BAB 2
" Pemandangan indah? Apa yang indahnya? Saya tengok biasa jer. Tang mana pula yang indah tu? " soalnya.
Asyura sudah menelan air liur. Habislah dia kalau kantoi dengan Puan Munirah dia stalker anak bujang orang.
" Indah lah puan. Indah sangat kafe ni. Pemandangannya sungguh indah" sambung Damia.
Puan Munirah mengerutkan dahinya.
" Macam-macam lah kau orang berdua ni. Tugasan saya jangan lupa siapkan ya. Esok sebelum pukul 5 petang, hantar dekat bilik saya " pesannya.
Asyura dan Damia mengangguk-ngangguk seperti burung belatuk.
" Baik puan " jawabnya.
" Saya pergi dulu. Assalamualaikum " Puan Munirah terus berlalu pergi.
Asyura dan Damia menarik nafas lega. Mujur sahaja tidak kantoi. Kalau tak, habislah mereka berdua. Tak pasal-pasal dapat tazkirah percuma.
" Fuhh nasib baik tak kantoi " .
" Itulah. Kalau kantoi, mati kita. Eh jomlah pergi beli makanan. Kau cakap tadi kau lapar kan " ajak Asyura.
" Ha'ah lapar sangat ni. Jom " .
Mereka berdua terus melangkah ke kedai yang menjual nasi campur.
" Raf, kau nampak tak dua orang budak perempuan yang daripada tadi pandang kita tu? " soal Hazwan.
" Nampak. Dia orang tu memang selalu ada kat mana-mana jer kita ada. Aku tak tahu lah apa yang dia orang nak " air teh o ais di dalam gelas di sedut sedikit.
" Aku syak lah kan, dia orang tu suka kau " teka Hazwan.
" Tak mungkin lah. Tapi betul jugak kan. Entahlah Wan. Aku mana lah tahu " .
" Apa lagi, siasat lah. Kau kan suka buat benda-benda merepek macam ni".
" Malas lah aku. Sebenarnya dah lama aku perasan dia orang tu. Bukan kali pertama dia orang tu intai-intai kita. Entah-entah dia orang suka kau kot ".
Hazwan mengerutkan dahinya.
" Tak mungkin lah. Tapi yang seorang tu aku kenal tau. Yang pakai baju kurung warna biru tadi tu " .
" Siapa tu? " soal Isyraf.
" Nama dia Asyura. Dia tu naib pengerusi kelab sukarelawan kolej kita " .
" Wow hebat jugak. Tapi kenapa aku tak kenal dia ea? " .
" Memanglah, sebab kau tak join pun aktiviti kelab kita. Sibuk dengan kau punya tournament futsal " .
Isyaraf ketawa kecil.
" Ha'ah jugak kan " .
Mereka berdua berada di kelab yang sama tetapi Isyraf kurang aktif kerana dia sibuk dengan latihan futsal nya. Manakala Hazwan lebih aktif di dalam kelab. Setiap aktiviti yang di adakan, pasti dia sertai.
Share this novel