BAB 11

Romance Completed 35999

Telefon bimbit Asyura berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tertera nama ' Hazwan ' pada skrin telefonnya.

" Hello, assalammualaikum " .

" Waalaikumsalam " jawab Asyura.

" Awak kat KL lagi ke tu? Bila balik Melaka? " soal Hazwan.

" Ha'ah. Esok pagi baru saya balik sana. Kenapa? " .

" Saja tanya. Girlfriend palsu saya ni tak rindu kat saya ke? " .

Terbuntang mata Asyura. Terdengar hilaian tawa Hazwan.

" Saya gurau jer lah Syu. Awak tengah buat apa tu? " .

" Duduk-duduk jer. Saya tak buat apa-apa pun. Kenapa awak telefon saya ea? " .

" Saja nak tanya khabar girlfriend palsu saya. Tak salah kan? " .

Asyura membuat muka menyampah. Mengadanya mamat ni.

" Saya tahu lah kita ni pasangan tipu jer. Tak payah lah awak nak mention 'girlfriend palsu' tu banyak kali " .

" Alah sorry lah. Ni, awak dah ready nak beritahu dia orang yang kita ni dah officially bercinta? " .

" Entahlah. Saya takut lah. Macam mana kalau dia orang tahu kita tipu nanti? " .

" Syu, sebab tu kita kena berlakon. Tunjukkan kita ni betul-betul bercinta. Trust me. Kita mesti boleh punya " .

" Tapi sampai bila? " .

" Sampai Raf mengaku yang dia betul-betul sukakan awak. Lepas tu kita putuskan lah hubungan palsu kita ni. Atau awak masih risau pasal Mia? " .

" Saya risau lah. Saya takut kalau Mia benci saya ".

" Trust me Syu, Mia tak akan benci awak. Okay? " .

" Okay " .

" Okaylah awak pergi masuk tidur. Nanti kita jumpa. Hati-hati balik esok. Good night. Asalamualaikum " .

" Waalaikumsalam " jawab Asyura.

Panggilan ditamatkan.

Hazwan tersenyum sendiri. Entah kenapa dia rasa seronok sangat apabila berbual dengan Asyura walaupun sekejap.

Hazwan dan Asyura sudah berjanji untuk berjumpa di kafe selepas mereka habis kelas.

" Nak balik bilik or pergi kafe dulu? " soal Damia.

" Emm kita pergi makan kat kafe dulu lah ea " .

" Okay " Damia mengangguk setuju.

Mereka berdua terus berjalan ke kafe. Sebaik tiba di kafe, mata Asyura meliar mencari Hazwan.

Dia dan Hazwan sudah membuat keputusan untuk memberitahu Isyraf dan Damia bahawa mereka sudah pun mempunyai hubungan cinta.

Hazwan melambaikan tangannya pada Asyura saat dia melihat gadis itu.

" Jom Mia " ajak Asyura.

" Nak pergi mana? " soal Damia.

" Ikut jer lah. Nanti kau tahu " tangan Damia ditarik.

Damia hanya menurut. Mereka berdua mendekati meja yang diduduki oleh Hazwan dan Isyraf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience