" Raf, awak masih marahkan saya dan Hazwan sebab tipu awak ke? " soal Asyura.
" Tak. Saya dah tak marah. Semuanya berpunca daripada saya jugak. Saya terlalu ego untuk mengaku yang saya sukakan awak. Hazwan tu baik. Dia sanggup tolong " .
" Yaa. Saya pun beruntung kenal Hazwan. Dia dah banyak tolong saya. Cuma saya pelik, dah banyak kali saya telefon dia tapi sekali pun dia tak jawab. Dia marahkan saya ke? " .
" Tak ada lah. Saya kenal Hazwan tu. Mungkin dia sibuk kot. Awak tak payah lah risau ea? " pujuk Isyraf.
Asyura mengangguk perlahan.
" Syu, saya minta maaf sebab terlalu ego. Sekarang ni saya menyesal sangat-sangat. Awak tahu tak, waktu saya dapat tahu awak ada hubungan dengan Hazwan hati saya sakit sangat. Saya cemburu. Tapi saya tak nak mengaku sebab ego saya tinggi. Maafkan saya? " .
" Tak apa Raf. Semua tu dah lepas " .
" Syura, tak awak jadi kekasih saya? Kita mulakan hubungan baru? Saya betul-betul sayangkan awak. Ikhlas daripada hati saya " .
Asyura tergamam seketika. Dia mati kata.
Hazwan yang sejak daripada tadi berdiri di balik pintu terus berlalu pergi. Dia tidak sanggup lagi untuk mendengar jawapan Asyura.
Sudah lama sebenarnya dia sampai di hospital tapi dia tidak mahu masuk kerana ingin memberi peluang kepada Isyraf dan Asyura.
" Hazwan? " soal Damia sendirian sebaik melihat Hazwan berlalu pergi.
Belum sempat dia memanggil lelaki itu, Hazwan sudah hilang daripada pandangan matanya. Laju betul mamat ni berjalan.
" Syu? " .
Asyura tersedar daripada lamunannya.
" Sorry " ucapnya.
" So macam mana? Syu punya jawaoan? " soal Isyraf.
" Saya minta maaf Raf. Bukan niat saya untuk mainkan perasaan sesiapa pun. Ya saya mengaku yang saya memang sukakan awak. Tapi itu dulu. Sebelum saya kenal dengan Hazwan. Bila saya kenal Hazwan, perasaan saya pada awak dah berubah. Saya dah mula sayangkan Hazwan. Pada awalnya memang hubungan kami hanya sekadar lakonan, tapi sekarang saya tak boleh sorokkan perasaan saya pada dia. Saya minta maaf Raf. Saya tak ada niat nak luka kan hati awak " jelas Asyura panjang lebar.
Isyraf mengangguk perlahan. Ya dia kecewa tapi dia tidak salahkan Asyura. Ini semua kerana egonya juga.
" Takpa Syu. Saya faham. Cinta tu tak semestinya kita memiliki apa yang kita nak kan. Semua ni disebabkan ego saya jugak " .
Asyura memandang wajah redup Isyraf. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya.
Share this novel