BAB 1

Romance Completed 35999

" Aduhh mana pulak Mia ni? " mata Asyura meliar mencari sahabatnya itu.

Kaki diatur melangkah ke kafe. Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang lelaki. Dia tersenyum lebar.

Tak apalah kalau tak jumpa Damia pun. Asalkan dia dapat melihat wajah yang sering menghiasi tidurnya. Mata Asyura tidak lepas daripada memandang ke arah Isyraf yang sedang makan bersama kawan baiknya, Hazwan.

" Syu! " Damia menampar perlahan bahu kawannya itu.

Berangan pulak minah ni. Penat dia panggil berulang kali.

Asyura tersentak.

" Kau pergi mana ha Mia? Penat aku tunggu kau " soalnya.

" Kan aku dah cakap tadi aku pergi tandas. Sakit perut lah. Then sekarang aku lapar balik. Jom pergi makan " ajak Damia.

" Makan? " soal Asyura.

" Haa iyalah makan. Habis tu? " .

" Mia, cuba kau tengok tu " Asyura memuncungkan bibirnya ke arah dua orang lelaki yang berada di meja hujung kafe.

" OMG! Syu, kenapa kau tak cakap awal-awal Hazwan ada kat sini? " .

" Eleh, kau suka kan? " teka Asyura.

" Mestilah aku suka. Kau pun suka lah sebab Isyraf ada kan? " .

Asyura mengangguk mengiyakan. Mereka berdua sudah lama meminati dua orang lelaki itu. Asyura suka kepada Isyraf manakala Damia pula suka kepada Hazwan. Tetapi mereka berdua tidak pernah meluahkan rasa hati mereka.

" Hensemnya dia hari ni " puji Damia sambil tersenyum-senyum memandang ke arah Hazwan.

Asyura menyiku perlahan lengan kawannya itu.

" Eh Mia, cover lah sikit. Orang nampak nanti " tegurnya.

" Syu, macam mana aku nak cover daripada kantoi pandang dia? Baju melayu warna biru yang dia pakai sekarang ni buatkan dia bertambah hensem " .

Asyura mencebik. Matanya sesekali menjeling ke arah Isyraf dan Hazwan. Dia akui antara mereka berdua, Hazwan lebih kacak berbanding dengan Isyraf. Tetapi hatinya tetap sukakan Isyraf.

" Eh kejap, Syu apahal kau pakai baju kurung warna biru jugak ni? " soal Damia.

Dia baru perasan baju kurung moden yang tersarung di tubuh Asyura sama warnanya dengan baju melayu yang dipakai oleh Hazwan.

" Ish kau ni mana lah aku tahu " .

" Assalamualaikum " .

Mereka berdua serentak menoleh.

" Waalaikumsalam " jawab mereka.

" Buat apa kat sini ? Saya nampak awak berdua terintai-intai. Intaikan siapa? " soal Puan Munirah.

Puan Munirah ialah pensyarah mereka berdua.

Asyura dan Damia berpandangan sesama sendiri.

" Tak ada apa puan. Saja tengok pemandangan indah kat kafe ni " jawab Asyura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience