
Hati mana yang tak terluka bila kawan baik sendiri bercinta dengan orang yang kita suka.
' Maafkan aku Mia. One day kau akan tahu jugak kebenarannya nanti ' katanya dalam hati.
" So Hazwan tu romantik tak? " soal Damia.
Asyura ketawa kecil.
" Tak lah. Biasa-biasa jer " .
" Tapi kan Syu, aku tengok muka Raf terkejut waktu Hazwan beritahu yang kau orang dah officially bercinta " .
" Yeke? Perasaan kau jer kau. Yelah dia pun macam kau. Tak expect apa-apa pun kan " .
Damia mengangguk perlahan.
Share this novel