BAB 7

Romance Completed 35999

Hari yang mereka nantikan telah tiba. Pagi ini mereka akan ke rumah seri kenangan iatu rumah orang-orang tua di Melaka.

" Assalamualaikum semua. Saya harap bila kita sampai jer kat rumah seri kenangan, semuanya dapat membantu memberikan kerjasama. Tujuan kita datang ke rumah tu adalah untuk memberikan bantuan pada mereka dan menghiburkan hati mereka. Jaga kata-kata anda semua, jangan sampai mengguris perasaan mereka. Faham? " jelas Hazwan.

" Faham " jawab mereka semua.

" Okay, memandangkan bas kita pun dah sampai, boleh lah kita naik bas " .

40 orang pelajar yang terlibat terus beratur untuk menaiki bas.

" Syura " panggil Hazwan.

" Ya? " .

" Awak naik kereta dengan saya jer lah. Bas pun dah penuh tu " .

Asyura berfikir seketika.

" Kita berdua jer lah dalam kereta nanti? " soalnya.

" Iyalah. Kalau semua nak naik kereta, siapa pulak nak naik bas? Lagipun kereta saya tu kereta myvi jer. Mana muat naik ramai-ramai " .

Asyura menjeling geram. Loyar buruk pulak dia kat sini.

" Yelah saya tumpang awak " akurnya.

Setelah pulang daripada rumah seri kenangan, mereka pergi pula ke lorong-lorong sunyi yang terdapat ramai gelandangan.

Sayu hati Asyura melihat nasib mereka semua. Tidur hanya beralaskan kotak sahaja.

Mereka semua memberikan makanan kepada gelandangan yang berada di lorong-lorong sunyi itu. Hasil kutipan derma daripada pihak universiti, mereka membelikan makanan dan beberapa barang keperluan untuk gelandangan tersebut.

Asyura mengesat air matanya yang mengalir apabila melihat bayi yang baru sahaja beberapa bulan harus tinggal di lorong sunyi itu. Dia sungguh kasihan dengan nasib bayi itu.

" Nah " Hazwan menghulurkan sehelai sapu tangan kepada Asyura.

Asyura terkedu seketika. Sejak bila pulak mamat ni muncul sebelah dia?

" Ambil lah. Jangan risau sapu tangan ni bersih lagi. Saya baru jer basuh " kata Hazwan lagi.

Asyura mengambil juga sapu tangan yang diberikan oleh Hazwan. Ni kalau Damia nampak, habis lah dia.

" Terima kasih " ucap Asyura perlahan.

Hazwan mengangguk perlahan sebelum berlalu pergi.

" Syu! " Damia tiba-tiba datang ke arah Asyura.

" Er..er aku boleh jelaskan Mia. Kau salah faham ni " cuak Asyura.

" Kau cakap apa ni Syu? Aku tak faham lah " soal Damia.

" Tadi tu..Haa tak ada apa-apa lah. Eh dah settle bagi makanan tu? " Asyura menarik nafas lega.

Mujur Damia tidak melihat ketika Hazwan memberikannya sapu tangan tadi.

" Dah. Semua dah settle " jawab Damia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience