Sudah seminggu kejadian itu berlalu. Asyura cuba menghubungi Hazwan tetapi tidak berjaya. Entah kenapa Hazwan tidak mengangkat panggilan dan membalas mesejnya.
Sekarang mereka sedang cuti pertengahan semester jadi Asyura tidak dapat mencari Hazwan di kolej.
" Mana awak pergi Hazwan ? Apa salah saya " soalnya sendirian.
Keychain yang diberikan Hazwan di belek-belek.
Hazwan melihat telefon bimbitnya. Terdapat 30 missed call daripada Asyura. Bukan dia sengaja tidak mahu menjawab panggilan itu.
" Maafkan saya Syu. Maafkan saya. Saya mungkir janji untuk terus jadi kawan awak walaupun hubungan kita dah berakhir " .
Damia dan Isyraf bergegas ke hospital apabila mendapat panggilan daripada Puan Munirah. Puan Munirah memaklumkan pada mereka Asyura kemalangan ketika sampai di stesen bas. Mujur sahaja dia berada di tempat kejadian.
Disebabkan Damia tidak tahu hendak mengajak siapa untuk membawanya ke hospital, dia menghubungi Isyraf. Dia cuba menghubungi Hazwan tetapi tiada jawapan.
" Syu! Ya Allah macam mana boleh jadi macam ni ? " Damia terus meluru ke arah Asyura yang sedang terbaring lemah.
Tangan kanannya retak dan kepalanya luka. Mujur sahaja tidak teruk.
" Entahlah Mia. Aku pun tak tahu. Waktu aku turun jer daripada bas tadi, tiba-tiba ada kereta langgar aku. Nasib baik Puan Munirah ada. Terima kasih Puan " Asyura tersenyum kecil pada Puan Munirah yang berada di sebelahnya.
" Sama-sama. Saya nak call parents awak, awak tak nak " .
" Saya tak nak dia orang risau puan. Lagi pun saya okay sekarang ni " .
Isyraf menolak daun pintu bilik Asyura dirawat. Dia tersenyum kecil pada Asyura.
Asyura mencari bayang Hazwan tetapi hampa. Lelaki itu tiada.
" Saya nak pergi solat asar dulu. Kejap lagi saya datang. Damia, mari teman saya " ajak Puan Munirah.
" Haa okay. Saya pun belum solat asar jugak ni. Raf, tolong tengokkan Syu ya".
Isyraf mengangguk perlahan. Puan Munirah dan Damia terus berlalu keluar.
" Awak okay ? " soal Isyraf.
Dia melabuhkan punggungnya pada kerusi sebelah katil Asyura.
" Alhamdulillah saya okay. Hazwan mana? Dia tak datang ke? " soal Asyura.
" Saya dah call dia tapi tak jawab. Tapi saya dah mesej dia. Mungkin sekejap lagi dia datang " .
Asyura mengangguk perlahan.
" Terima kasih sebab sudi datang jenguk saya kat sini " .
" Tak ada apalah Syu. Saya minta maaf sebab tak bawak apa-apa buah tangan. Tak sempat nak beli " .
Asyura tersenyum kecil.
" Tak apa " .
Share this novel