" Syu, tadi Hazwan ada datang ea? " soal Damia.
Malam ni Damia yang menemani Asyura di hospital. Puan Munirah dan Isyraf sudah pun pulang.
Asyura mengerutkan dahinya.
" Hazwan datang? Tak ada pun " .
" Tapi tadi aku nampak dia. Baru nak panggil, dia dah pergi " beritahu Damia.
" Yeke? Tapi kenapa dia tak datang jumpa aku pun? Mia, kau rasa dia benci aku ke? " .
" Takkanlah dia benci kau pulak. Dia tak ada sebab pun untuk bencikan kau. Tapi pelik juga bila tiba-tiba dia mendiamkan diri " .
" Mia, kau tak marah kan kalau aku cakap yang aku dah jatuh cinta dengan dia? " soal Asyura.
" Hey mestilah tak. Syu kau berhak untuk jatuh cinta dengan sesiapa pun yang kau nak. Aku dah tak suka dia lagi. Lagipun aku dah ada orang lain sekarang ni " Damia tersenyum kecil.
Dia sudah pun menjalinkan hubungan dengan salah seorang senior di kolejnya. Pertemuan mereka setiap hari di library telah melahirkan rasa cinta di hati.
" Aku jujur pada Raf yang aku sayangkan Hazwan. Bukannya dia " .
" Baguslah tu Syu. Sekurang-kurangnya kau tak buat pilihan yang salah " .
" Tapi Mia macam mana kalau Hazwan nak putuskan jugak hubungan kita orang? Macam mana kalau dia memang tak pernah ada perasaan pada aku? Kau tengoklah, dia tak datang pun jenguk aku. Kalau dia sayang, mesti dia akan risau " .
" Mungkin dia ada sebab yang tersendiri. Kau jangan lah fikir yang bukan-bukan ya? Kita tak tahu apa yang dah jadi sebenarnya. Lepas kau sihat nanti, kau jumpa dia. Kau orang berdua berbincang lah baik-baik " pujuk Damia.
Asyura mengangguk perlahan.
" Insya Allah Mia " .
" Dah jangan sedih-sedih lagi. Kau nak makan tak? Aku suapkan " .
" Nak " Asyura mengangguk kecil.
" Wan, kau dah balik sini? Aku tak tahu pun " soal Isyraf sebaik melangkah masuk ke dalam rumah.
" Siang tadi aku balik " jawab Hazwan.
" Kenapa kau tak jawab panggilan aku? Kau datang hospital tengok Syu tak? " .
Hazwan menggelengkan kepalanya perlahan.
" Tak sempat " bohongnya.
Padahal sebaik saja tiba di Melaka dia terus pergi ke hospital. Hampir seharian dia di sana. Dia hanya melawat Asyura daripada jauh sahaja.
" Syu nak sangat jumpa kau dan aku rasa kau patut jumpa dia " .
" Buat apa aku nak jumpa dia? Aku dah tak ada sebab yang kukuh pun untuk aku jumpa dia. Hubungan palsu kita orang dah lama berakhir " .
Share this novel